You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA PERDANA

Jalan PP 3A, Taman Putra Perdana,


47130 Puchong
Selangor Darul Ehsan TELEFON: 03-83202921
FAKS : 03-83202922
Kod Sekolah : BEA 9611
____________________________________________________________________________________
EMAIL : smkputraperdana@gmail.com
Ruj.Kami: SMKPP…………………..
Tarikh:………………………….

Dato’/Datuk/Datin/Tuan/ Puan/ Cik:

…………………………………………………

………………………………………………....

…………………………………………………

…………………………………………………

PERMOHONAN SUMBANGAN DERMA BAGI MENAIKTARAF RUANG SOLAT


GURU

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Bilik Khas sedang melaksanakan projek meningkatkan


taraf kemudahan ruang solat guru perempuan. Untuk makluman, ruang solat adalah suatu
kawasan kecil bagi memudahkan warga sekolah dan pelawat rasmi melakukan ibadah solat
semasa tugasan di waktu persekolahan. Namun begitu, kemudahan dalam ruang solat ini masih
belum sempurna setelah pembukaan sekolah semenjak 2009.

3. Dimaklumkan pihak Jawatankuasa Bilik Khas sedang melaksanakan projek meningkatkan


kemudahan infrastruktur fasa kedua di ruang solat yang ditempatkan dalam bilik Bahan Bantu
Mengajar. Pihak sekolah memerlukan perbelanjaan bagi menampung kos meningkatkan
kemudahan infrastruktur seperti dalam kertas kerja.

4. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak sekolah memohon pertimbangan pihak tuan untuk
menghulurkan sumbangan derma bagi membiayai kos menaiktaraf kemudahan ruang solat guru.
Bantuan pihak tuan amat dihargai. Hanya Allah SWT sahajalah yang dapat membalas dan
memberi ganjarannya atas sumbangan daripada pihak tuan.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRA PERDANA
Jalan PP 3A, Taman Putra Perdana,
47130 Puchong
Selangor Darul Ehsan TELEFON: 03-83202921
FAKS : 03-83202922
Kod Sekolah : BEA 9611
EMAIL : smkputraperdana@gmail.com

5. Sumbangan boleh dilakukan dengan membuat bayaran menggunakan cek atas nama PIBG
SMK PUTRA PERDANA, Nombor akaun 11-138-100277. Sebarang pertanyaan boleh
dikemukakan kepada Pn Hasnita Bt Hassan, AJK ruang solat guru (016 3069836).

Sokongan kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ribuan
terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………………
HAJI ABDUL WAHID BIN BAHARON
Pengetua
SMK Putra Perdana

s.k i. Fail Sekolah

You might also like