You are on page 1of 2

PERPADUAN ASAS INTEGRASI KAUM

Cincin suasa cincin pusaka

Disimpan rapi dalam peti

Cintai negara sayangi bangsa

Kekalkan perpaduan tanpa sangsi

Pantun empat kerat ini membuka tirai syarahan saya pada pagi ini. Salam bahagia dan
salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,barisan panel hakim arif lagi
bijaksana, Yang dihormati Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan
sekalian. Berdirinya saya di sini dengan penuh iltizam adalah untuk memberikan kupasan
berpandukan tajuk syarahan saya iaitu “PERPADUAN ASAS INTEGRASI KAUM ” Menurut
Kamus Dewan edisi keempat perpaduan membawa maksud perihal bersepadu bangsa dan
masyarakat manakala integrasi pula bermakna penggabungan beberapa kaum.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama,
kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Kepelbagaian kaumdan budaya
adalah salah satu ciri utama dan keunikan serta keistimewaan masyarakat Malaysia.
Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat murni masyarakat kita. Misalnya,
keunikan pakaian tradisional pelbagai kaum serta bentuk potongan,cara pemakaian dan
berwarna - warni. Selain itu, budaya saling mengunjungi semasa mengadakan rumah
terbuka pada hari-hari perayaan dan penghantaran kuih - muih jelas menunjukkan
kemesraan yang terjalin sesama kaum yang berperanan sebagai alat pengukuhan
perpaduan dan intergrasi dalam negara kita. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh
dunia luar.

Adat dan kepercayaan setiap kaum di Malaysia menjadi tunggak perpaduan kita. Kita
sememangnya terbeza tetapi disatukan dengan nilai-nilai murni. Kita sebagai rakyat yang
terdiri daripada pelbagai kaum sering berganding bahu demi negara tercinta. Hal ini dapat
dibuktikan dengan pelbagai kempen keprihatinan sepanjang musim pandemik ini. “Kempen
Bendera Putih”, #Kita tolong kita # Malaysia Prihatin merupakan antara bukti nyata yang
menonjolkan perpaduan yang terjalin menjangkaui segala perbezaan antara kita. Kini, kita
juga disatukan di bawah payung ‘Keluarga Malaysia’.

Para hadirin yang dihormati,


Peranan bahasa Melayu dalam sektor pendidikan amat penting sebagai Bahasa pengantar
di sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi. Bahasa Melayu yang digunakan
sebagai bahasa pengantar di sekolah menjadi medium dalam menyemarakkan lagi
semangat perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum. Perpaduan yang
dibentuk seawal zaman persekolahan akan membawa kepada perpaduan yang utuh apabila
pelajar memasuki pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta.

Para hadirin yang dihormati,

Sukan merupakan antara langkah utama untuk memupuk perpaduan antara kaum di
Malaysia. Melalui sukan, integrasi kaum dapat diwujudkan dengan mapan.Banyak kejayaan
yang telah dicipta oleh para atlet negara kita seperti, kejayaan Datuk Lee Chong Wei, Datuk
Nicol David dan Datuk Azizulhasni Awang dalam bidang sukan masing-masing telah
memberi gambaran bahawa sukan bukan sahaja mampu mengharumkan nama negara
bahkan mampu mengeratkan hubungan seluruh rakyat Malaysia. Kesimpulannya, marilah
kita bersama-sama bersatu tenaga agar negara kita terus gemilang dan bangsa Malaysia
terus cemerlang. Sekiranya perpaduan rakyatr apuh dan lemah, negara akan mudah
diserang daripada pelbagai sudut. Rakyat yang berpecah-belah dan tidak bersatu-padu
akan menyebabkan huru-hara, rusuhan dan pergaduhan kaum. Amalkan perpaduan demi
masa hadapan yang mantap. Pepatahada mengatakan, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh’.

Sekian, terima kasih

You might also like