You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN HUSSEIN

ONN MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH


BIL 1/2020
Tarikh : 31 Januari 2020
Hari : Jumaat
Tempat : Bilik Guru
Masa : 12.00 tengahari
Kehadiran :
1. Pn Analiza Bt Yakkub (GK Kemanusiaan)
2. Cik Sriminangwati Bt Zainulis (Pengerusi)
3. Pn Fauzan Bt Ghazali
4. Pn Manju a/p K.R Rajah
5. Pn Rubavathi a/p Marwandasamy
6. Pn Syarifah @ Baizura Bt Mohammad Rodze
7. Pn Sukumari a/p Kannan
8. En. Mohd Saiful Bahri B. Mohd Shah

AGENDA :

1. Perutusan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menghadiri mesyuarat
Panitia Sejarah kali pertama tahun 2020
1.2 Beliau juga memaklumkan bahawa beliau telah dilantik menjadi Ketua Panitia
Sejarah yang baru bagi tahun 2020 dan berharap Pn Fauzan selaku Ketua Penitia
tahun lepas memberikan tunjuk ajar bagi meningkatkan prestasi panitia sejarah
SMKTHO.
1.3 Pengerusi juga mengalu-alukan kedatangan En. Saiful Bahri sebagai ahli panitia
sejarah yang baru.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat


Cadangan : Pn Fauzan Bt Ghazali
Sokongan : Pn Manju a/p K.R Rajah

3. Perkara Berbangkit
Tiada

4. Persediaan Buku Rekod Mengajar


4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru sejarah yang telah menyediakan
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT). Softcopy RPT telah dimasukkan dalam
group telegram rasmi Panitia Sejarah 2020.

1
RPT Tingkatan 1 : Pn Rubavathi a/p Marwandasamy

2
RPT Tingkatan 2 : Pn Fauzan Bt Ghazali
RPT Tingkatan 3 : Pn Syarifah @ Baizura Bt Mohammad Rodze
RPT Tingkatan 4 : Cik Sriminangwati Bt Zainulis
RPT Tingkatan 5 : Pn Manju a/p K.R Rajah
4.2 Pengerusi juga memaklumkan guru-guru sejarah yang belum memperolehi DSKP
Sejarah Tingkatan 1,2,3 dan 4 boleh beli dari Pn Nurjisma atau boleh download dan
print sendiri. Softcopy DSKP dan Sukatan KBSM untuk guru sejarah tingkatan 5
juga telah dimasukkan dalam group telegram rasmi Panitia Sejarah 2020.
4.3 Pengerusi memaklumkan bahawa minggu ke 4, semua guru-guru sejarah perlu
menerapkan nilai sivik dalam Mata Pelajaran Sejarah. Guru-guru sejarah boleh
merujuk Manual Pengurusan Sekolah di halamanan 40 untuk mengetahui nilai-nilai
sivik mengikut bulan. Borang penerapan nilai-nilai sivik dalam matapelajaran sejarah
boleh diambil di meja Pn Norida Bt Mohd Mahudin. Pengerusi juga memaklumkan
Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Menengah Atas dan Bawah boleh download
dan telah dimasukkan dalam group telegram rasmi Panitia Sejarah 2020 untuk
rujukan guru-guru sejarah.
4.4 Beliau juga berharap guru-guru di bawah panitia Sejarah akan mengaplikasikan
amalan PAK 21 dalam Pembelajaran dan Pemudahcara.

