You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SRI DAMANSARA 2

JALAN CEMPAKA SD12/2, BANDAR SRI DAMANSARA,


52200 KUALA LUMPUR

TEL : 03-62720144
EMEL: bba8253@btpnsel.edu.my

Rujukan kami : SKBBSD(2)/07/02/001(21)


Tarikh : 17/01/2023

Kepada,
Ibubapa / Penjaga Murid-murid,

Tuan/puan,

PEMULANGAN DAN PENGAGIHAN BUKU TEKS SPBT 2022 / 2023

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman ibubapa, proses pemulangan buku teks SPBT 2022 dan proses pengagihan buku
Teks SPBT untuk sesi 2023 akan dilakukan seperti berikut :

TARIKH PEMULANGAN TARIKH PENGAGIHAN


BIL TAHUN (Sesi 2022)
BUKU BUKU
1 Tahun 1,2,3 25/01/2023 – Sebelum rehat
30/01/2023
2 Tahun 4,5,6 25/01/2023 – Selepas rehat

3. Tuan/puan diharap dapat memastikan:

a) Kesemua buku yang dipinjam dipulang pada hari berkenaan.


*Murid Tahun 1,2 dan 3 hanya perlu memulangkan buku teks sahaja. Sila rujuk Borang
Senarai Semak seperti yang dilampirkan. Borang perlu dicetak atau salin di atas sekeping
kertas dan dihantar bersama buku teks.

b) MENGIKAT kesemua buku yang akan dipulangkan (Pastikan setiap buku telah dibalut)

4. Bagi murid-murid yang telah menghilangkan atau merosakkan mana-mana buku yang dipinjam,
ibubapa/penjaga diwajibkan menggantikan buku-buku tersebut. Senarai harga bagi kesemua buku teks
SPBT adalah seperti di dalam Borang Senarai Semak.
5. Kegagalan tuan/puan untuk menggantikan buku-buku berkenaan akan menyebabkan pemberian
buku teks SPBT untuk sesi 2023 kepada anak tuan/puan terpaksa ditangguhkan sehingga kesemua buku
telah diganti . Manakala bagi murid-murid Tahun 6, sijil tamat persekolahan hanya akan diberikan setelah
kesemua buku dipulangkan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………
(NORHANIDA BINTI SAAIDIN )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara 2

You might also like