You are on page 1of 1

Prof. Madya Ts. Dr.

Wan Aida Wan Yahaya


Dekan Jaringan Industri,
Komuniti dan Alumni (ICAN)
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka,
Universiti Teknologi Mara,
40000 Shah Alam,
Selangor.

Lawatan Ilmiah ke Galeri Seni Lukis Kreatif UiTM Shah Alam

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Jabatan Seni Visual dan Muzik dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang akan mengadakan program Kembara Seni Visual untuk
pelajar Pendidikan Seni Visual PISMP Tahun 2, Semester 2 ke Negeri Selangor.

3. Berhubung dengan itu, pihak kami ingin memohon kebenaran untuk pihak kami membawa
pelajar tersebut untuk sesi lawatan ke Galeri Seni Kreatif, UiTM Shah Alam. Butiran peserta dan
masa adalah seperti berikut:

Tarikh Lawatan: 02 Februari 2023


Hari: Khamis
Masa: 2.30 petang hingga 4.30 petang
Jumlah Pensyarah: 4 orang : 3 lelaki dan 1 perempuan
Jumlah Pelajar: 36 orang : 8 lelaki dan 28 perempuan

4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, pihak tuan bleh berhubung dengan
penyelaras program, Encik Hamizan bin Ibrahim di talian 012 2666799

5. Kami berharap permohonan ini diluluskan untuk pengalaman berharga kepada pelajar-
pelajar kami. Kerjasama daripada pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

DR. MOHD FAUZI BIN FADZIL,


Ketua Jabatan Seni Visual dan Muzik,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Tuanku Bainun,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang

You might also like