You are on page 1of 3

KARANGAN STPM

CARA MENULIS PENGENALAN KARANGAN

1. Ayat 1 (Masukkan isu semasa)


Contoh ayat: Apabila kita membaca akhbar / melayari internet /
menonton televisyen, kita sering didedahkan dengan berita / iklan /
maklumat berkenaan... (masukkan isu yang ditanya dalam soalan
peperiksaan).
***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan

2. Ayat 2 (Berikan definisi isu)


Contoh ayat: Secara umumnya, ...(isu yang ditanya) dapat dijelaskan
sebagai...
***akan menjadi lebih kurang 15 patah perkataan

3. Ayat 3 dan 4 (Berikan latar belakang atau sejarah isu yang ditanya)
Contoh ayat: Sebelum ini, isu berkenaan... tidak banyak didedahkan oleh
media untuk tatapan umum. Jika ada, ia hanya sekadar perbincangan
tidak rasmi di kedai kopi atau warung kecil di pinggir jalan.
***akan menjadi lebih kurang 25 patah perkataan

4. Ayat 5 (Statistik / perangkaan)


Contoh ayat: Walau bagaimanapun, statistik telah menunjukkan
berlakunya peningkatan jumlah kes / laporan berkenaan... (isu yang
ditanya) seperti yang telah dikeluarkan oleh... Jabatan / Kementerian...
***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan

5. Ayat 6 (Pendapat tokoh)


Contoh ayat: Perkara ini turut ditegaskan / mendapat perhatian...
(sebutkan Menteri / tokoh yang relevan dengan isu yang ditanya) dalam
majlis yang dihadiri oleh beliau baru-baru ini.
***akan menjadi lebih kurang 15 patah perkataan

6. Ayat terakhir dalam pengenalan ialah ayat fokus soalan


Contoh ayat: Oleh itu, terdapat beberapa faktor / langkah... (isu yang
ditanya) yang menyebabkan... (isu yang ditanya)
***akan menjadi lebih kurang 15 patah perkataan
PENTING
Pastikan pengenalan ditulis dalam lingkungan 90 hingga 105 patah
perkataan
KARANGAN STPM
CARA MENULIS ISI KARANGAN

1. Ayat 1 (Ayat isi berserta penanda wacana)


Isi 1: Salah satu / antara faktor / kesan / kepentingan / langkah ialah...
Contoh ayat: Salah satu faktor berlakunya kemalangan jalan raya
ialah kecuaian manusia.
Isi 2: Selain itu, ...
Isi 3: Di samping itu, ...
Isi 4: Dalam pada itu, ...
Isi 5: Sehubungan dengan itu, ...
***akan menjadi lebih kurang 10 patah perkataan

2. Jelaskan maksud / konsep isi yang dikemukakan (1@2 ayat)


Contoh ayat: Kecuaian manusia dapat dijelaskan sebagai sikap cuai
pemandu ketika berada di jalan raya seperti memandu melebihi had laju,
memandu dalam keadaan mabuk dan sebagainya.
***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan

3. Huraikan bagaimana isu menyebabkan sesuatu isu boleh berlaku (3@4


ayat)
Contoh ayat: Apabila seseorang pemandu memandu melebihi had laju
yang ditetapkan, mereka mungkin tidak dapat mengawal kenderaan
apabila berlaku situasi cemas. Oleh itu, kemalangan boleh berlaku.
Sementara itu, jika pemandu memandu dalam keadaan mabuk...
***akan menjadi lebih kurang 40 patah perkataan

4. Berikan contoh atau bukti


Contoh ayat: Kemalangan yang berpunca daripada kecuaian manusia
telah berlaku di... seperti yang dilaporkan oleh akhbar...
***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan

5. Kesimpulan kecil
Contoh ayat: Hal ini jelas menunjukkan bahawa... (ulang ayat isi).
***akan menjadi lebih kurang 10 patah perkataan
PENTING
Pastikan setiap satu isi ditulis dalam lingkungan 90 hingga 105 patah
perkataan
KARANGAN STPM
CARA MENULIS PENUTUP / KESIMPULAN KARANGAN

1. Ayat 1 (Kesimpulan berserta ayat fokus)


Contoh ayat: Kesimpulannya, kemalangan jalan raya (isu yang ditanya)
telah meninggalkan pelbagai kesan (fokus soalan).
***akan menjadi lebih kurang 10 patah perkataan

2. Ayat 2 (Penyataan semula isi yang dikemukakan)


Contoh ayat: Antara kesan kemalangan jalan raya ialah wujudnya
pandangan negatif masyarakat luar terhadap sikap pemandu di
Malaysia, mengorbankan nyawa yang tidak berdosa dan meningkatkan
perbelanjaan untuk membaiki kerosakan jalan raya dan kenderaan.
***akan menjadi lebih kurang 35 patah perkataan

3. Ayat 3 dan 4 (Masukkan pendapat sendiri yang berkaitan dengan fokus


soalan)
Contoh ayat: Oleh sebab kemalangan jalan raya boleh meninggalkan
pelbagai kesan, langkah-langkah yang drastik perlu diambil untuk
menangani fenomena ini. Antaranya adalah dengan memperbanyak
kempen keselamatan jalan raya.
***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan

4. Ayat 5 (Masukkan pendapat tokoh)


Contoh ayat: Perkara ini pernah ditegaskan oleh... dalam ucapan beliau
sempena...
***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan

5. Ayat 6 (Kaitkan fokus soalan dengan mana-mana wawasan negara)


Contoh ayat: Oleh itu, semua pihak termasuklah individu, masyarakat,
pihak swasta dan kerajaan sendiri hendaklah bekerjasama antara satu
sama lain untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya (fokus
soalan). Kerjasama ini amat penting dan bersesuaian pula dengan
pelaksanaan konsep 1 Malaysia.
***akan menjadi lebih kurang 20 patah perkataan
PENTING
Pastikan kesimpulan ditulis dalam lingkungan 90 hingga 105 patah
perkataan

You might also like