You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN PERASMI

Terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis, yang saya muliakan Timbalan-

Timbalan Dekan. Yang saya alu-alukan juga ketua-ketua jabatan, para pensyarah,

staf-staf dan hadirin sekalian. Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Tuhan kerana memberi ruang dan peluang

untuk kita sama-sama berkumpul pada petang yang damai ini bersempena Festival

Vivarium kali ke – 5 anjuran Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang

hadir pada hari ini kerana sudi meluangkan masa untuk kita sama-sama menimba

ilmu pengetahuan serta memeriahkan festival ini. Majlis pada hari ini tidak akan

dapat direalisasikan jika tiada sokongan daripada mereka yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung dalam menjayakan Festival Vivarium ini.

Hadirin sekalian, seperti yang telah diterangkan oleh pengarah sebentar tadi sebuah

vivarium adalah salah satu cara pemuliharaan ex-situ , ia merupakan pemuliharaan

terhadap organisma samada fauna dan flora di luar habitat semulajadi mereka.

Vivarium ini dibuat di kawasan yang biasanya tertutup untuk menjaga dan

menaikkan haiwan atau tumbuhan untuk pemerhatian atau penyelidikan.

Sebahagian daripada ekosistem vivarium itu telah disimulasikan pada skala yang

lebih kecil dengan kawalan persekitaran yang sesuai dengan keadaan tertentu.

Melalui aktivti ini,ia dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk

mempersembahkan idea dan kreativiti masing-masing melalui pengubahan serta

persembahan vivarium mereka kepada penonton.

Selain itu,program ini juga merupakan salah satu komponen pembelajaran

sepanjang hayat, di mana kita dapat mempelajari sesuatu yang baharu. Pertanian

alaf baru menghadapi beberapa cabaran utama seperti kekangan sumber yang

semakin berkurangan dan tuntutan keatas kesejahteraan alam sekitar. Atas dasar

1
itu, konsep dan amalan pertanian lestari menjadi sangat penting demi kelangsungan

industri pertanian. Oleh itu,Vivarium merupakan salah satu medium untuk

menerapkan pemahaman serta konsep kelestarian melalui aktiviti pemeliharaan dan

pemuliharaan sumber-sumber pertanian, penjagaan biodiversiti serta pengekalan

kepelbagaian sumber genetik. Selain itu, vivarium juga melatih kemahiran pertanian

melalui proses perancangan, pembinaan, penjagaan serta pengurusan sebuah

ecosystem yang terkawal. Akhirnya vivarium festival berupaya mengasah kreativiti

serta inovasi selain menyemai nilai-nilai dan kemahiran insaniah didalam diri mereka

yang terlibat dengan aktiviti ini.

Pada masa yang sama, program seperti ini dapat meningkatkan ‘visibility’ pertanian

di fakulti dan secara amnya di Universiti Putra Malaysia dengan menunjukkan fakulti

pertanian sentiasa fokus dalam usaha memartabatkan pendidikan pertanian di UPM

melalui aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang kreatif, menarik dan terkini.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang

hadir dan pastinya kepada penasihat-penasihat program serta ahli jawatankuasa

program yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program yang saya kira

amat bermakna dan bermanfaat untuk semua. Tambahan lagi, ianya dapat

memberikan impak yang tinggi kepada pandangan masyarakat terhadap pertanian

bahawa ‘pertanian adalah suatu perniagaan’ yang memberi keuntungan yang

lumayan kepada kita serta dapat meningkatkan ekonomi negara. Harapan saya,

para pelajar terutamanya dapat menjadikan aktiviti sebegini sebagai suatu anjakan

paradigma untuk terus mencapai kejayaan demi kejayaan.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,saya merasmikan program ‘’Nurturing the

Nature 2017’’ kali ke-5. Sekian wabillahi taufiq wal hidayah,wassalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like