Tindakan : Ketua panitia dan guru mata pelajaran

5. Pengurusan Panitia Sejarah Tahun 2020


5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa telah mewujudkan group telegram rasmi Panitia
Sejarah 2020 untuk memudahkan urusan Panitia Sejarah.
5.2 Guru-guru sejarah juga perlu menyediakan soalan peperiksaan mengikut jadual yang
ditetapkan oleh Setiausaha Peperiksaan dan semua soalan, skema jawapan, JSU, JSI
dan Analisis Item perlu dimasukkan dalam fail di bilik peperiksaan dan satu salinan
untuk dimasukkan dalam fail panitia. Berikut ialah senarai guru-guru yang
bertanggungjawab menyediakan kertas soalan.
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN / PERCUBAAN
PEPERIKSAAN / PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PT3/SPM
TINGKATAN PENYEDIA PENYEMAK PENYEDIA PENYEMAK
SYARIFAH@BAIZURA SYARIFAH@BAIZURA
BT MOHAMMAD RUBAVATHI A/P RUBAVATHI A/P BT MOHAMMAD
TINGKATAN1 RODZE MARWANDASAMY MARWANDASAMY RODZE
SYARIFAH@BAIZURA SYARIFAH@BAIZURA
MOHD SAIFUL BAHRI BT MOHAMMAD BT MOHAMMAD MOHD SAIFUL BAHRI
TINGKATAN2 B MOHD SHAH RODZE RODZE B MOHD SHAH
FAUZAN BINTI FAUZAN BINTI RUBAVATHI A/P
TINGKATAN3 MANJU A/P K.RAJAH GHAZALI GHAZALI MARWANDASAMY
FAUZAN BINTI SRIMINANGWATI FAUZAN BINTI
KERTAS 1 GHAZALI MANJU A/P K.RAJAH BINTI ZAINULIS GHAZALI
RUBAVATHI A/P SRIMINANGWATI SRIMINANGWATI
KERTAS 2 MARWANDASAMY BINTI ZAINULIS MANJU A/P K.RAJAH BINTI ZAINULIS
TINGKATAN SRIMINANGWATI RUBAVATHI A/P
4 KERTAS 3 BINTI ZAINULIS MANJU A/P K.RAJAH MARWANDASAMY MANJU A/P K.RAJAH
FAUZAN BINTI FAUZAN BINTI SRIMINANGWATI
KERTAS 1 MANJU A/P K.RAJAH GHAZALI GHAZALI BINTI ZAINULIS
SRIMINANGWATI RUBAVATHI A/P SRIMINANGWATI
KERTAS 2 BINTI ZAINULIS MARWANDASAMY BINTI ZAINULIS MANJU A/P K.RAJAH
TINGKATAN RUBAVATHI A/P SRIMINANGWATI RUBAVATHI A/P
5 KERTAS 3 MARWANDASAMY BINTI ZAINULIS MANJU A/P K.RAJAH MARWANDASAMY

3
5.3 Guru-guru yang terlibat dan penggubal kertas soalan haruslah mengikut format
peperiksaan Sejarah PT3 bagi tingkatan 1,2 dan 3 manakala bagi tingkatan 4 dan 5
mengikut format SPM sebenar bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir
tahun.
5.4 Ketua panitia juga perlu menyediakan perancangan strategik panitia dibantu guru-
guru sejarah yang lain.

Tindakan : Ketua panitia dan guru mata pelajaran

6. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) / Kajian


Kes
6.1 Ketua Panitia Sejarah mengingatkan guru yang mengajar tingkatan 1 dan 2 supaya
diberikan pendedahan kepada murid tentang format PT3.
6.2 Beliau juga mengingatkan guru-guru yang mengajar tingkatan 1 dan 2 supaya
melakukan Kajian Kes dan perlu dimasukkan dalam markah Peperiksaan Akhir
Tahun sebanyak 20%. Manakala guru yang mengajar tingkatan 3, markah kajian kes
sebanyak 20% akan dicampur bersama Ujian Bertulis PT3. Guru-guru boleh merujuk
Merujuk Format Instrumen PT3 mulai tahun 2019.
6.3 Pengerusi memaklumkan tajuk untuk kajian kes bagi setiap tingkatan haruslah
selaras dan masa pelaksanaan kajian kes akan dimaklumkan kemudian.
6.4 Bahan PBD untuk pelajar tingkatan 1 dan 2 boleh dibeli di koperasi sekolah dengan
harga RM5.50. Penjualan buku akan berlangsung sehingga 26 Februari 2020. Pn
Syarifah menyatakan agar semua guru-guru tingkatan 1 dan 2 menggunakan buku
yang telah dipersetujui pada tahun lepas untuk kegunaan semasa Pdpc Sejarah. Bagi
pelajar tingkatan 3 dan 4 buku untuk kegunaan semasa PBD belum diputuskan lagi.
Guru-guru sejarah boleh merujuk bahan-bahan sokongan lain untuk membantu
pelaksaan PBD semasa Pdpc Sejarah.
6.5 Pengerusi mengingatkan guru-guru sejarah agar merekod manual pelaporan PBD
KSSM sejarah untuk tingkatan 1 sehingga ting 4. Tamplet Pelaporan PBD KSSM
telah dimasukkan dalam group telegram rasmi Panitia Sejarah 2020, guru-guru
sejarah boleh print dan merekod secara manual. Jika akan murid yang pindah guru
sejarah murid tersebut haruslah print laporan PBD sejarah untuk diberikan dan
dibawa bersama murid semasa proses pindah sekolah.
6.6 Ketua Panitia Sejarah mengingatkan guru yang mengajar tingkatan 4 tentang silibus
dan buku teks telah ditukar kepada KSSM. Format SPM untuk murid tingkatan 4
masih sama. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.
6.7 Ketua panitia memaklumkan agar semua guru-guru sejarah merujuk DSKP untuk
memudahkan proses pdpc.

