You are on page 1of 3

KAWASAN RUKUN TETANGGA

LAKEVILLE HILL COMMUNITY


BANDAR UNIVERSITI
32610 SERI ISKANDAR PERAK

___________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KAWASAN RUKUN TETANGGA


LAKEVILLE HILL COMMUNITY KALI KE-3

Tarikh : 19 Julai 2017 (Rabu)


Masa : 9.00 Malam
Tempat : No 33, Lakeville 32 Bandar Universiti,
Seri Iskandar Perak
1. Ucapan Pengerusi.
1.1 Tuan pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk-ajk yang sudi hadir
ke mesyuarat KRT Lakeville Hill Community kali ke-3 ini.
1.2 Tuan pengerusi menyerahkan mesyuarat kepada setiausaha KRT LHC untuk
membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

2. Perbentangan Minit Mesyuarat Yang Lalu.


2.1 En Mohamad Hafiz Bin Abd Mutalib selaku Setiausaha KRT LHC membentangkan minit
mesyuarat yang lalu kepada semua ajk-ajk.
2.2 Minit mesyuarat tersebut disahkan oleh En Mohd Faizal Bin Solleh dan disokong oleh
En Muhd Naim Bin Mahyuddin.

3. Perbincangan Majlis Sambutan Hari Raya Perigkat KRT LHC.


3.1 Tuan Pengerusi memberitahu bahawa majlis sambutan hari raya peringkat KRT LHC
akan berlangsung pada 23.7.2017 pukul 11.00 pagi sehingga 2.00 petang.
3.2 Tuan Pengerusi menyatakan bahawa 2 buah khemah milik KRT LHC akan digunapakai
dan 2 buah khemah lagi akan disewa.
3.3 Sebanyak 70 batang lemang akan disediakan dan akan dibakar secara bergotong royong.
3.4 Kerja hiasan lanskap dan pentas aka diketuai oleh En Jamil Bin Abdullah.
3.5 Bunting pemberitahuan jamuan tersebut akan di tempah melalui En Faizal dan menelan
belanja sebanyak RM150.
3.6 Tuan Pengerusi juga memaklumkan bahawa penyampaian anugerah SRS terbaik
sebanyak 14 anugerah akan dijalankan juga pada majlis tersebut.
3.7 Tuan Pengerusi juga mencadangkan beberapa acara yang akan dijalankan ketika majlis
tersebut seperti Pasangan Serasi, Peraduan Teka Kira, dan juga Cabutan Bertuah.
3.8 Pn Siti Hajar Binti Mohd Said menerangkan tentang makanan yang akan disediakan dan
beliau telah membentangkan bajet untuk menyiapkan jamuan tersebut iaitu sebanyak
RM1000.
3.9 Tuan Pengerusi meminta Bendahari KRT LHC untuk mengeluarkan wang sebanyak
RM1000 daripada akaun KRT LHC untuk menampung perbelanjaan jamuan pada majlis
tersebut. Cadangan tersebut disokong oleh semua ajk-ajk.
3.10 Tuan Pengerusi juga mencadangkan RM300 dikeluarkan daripada akaun KRT LHC
untuk menampung kos membuat papan tanda KRT LHC yang akan diletakkan dihadapan
kawasan perumahan Lakeville Hill. Permohonan tersebut disokong oleh semua ajk.

4. Hal-hal lain.
4.1 En Mohd Syukri Bin Hamzah bertanyakan tentang jemputan ke Majlis Sambutan Hari
Raya Lakeville Hill Community adakah ianya terbuka atau hanya melibatkan tetamu yang
dijemput sahaja.
4.2 Tuan Pengerusi memberi maklum balas bahawa jemputan ke majlis tersebut adalah
terbuka.
4.3 En Jamil Bin Abdullah mencadangkan pembinaan papan tanda kurangkan kelajuan di
kawasan perumahan untuk membendung kenderaan yang memandu laju. Tuan Pengerusi
menyokong cadangan tersebut dn akan membawakan perkara tersebut kepada pihak berwajib.
4.4 En Mohd Ainurridha Ahmad Bin Majdi mencadangkan permohonan pembinaan dewan
orang ramai untuk kegunaan penduduk dikawasan Lakeville Hill. Cadangan tersebut
disokong oleh En Azman Bin Yahya selaku Pengerusi KRT LHC dan berjanji perkara
tersebut akan diusahakan.
4.5 En Muhd Naim Bin Mahyuddin mencadangkan supaya disediakan kertas pemberitahuan
dalam Bahasa Inggeris kepada penyewa warga asing perihal had kelajuan yang dibenarkan
didalam kawasan perumahan. En Azman bin Yahya ersetuju dengan cadangan tersebut dan
menyerahkan perkara tersebut kepada ajk yang terlibat.
4.6 Tn Hj Mohd Zubir Bin Hj Husin mencadangkan supaya pihak KRT LHC memaklumkan
secara rasmi kepada Jabatan Veterinar berkenaan dengan populasi anjing liar yang semakin
meningkat dan menggangu gugat ketenteraman penduduk. En Azman Bin Yahya perkara
tersebut akan diusahakan dan diserahkan kepada Ajk Keselamatan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.41 pagi pada tarikh 20.7.2017.


Disediakan Oleh,

………………………..
Mohamad Hafiz Bin Abd Mutalib
Setiausaha KRT Lakeville Hill Community
Bandar Universiti
32610 Seri Iskandar Perak D.R

Disahkan Oleh,

………………………………
En Azman Bin Yahya
Pengerusi KRT Lakeville Hill Community
Bandar Universiti
32610 Seri Iskandar Perak D.R

You might also like