You are on page 1of 7

SMK MENGLEMBU, 31450 MENGLEMBU.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN (PENGGAL 2) TAHUN 2023


EKONOMI TINGKATAN 6 ATAS

Bahagian A [20 markah]


Jawab semua soalan.

1 Yang manakah isu makroekonomi yang sering dihadapi oleh sesebuah negara?

A Kekurangan penawaran peluang pekerjaan


B Kemerosotan kecekapan firma dalam pengeluaran
C Peningkatan penerimaan kewangan dari negara asing
D Kekurangan perbelanjaan terhadap barang negara asing

2 Apabila peningkatan nilai eksport melebihi peningkatan nilai import, maka


A rizab asing berkurang
B nilai mata wang meningkat
C kadar pertumbuhan ekonomi terjejas
D imbangan akaun semasa bertambah buruk

3 Pendapatan negara akan terkurang anggar jika berlaku?

A Susut nilai direkod dan diselaraskan


B Pekerja dibayar upah dalam bentuk wang
C Terdapat kegiatan produktif yang tak dipasarkan
D Pengiraan pendapatan negara mengambil kira barang perantaraan

4 Jadual di bawah menunjukkan data perakaunan pendapatan negara bagi sebuah ekonomi pada suatu tahun
tertentu.
Butiran RM juta
Perbelanjaan penggunaan isi rumah 2572
Pelaburan swasta 376
Perbelanjaan kerajaan 548
Eksport 50
Import 12
Keluaran Negara Kasar 3964
Berapakah nilai pendapatan faktor bersih luar negara untuk ekonomi ini?
A RM406 juta B RM430 juta
C -RM406 juta D -RM430 juta

5 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tabungan (S) dengan pendapatan negara
(Y) bagi sebuah ekonomi

Pendapatan negara (RM Tabungan (RM juta)


juta)
4000 400
6000 1200
8000 2000
Fungsi tabungan ialah
A S = -400+0.2Y
B S = -600+0.2Y
C S = -800+0.4Y
D S= -1200+0.4Y

1
6 Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi tabungan dan pelaburan dalam ekonomi dua sektor.

Fungsi penggunaan dalam ekonomi ini ialah


A 400 + 0.20Y
B 200 + 0.25Y
C 400 + 0.75Y
D 400 + 0.80Y

7 Andaikan tingkat keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi ialah RM10 500 juta. Jika kerajaan
meningkatkan perbelanjaan sebanyak RM600 juta dan kecenderungan menabung sut ialah 0.4, berapakah
keseimbangan pendapatan negara yang baharu?
A RM9900 juta
B RM10 740 juta
C RM11 100 juta
D RM12 000 juta

8 Maklumat di bawah menunjukkan data ekonomi tiga sektor bagi sebuah negara. Perbelanjaan penggunaan,
C = 900 + 0.8Yd
Cukai, T = 200
Perbelanjaan kerajaan, G = 250
Pelaburan, I = 350

Sekiranya pendapatan negara guna tenaga penuh ialah RM7700, berapakah lompang deflasi?
A 100 B 150 C 200 D 250

9 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan keluk penawaran agregat (AS)
bagi sebuah ekonomi

Pendapatan negara meningkat dari Y₀ ke Y₁ disebabkan oleh


A pengurangan pelaburan awam
B peningkatan kos pengeluaran firma
C penemuan sumber bahan mentah baharu
D peningkatan cukai barang dan perkhidmatan
2
10 Peralihan keluk permintaan agregat ke kanan dan peralihan keluk penawaran agregat ke kiri disebabkan
A kejatuhan kadar bunga dan kenaikan produktiviti pengeluaran
B pengurangan cukai pendapatan dan kejatuhan kos upah buruh
C kemasukan pelaburan asing dan kenaikan harga minyak dunia
D peningkatan eksport bersih dan penurunan harga input pengeluaran

11 Yang manakah fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan
A mengurus akaun bank perdagangan
B mengawal kestabilan bank perdagangan
C memberi pinjaman terakhir kepada bank perdagangan
D mengendalikan pertukaran mata wang asing untuk bank perdagangan

12 Teori Kuantiti Wang Fisher mengatakan bahawa


A jumlah urusniaga bergantung pada tingkat guna tenaga
B halaju pusingan wang menurun apabila berlaku kemelesetan ekonomi
C pertambahan permintaan wang akan menyebabkan kenaikan harga umum
D pertambahan bekalan wang akan menyebabkan kenaikan harga dengan kadar yang sama

13 Mengikut Teori Kewangan Keynes, pertambahan penawaran wang dalam keadaan perangkap kecairan
akan menyebabkan
A tingkat harga meningkat
B keluaran negara berkurang
C kadar bunga tidak berubah
D eksport semakin meningkat

14 Andaikan bahawa dalam sebuah ekonomi, penawaran wang ialah RM10 000, halaju pusingan wang ialah
8, dan keluaran negara ialah 20 000 unit.Jika penawaran wang bertambah sebanyak RM5000, maka harga
akan
A merosot sebanyak RM2.00
B merosot sebanyak RM6.00
C meningkat sebanyak RM2.00
D meningkat sebanyak RM6.00

15 Pembelian sesuatu barang secara kredit dapat dilakukan kerana wang berfungsi sebagai
A pengukur nilai
B simpanan nilai
C bayaran tertunda
D perantaraan pertukaran

16 Yang manakah merupakan faedah perdagangan antarabangsa?


A Meluaskan pasaran
B Mencapai tingkat guna tenaga penuh
C Meningkatkan rizab mata wang asing di bank negara
D Menstabilkan nilai mata wang ringgit di pasaran mata wang asing

3
17 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran negara S sebelum perdagangan
antarabangsa (LM) dan selepas perdagangan antarabangsa (KM).