Tindakan : Ketua panitia dan guru mata pelajaran

7. Post Mortem PT3 / PAT Ting 4 2019 dan Target PT3 dan SPM 2020
7.1 Bagi keputusan PT3 2019, calon yang mendaftar seramai 248 orang pelajar, bilangan
calon lulus Sejarah seramai 124 orang pelajar iaitu 50% dan bilangan gagal seramai 124
orang pelajar iaitu 50%. GPMP sejarah PT3 2019 ialah 4.78.

4
7.2 Pengerusi memaklumkan target PT3 2020, calon yang mendaftar seramai 247 orang
pelajar, target bilangan calon lulus Sejarah seramai 180 orang pelajar iaitu 72.87%
manakala target GPMP sejarah PT3 2020 ialah 4.33.
7.3 Bagi keputusan PAT Sejarah Tingkatan 4 tahun 2019, calon yang mendaftar seramai
223 orang pelajar, bilangan calon lulus seramai 142 orang pelajar iaitu 63.68% dan
bilangan gagal seramai 81 orang pelajar iaitu 36.32%. GPMP PAT Sejarah Tingkatan 4
tahun 2019 ialah 6.66.
7.4 Pengerusi memaklumkan target Sejarah SPM tahun 2020, calon yang mendaftar seramai
223 orang pelajar, bilangan calon lulus seramai 205 orang pelajar iaitu 91.93% manakala
target GPMP Sejarah SPM tahun 2020 ialah 4.33.

Makluman : Guru mata pelajaran

8. Program Peningkatan Akademik


8.1 Pengerusi meminta semua guru-guru sejarah merujuk Manual Pengurusan Sekolah di
halaman 49 berkenaan Program Kecemerlangan Akademik. Teknik Menjawab Soalan
PT3 dan SPM (dalaman) harus dilaksanakan oleh semua guru-guru sejarah dalam kelas
masing-masing semasa pdpc sekali setiap hujung bulan dan akan dipantau oleh PP1
melalui BRM dan pencerapan.
8.2 Teknik Menjawab PT3 (luaran) akan dijalankan pada 21 Ogos 2020 yang dikendalikan
oleh Pn Manju manakala SPM (luaran) akan dijalankan pada 13 Julai 2020 yang akan
dikendalikan oleh Cik Sriminangwati. Guru berkenaan boleh menjemput penceramah
luar atau guru boleh mengendalikan program sendiri.
8.3 Pengerusi memaklumkan jika guru-guru sejarah memerlukan bahan atau balanjawan
untuk menguruskan program boleh menyatakan nota minta dan menggunakan wang PGC
Panitia.
8.4 Pn Analiza memaklumkan bayaran kepada penceramah luar sebanyak RM200.
8.5 Pengerusi meminta semua guru-guru sejarah merujuk Manual Pengurusan Sekolah di
halaman 65 berkenaan Program Kecemerlangan Akademik iaitu Program NASA SPM,
FATE SPM, JUSA SPM, NEAR MISS SPM, Program Didik, KIA 2M PT3/SPM,
Perkampungan Ilmu, Kem Transformasi Minda, Kem Bina Sahsiah dan termasuklah
Kelas Anjal PT3 dan SPM akan dikendalikan oleh pihak sekolah. Penglibatan murid
berdasarkan pencapaian murid berdasarkan analisis TOV PAT 2019 dan PPT 2020.
Ketua Panitia memaklumkan agar semua guru-guru sejarah bersedia semasa pelaksaan
program tersebut. Setiap program perlu ada perancangan untuk dilaksanakan berdasarkan
fokus sasaran pelajar, oleh itu semua guru-guru sejarah yang terlibat harus menyediakan
bahan atau latihan yang bersesuaian dengan pelaksaan program.

