You are on page 1of 2

KAWASAN RUKUN TETANGGA

LAKEVILLE HILL COMMUNITY


BANDAR UNIVERSITI
32610 SERI ISKANDAR PERAK

__________________________________________________________________

Majlis Daerah Perak Tengah


Kompleks MDPT
Seri Iskandar,
32610 , Bandar Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan.

U/p: Unit Kejuruteraan MDPT 2 Januari 2018

Tuan/ Puan

Bantahan Kenderaan Berat Menggunakan Laluan/Jalan Taman Kediaman

Perkara diatas dirujuk .

Pihak KRT Lakeville Hill Community mendapati projek pembinaan tangki air kedua
ditaman ini telah pun bermula pada 8.Disember 2017. Tapak pembinaan tersebut
berada ditengah-tengah penempatan penduduk KRT LHC yang telah pun diserah
kunci sepenuhnya kepada semua pemilik rumah yang dianggarkan sebanyak 1000
unit rumah.

2. Sehubungan dengan itu, pihak KRT dan penduduk Taman Lakeville Hill
Community membantah segala jenis kenderaan berat (melebihi 10 tan)
menggunakan jalan taman kediaman sebagai laluan untuk menghantar muatan.
Secara dasarnya semua sedia maklum jalan raya di taman kediaman tidak mampu
untuk menampung beban lori dan muatan tersebut lalu menyebabkan kerosakan
pada jalan raya yang telah dilalui kenderaan berat tersebut saban hari dan
seterusnya menyukarkan perjalanan harian penduduk taman kediaman ini.

3. Selain daripada faktor kerosakan jalan, isu keselamatan juga menjadi faktor
utama untuk membantah kenderaan berat menggunakan laluan di taman kediaman
ini. Berterusan dengan itu, jalan kotor, berlumpur serta berdebu juga menjadi faktor
lain untuk pihak kami menegakkan isu ini. Sisa konkrit di atas jalan raya setelah
kerja-kerja konkrit bermula juga membahayakan persekitaran taman kediaman ini.
Bak kata pepatah “rumah tekah siap tetapi pahat masih berbunyi”.
4. Walaubagaimanapun pihak KRT LHC sedia berbincang bagi mendapatkan
kata sepakat untuk kesejahteraan bersama. Pihak kami berharap pihak Tuan/Puan
dapat memberi maklum balas kepada kami dengan kadar segera. Diharapkan juga
pihak Tuan/Puan juga dapat memberi arahan agar segala jenis kenderaan berat
diberhentikan perkhidmatan buat sementara sehingga kata sepakat bersama pihak
KRT LHC dan juga pihak pemaju dicapai. Kerjasama dari pihak Tuan/Puan bagi
mengatasi masalah ini amat kami hargai.

Yang Benar,

…………………………
AZMAN BIN YAHYA
Pengerusi KRT Lakeville Hill Community
Bandar Universiti,
32610 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan

s.k

1. AGRO-MOD INDUSTRIES SDN. BHD.

NO 123, JALAN RAYA PERMAISURI BAINUN,

( JALAN KAMPAR ), 30250 IPOH, PERAK.

2. YANG DI PERTUA

Majlis Daerah Perak Tengah


Kompleks MDPT, Seri Iskandar,
32610 , Bandar Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan.

You might also like