You are on page 1of 3

Objective question

1. Apakah definisi pemasaran?

A. Perancangan yang teliti supaya reka bentuk produk yang dipasarkan memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna.
B. Proses sosial dan pengurusan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna menerusi proses
pertukaran produk dan nilai antara satu sama lain.
C. Aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna.
D. Reka bentuk produk yang mempunyai keistimewaan tersendiri pada pandangan setiap pengguna dan
boleh dikomersialkan

2.

Gambarajah menunjukkan peta alir dalam pasaran. Apakah X?

A. Kos
B. Produk
C. Bahan
D. Lakaran

3. • Rangkaian perkongsian teknologi dan produk


• Rakan strategik perniagaan

Berdasarkan maklumat di atas, apakah peranan reka bentuk pemasaran yang sesuai?

A. Sentiasa mengikut stail dan trend masakini


B. Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
C. Merupakan saluran komunikasi pengeluar kepada pengguna
D. Mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk

4. Antara berikut, yang manakah memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dalam peranan reka bentuk
pemasaran?

I Trend
II Fungsi produk
III Pengenalan produk
IV Perkongsian teknologi

A. I dan IV
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan II

5. ______________ ditentukan oleh permintaan dan penawaran ke atas sesuatu produk, perkhidmatan, gaya hidup,
teknologi dan sebagainya.

A. Fungsi produk
B. Trend
C. Nilai produk
D. Penjenamaan

1
6. Penghasilan produk ialah

A. menghasilkan produk baharu atau mengubah suai produk sedia ada bagi memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggan pada masa kini dan akan datang dengan menggunakan kemahiran sendiri
B. membina produk baharu mengikut apa sahaja yang terfikir di fikiran
C. menghasilkan produk baharu atau mengubah suai produk sedia ada bagi memenuhi keperluan dan
kehendak sendiri pada masa kini dan akan datang dengan mengaplikasikan teknologi terkini.
D. menghasilkan produk baharu atau mengubah suai produk sedia ada bagi memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggan pada masa kini dan akan datang dengan mengaplikasikan teknologi terkini.

2
Answers :

1. (C) Aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna.
2. (B) Produk
3. (D) Mengukuhkan penjenamaan sesuatu produk
4. (D) I dan II
5. (B) Trend
6. (D) menghasilkan produk baharu atau mengubah suai produk sedia ada bagi memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggan pada masa kini dan akan datang dengan mengaplikasikan teknologi terkini.

You might also like