Professional Documents
Culture Documents
Minit Mesyuarat Asrama Bil.2 2021
Minit Mesyuarat Asrama Bil.2 2021
Minit Mesyuarat Asrama Bil.2 2021
KEHADIRAN:
1. En. Azmi bin Tahir (GPK HAL EHWAL MURID)
2. En. Zulkifli bin Mamat (KETUA WARDEN)
3. En. Hanapi bin Abd. Rahman (WARDEN ASPURA)
4. En. Mohd Firdaus bin Alias (WARDEN ASPURA)
5. Pn. Hazeyhan binti Hamzah (WARDEN ASPURI)
6. Pn. Rafeah binti Mohamed (WARDEN ASPURI)
7. Pn. Kamariah binti Ali (WARDEN ASPURI)
8. Pn. Nor Hijanah binti Mohamad (WARDEN ASPURI)
9. Pn. Arwina Syazwani binti Ghazali (WARDEN ASPURI)
10. Pn. Zarifah binti Ahmad (PENYELIA ASRAMA)
11. Pn. Maimazaitulakwa binti Mohd Rashid (PENYELIA ASRAMA)
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab, Al-fatihah dan ucapan syukur ke
hadrat Allah SWT kerana dapat bersemuka dalam mesyuarat kali ini. Seterusnya
pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa asrama ke Mesyuarat
Pengurusan Asrama bil 2/ tahun 2021 serta mengucapkan terima kasih kepada semua
yang hadir.
1.2 Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat tentang peranan guru dan warden
dalam memastikan keselamatan semua penghuni asrama. Penekanan dalam
meningkatkan tahap keselamatan dan disiplin asrama perlu dititikberatkan. Penekanan
utama harus diberikan terhadap pematuhan SOP Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah
Dalam Norma Baharu. Selain itu, pematuhan ini perlulah juga merujuk kepada buku
pengurusan asrama harian. Peraturan asrama dalam norma baharu perlu diberi perhatian
dan diperketatkan semula. Para pelajar perlu diberi peringatan yang berterusan agar terus
mematuhi SOP yang ditetapkan.
1.3 Pengerusi turut memaklumkan tentang isu solat jumaat di kalangan pelajar asrama
di mana mengikut peraturan yang dikuatkuasakan di bawah Jabatan Hal Ehwal
Agama Terengganu di mana solat Jumaat tidak dibenarkan diadakan di kalangan
pelajar asrama merujuk kepada situasi semasa COVID-19.
Tindakan : Makluman
2.1 Minit Mesyuarat Pengurusan Asrama Bil 1/2021 bertarikh 8 Mac 2021 dibentangkan
untuk diteliti dan diambil tindakan oleh semua ahli mesyuarat. Mesyuarat sebulat suara
menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Pengurusan Bil 1/2021 tanpa sebarang
pindaan.
Tindakan : Makluman
AGENDA 3 : PENGURUSAN ASRAMA
2
AGENDA 4 : HAL-HAL LAIN
4.1 Tuan PK HEM memaklumkan kepada ahli mesyuarat supaya mengambil berat dan
perhatian berkenaan dengan status penjagaan ibu bapa/penjaga di kalangan pelajar asrama.
Tindakan: Penyelia Asrama
4.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan mesyuarat ini
dengan pandangan dan cadangan yang baik dan mengharapkan kerjasama sepenuhnya daripada
jawatankuasa asrama bagi meningkatkan kecemerlangan asrama bagi tahun 2021.
Mesyuarat diakhiri dengan tasbih Kafarah dan Surah al-Asr pada pukul 11.00 pagi.
................................................... .............................................
(ARWINA SYAZWANI BINTI GHAZALI) (EN. ZULKIFLI BIN MAMAT)
Warden Asrama Ketua Warden
SMA Mahmudiah, Kuala Berang SMA Mahmudiah, Kuala Berang
Terengganu Terengganu
Disahkan oleh,
...................................................
(EN. AZMI BIN TAHIR)
Penolong Kanan HEM
SMA Mahmudiah, Kuala Berang
Terengganu
3
MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASRAMA
BIL 1/TAHUN 2021