Gambar rajah di atas menunjukkan bahawa negara S akan


A mengimport 8 unit pakaian
B mengeksport 8 unit pakaian
C mengeksport 6 unit makanan
D mengimport 26 unit makanan

18 Jadual di bawah menunjukkan kunci kira – kira sebuah bank perdagangan selepas seorang peniaga
mendepositkan cek bernilai RM8000

Aset Liabiliti ( RM )
( RM )
Rizab 2000 Deposit semasa 8000
Pinjaman 6000
Jumlah 8000 Jumlah 8000

Jika semua lebihan rizab dipinjamkan, berapakah jumlah deposit semasa selepas proses penciptaan kredit
berlaku sepenuhnya ?
A RM24 000
B RM30 000
C RM32 000
D RM40 000

19 Jadual di bawah menunjukkan kemungkinan pengeluaran telefon bimbit dan komputer oleh per unit
buruh di negara K dan di negara L.

Jenis keluaran
Negara
Telefon bimbit (unit) Komputer (unit)
K 100 70
L 150 90

Yang manakah pernyataan yang benar menurut faedah berbanding?


A Negara L mengimport telefon bimbit
B Negara K mengeksport telefon bimbit
C Negara K mengkhusus dalam pengeluaran komputer
4
D Negara L mengeluarkan telefon bimbit dan komputer

20 Yang berikut merupakan sekatan dalam perdagangan antarabangsa, kecuali

A Embargo
B Devaluasi
C Subsidi eksport
D Kawalan pertukaran asing

Bahagian B [40 markah]


Jawab empat soalan sahaja

Bahagian B [40 markah]


Jawab empat soalan sahaja.

21 (a) Terangkan tiga alasan mengapa imbangan pembayaran kurangan perlu diatasi. [6]
(b) Jelaskan dua langkah yang dapat membaiki defisit dalam imbangan pembayaran. [4]

22 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan Keluaran Negara Kasar (KNK) benar per kapita?
Mengapakah KNK benar per kapita dihitung? [2]
(b) Mengapakah pertumbuhan ekonomi tidak menjamin peningkatan dalam taraf hidup
rakyat sesebuah negara? [4]

23 Berbantukan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan (AE-Y), jelaskan


bagaimana penurunan cukai keuntungan syarikat dapat mengatasi masalah pengangguran
dalam negara. [10]

24 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimana keseimbangan pendapatan negara


dicapai mengikut analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS). [10]

25 (a) Huraikan faktor yang mempengaruhi permintaan wang dalam Teori Kewangan
Keynes. [4]

(b) Berdasarkan Teori Kewangan Keynes, terangkan bagaimana kadar bunga ditentukan. [6]

26 Bank perdagangan berupaya meningkatkan penawaran wang melalui penciptaan kredit.


Jelaskan bagaimana proses penciptaan kredit berlaku. [10]

5
Bahagian C [20 markah]
Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual di bawah menunjukkan tingkat pendapatan negara dan perbelanjaan penggunaan selepas kerajaan
mengenakan cukai bagi sebuah negara.

Berdasarkan jadual di atas,


(a) hitung kecenderungan mengguna sut [1]
(b) hitung nilai pengganda perbelanjaan kerajaan dan pengganda cukai [2]
(c) tentukan fungsi penggunaan, [2]
(d) andaikan pelaburan ialah RM3500 juta dan perbelanjaan kerajaan ialah RM3000 juta, hitung tingkat
keseimbangan pendapatan negara. [2]
(e) jika pendapatan negara pada guna tenaga penuh ialah RM20 000 juta, berapakah lompang deflasi? Berapakah
pertambahan perbelanjaan kerajaan yang diperlukan untuk menutup lompang deflasi ? [3]

28 Jadual di bawah menunjukkan butiran penawaran wang Malaysia dan keluaran dalam negeri kasar
(KDNK) Malaysia dari tahun 2008 hingga 2010 (RM juta )
Butiran 2008 2009 2010
(RM juta ) (RM juta) (RM juta )
Mata wang dalam edaran 40,424 43,439 46,578
Deposit permintaan 143,475 158,182 167,594
Separuh wang secara luas 747,965 815,682 838,348
Wang yang luas 931,865 1,017,30 1,052,520
3
Keluaran dalam Negara kasar 530,181 521,095 557,449

(Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2010/2011


(a) (i) Apakah maksud penawaran wang M1? [1]
(ii) Hitung penawaran wang M1 pada tahun 2008, 2009, dan 2010. [2]
(b) Hitung kadar pertumbuhan M1 pada tahun 2009 dan 2010. [2]
(c) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2009 dan 2010 [2]
(d) Berdasarkan jawapan (a)(ii) dan (c),huraikan sama ada data penawaran wang M1 dan
kadar pertumbuhan ekonomi selaras dengan Teori Keutamaan Kecairan Keynes [3]

6
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

………………………. ……………………… ...............................


(Pn. Tan Poh Khim) (Pn. Baghyalakshine a/p Natianandam) (En.Jamaluddin Abd.lah)
Guru Akademik Ketua Panitia Ekonomi Penolong Kanan Tingkatan 6

You might also like