Tindakan : Ketua panitia dan guru mata pelajaran

9. Anggaran Belanjawan Panitia.


9.1 Anggaran peruntukan kewangan panitia Sejarah ialah RM 3083.32. Oleh itu, guru-guru
Sejarah bolehlah merancang perbelanjaan untuk menggunakan PCG bagi mata pelajaran
Sejarah. Anggaran perbelanjaan panitia sejarah bagi tahun 2020 adalah seperti berikut :

5
Anggaran Sumber
No Perkara CATATAN PCG PIBG Kantin
Perbelanjaan(RM)
1 Buku Pelangi Top One
417.50 Ting 1 417.50
Sejarah Ting 1 (8.35x50)
2 Buku Pelangi Top One
417.50 Ting 2 417.50
Sejarah Ting 2 (8.35x50)
3 Buku Pelangi Top One
417.5 Ting 3 417.5
Sejarah Ting 3 (8.35x50)
4 Cermelang Publications KSSM
sejarah Ting 4 525 Ting 4 525
(10.50x50)
5 Ceramah & Bengkel
400 Ting 3 & 5 400
Teknik Menjawab PT3 &
SPM
6 Kelas Tambahan / Gerak
400 Ting 3 & 5 400
Gempur PT3 & SPM (Latihan
Berfokus)
7 Program Kecemerlangan Akademik
300 Ting 3 & 5 300
PT3/SPM
8
9
10
Jumlah Perbelanjaan 2877.50 2877.50
BAKI 205.82
9.2 Guru-guru Sejarah yang ingin menggunakan wang PCG Sejarah perlu mengisi nota
minta dan meminta kelulusan daripada Guru Kanan terlebih dahulu sebelum mendapat
tandatangan Pengetua.
9.3 Pn Analiza memaklumkan agar diwujudkan buku log untuk meminjaman buku-buku
panitia untuk merekod penggunaan panitia untuk sepanjang tahun.

Tindakan : Ketua panitia dan guru mata pelajaran

10. Pencerapan Guru


10.1 Pengerusi meminta semua guru-guru sejarah merujuk Manual Pengurusan Sekolah di
halaman 54 dan 55 berkenaan Jadual Pencerapan Guru yang mempunyai 2 fasa, fasa 1
dari bulan Februari hingga Mei manakala fasa 2 mulai bulan Julai hingga Oktober.
10.2 Pengerusi meminta semua guru-guru sejarah merujuk Manual Pengurusan Sekolah di
halaman 57 berkenaan latihan kepada pelajar. Pengerusi menyarankan semua guru-guru
sejarah pengikut panduan latihan minima dan standard kualiti latihan mengikut mata
pelajaran.
Makluman : Guru mata pelajaran

11. PLC dan alat koloboratif


11.1 Pengerusi memaklumkan PLC akan dijalankan dalam panitia sejarah. Pelaksaan PLC
mendapat mata kredit sebanyak 20 mata kredit akan diisi dalam SPLKM. Borang PLC
akan diambil dari Pn Nozi.
11.2 Pengerusi memaklumkan PLC mengikut protocol PLC iaitu Plan, Do, Check dan Act
mengikut alat koloboratif.
11.3 Pn Rubavathi mencadangkan PLC teknik menjawab dilaksakan untuk panitia sejarah.

6
Tindakan : Ketua panitia dan guru mata pelajaran

7
12. Hal-hal Lain
12.1 Pn Rubavathi mentanyakan tentang tarikh pelaksaan kajian kes tingkatan 3.
12.2 Pengerusi memaklumkan makluman tentang kajian kes PT3 akan dimaklumkan lebih
lanjut dari setiausaha PT3.
12.3 En Saiful meminta agar guru-guru dapat membantu beliau tentang format pelaksanaan
kajian kes bagi murid tingkatan 2.
12.4 Pn Fauzan memaklumkan bahawa En Saiful boleh bertanya beliau untuk mengetahui
lebih lanjut tetang format dan kajian kes sejarah Tingkatan 2.
12.5 Pn Syarifah memaklumkan agar semua guru-guru sejarah tingkatan 1 dan 2
memberitahu murid-murid agar membeli buku sejarah PBD di koperasi.
12.6 Pengerusi memaklumkan segala permasalahan atau makluman berkaitan panitia sejarah
akan dibincangkan dan dimaklumkan dalam group telegram Panitia Sejarah 2020
12.7 Guru Kanan Kemanusiaan mengingatkan guru-guru Sejarah supaya saling bekerjasama
untuk meningkatkan kecemerlangan dalam mata pelajaran Sejarah.

Makluman : Guru mata pelajaran

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang

Disediakan Oleh : Disemak oleh :

………………………………… …………………………
(SRIMINANGWATI BINTI ZAINULIS )
Ketua Panitia Sejarah,
SMK Tun Hussein
Onn.

You might also like