You are on page 1of 3

Nota Sains Tahun 6 Unit 4: Interaksi antara Hidupan

(A) Interaksi antara Haiwan


1. Interaksi ialah perhubungan aktif yang berlaku dalam intraspesies dan interspesies bagi memperoleh
keperluan asas.
2. Intraspesies ialah interaksi antara spesies yang sama.
3. Interspesies ialah interaksi antara spesies yang berlainan.
4. Interaksi intraspesies dan interspesies boleh berlaku dalam bentuk kerjasama atau persaingan.
5. Kerjasama ialah interaksi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Contoh kerjasama: membina
sarang (lebah, memerang), mengesan kehadiran pemangsa (Antelop dan babun)
6. Persaingan ialah satu bentuk interaksi yang berlaku apabila haiwan  berebut sesama mereka untuk
mendapatkan sumber yang terhad. Contoh persaingan: Mendapatkan makanan (anak-anak ayam, helang
dan ular).
 

(B) Haiwan Hidup Berkumpulan, Kelebihan dan


Kekurangan
1. Sesetengah haiwan hidup bersama-sama dalam kalangan spesiesnya.
2. Contoh:
1. Lebah
2. Anai-anai
3. Burung bangau
4. Ikan
5. Burung layang-layang
6. Kambing
7. Singa
8. Rusa
3. Kelebihan hidup berkumpulan:
1. Dapat bekerjasama untuk membuat sarang dan mendapatkan makanan.
2. Memastikan keselamatan spesiesnya daripada serangan musuh dan melindungi anak-anaknya.
3. Mengawal kawasannya daripada dicerobohi musuh.
4. Kekurangan hidup berkumpulan:
1. Mudah dijangkiti wabak penyakit.
2. Haiwan yang lemah dalam kumpulan besar akan mengalami kesukaran melarikan diri daripada
pemangsa.
3. Perlu bersaing untuk mendapatkan makanan dan pasangan.
 

(C) Haiwan Hidup Bersendirian, Kelebihan dan


Kekurangan
1. Haiwan yang hidup bersendirian ialah haiwan yang hidup tanpa kawanan.
2. Contoh:
1. Burung belatuk
2. Tapir
3. Labah-labah
4. Harimau
5. Ular Sawa
6. Tupai
7. Helang
8. Beruang
3. Kelebihan hidup bersendirian:
1. Mengelakkan persaingan memburu makanan sesama sendiri dan mengatasi masalah sumber
makanan yang terhad.
2. Mengelakkan persaingan untuk mendapatkan pasangan dan kawasan.
4. Kekurangan hidup bersendirian:
1. Sukar mempertahankan diri daripada musuh.
2. Mengalami masalah kesukaran mencari pasangan ketika musim mengawan.
 

(D) Faktor Persaingan Haiwan Intra dan Interspesies


1. Haiwan intraspesies bersaing untuk mendapatkan:
1. Makanan
2. Air
3. Kawasan
4. Pasangan
2. Haiwan inerspesies bersaing untuk mendapatkan:
1. Makanan
2. Air
3. Kawasan

(E) Simbiosis antara Haiwan


1. Maksud simbiosis: Hubungan antara 2 atau lebih haiwan yang saling hidup bersama.
2. Terdapat 3 jenis simbiosis: Mutualisme, Komensalisme dan Parasitisme.
3. Mutualisme
1. Maksud: Interaksi yang membawa faedah kepada kedua-dua organisma.
2. Contoh: Buran laut dan umang-umang, buaya dan burung, kerbau dan bangau.
4. Komensalisme
1. Maksud: Interaksi yang memberi faedah kepada satu pihak sahaja tanpa menjejaskan pihak yang
satu lagi.
2. Contoh: Ikan remora dan jerung, ikan paus dan teritip.
5. Parasitisme
1. Maksud: Interaksi yang memberi faedah kepada satu pihak sahaja dan satu pihak lagi rugi.
2. Contoh: Cacing pita, kutu sengkenit dan kucing.
 

(F) Faktor Persaingan antara Tumbuhan


1. Tumbuhan akan bersaing untuk mendapatkan keperluan asas seperti:
1. Air
2. Cahaya Matahari
3. Ruang
4. Nutrien
2. Semasa aktiviti, tujuan boleh ditulis sebagai:
Untuk menyiasat ___________ sebagai faktor yang menyebabkan persaingan antara tumbuhan.
3. Aktiviti penyiasatan melibatkan faktor persaingan:
1. Air
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kuantiti air yang direnjis dan ketinggian
anak pokok.
2. Hubungan: Semakin banyak kuantiti air yang direnjis, semakin tinggi anak pokok.
3. Kesimpulan: Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan air. (Atau sama seperti hubungan).
                                                         ATAU
4. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak anak pokok dari sumber air dan
ketinggian anak pokok.
5. Hubungan: Semakin dekat anak pokok dengan sumber air, semakin bertambah
ketinggian anak pokok.
6. Kesimpulan: Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan air. (Atau sama seperti hubungan).
2. Cahaya Matahari
3. Ruang
4. Nutrien
1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan antara bilangan anak pokok di dalam pasu dan
ketinggian anak pokok.
2. Hubungan: Semakin bertambah bilangan anak pokok di dalam pasu, semakin berkurang
ketinggian anak pokok.
3. Kesimpulan: Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan ______________.(Atau sama
seperti hubungan).

(G) Jenis Interaksi antara Tumbuhan


1. Seperti haiwan, tumbuhan juga mempunyai 3 jenis simbiosis,
iaitu Mutualisme, Komensalisme dan Parasitisme.
2. Contoh Mutualisme: Liken (terdiri daripada alga dan kulat).
3. Contoh Komensalisme: Pokok paku langsuyar menumpang pada batang pokok, orkid liar pada batang
pokok, paku tanduk rusa pada batang pokok.
4. Contoh Parasitisme: Rafflesia, kulat cendawan, pokok dedalu.
5. Pokok dedalu juga dikenali sebagai tumbuhan semiparasit kerana dedalu menyerap air dan nutrien
daripada batang pokok yang ditumpang dan turut membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis. 

You might also like