You are on page 1of 1

Pengarah,

Kolej Vokasional Pertanian Chenor,


Kampung Baharu,
28000 Chenor, Maran,
Pahang Darul Makmur.
u.p : Ketua Unit Psikologi dan Kerjaya

Tuan,
JEMPUTAN MENGADAKAN TAKLIMAT PENDIDIKAN DAN HALA TUJU KERJAYA
KOLEJ VOKASIONAL

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan berbesar hati telah memilih
Kolej Vokasional Pertanian Chenor untuk sama – sama berkongsi maklumat berkaitan
halatuju kerjaya Kolej Vokasional Pertanian Chenor kepada pelajar tingkatan 3 pada
ketetapan berikut :-
Tarikh : 01 Oktober 2020 (Khamis)
Masa : 10.30 hingga 12.00 tengahari
Sasaran : 34 orang pelajar tingkatan 3
Tempat : Dewan Besar SMK Jengka 21

3. Sehubungan itu, kami mohon jasa baik pihak tuan, untuk membenarkan Pegawai
Kaunseling daripada Kolej tuan untuk bersama – sama memenuhi slot yang telah kami
sediakan ini.
Sebarang urusan pihak tuan boleh berhubung dengan Pn Noorazlina bt Md Zahari, Guru
Bimbingan dan Kaunseling di talian 019-2675360. Segala kerjasama dan perhatian
daripada pihak tuan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DAN CINTAILAH BAHASA KITA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..

You might also like