You are on page 1of 2

PROSES PENGHASILAN WAU

1. Proses Memilih Buluh

· Buluh yang dipilih mestilah buluh yang kuat, liut dan ringan.

· Buluh duri dan dikeringkan ialah buluh yang baik untuk membuat wau.

2. Proses meraut buluh

· Proses yang memerlukan ketelitian.

· Bahagian kulit buluh tidak dibuang semasa diraut.

· Bilah-bilah dilayur dengan api sebelum dilentur.

· Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0cm dengan kadar lembut dan sederhana keras.

· Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5cm dan semakin halus di hujung
bilah tersebut.

· Bahagian ekor diraut sehingga 0.5cm.

· Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan.

3. Membentuk rangka / membuat bingkai

· Biasanya buluh betung dijadikan tulang.

· Bingkai terdiri daripada 4 bahagian iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan
rangka ekor.

· Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki.

· Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-
tengah kepingan buluh.

· Benang yang baik digunakan untuk mengikat agar ianya tahan.

4. Proses Menampal Kertas dan Corak pada Rangka

· Kertas ditampal pada rangka wau mengikut guiz.

· Kertas adalah daripada jenis yang ringan.

· Kertas warna / kertas wau yang digunakan untuk membuat hiasan.

· Corak untuk motif adalah berdasarkan flora dan fauna.

5. Membuat Kemasan

· Memasang Jambul

- Jambul / rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor / sayap wau.

- Diperbuat daripada benang yang dipotong dengan gunting secara memanjang.


· Memasang Belalai

- Dipasang pada kepala wau.

· Memasang Busur dan Memasang Tali Teraju

- Fungsinya mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan.

You might also like