You are on page 1of 10

DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS

ISLAM MENCINTAI KEBERSIHAN

(TEKS KHUTBAH JUMAAT 21 JULAI 2023)

1
‫‪ISLAM MENCINTAI KEBERSIHAN‬‬

‫هلل َحَن َم ُدهُ َونَ حستَعِحي نُهُ َونَ حستَ حغ ِفُره َونَ ُعوذُ بِاهلل ِم حن ُشُروِر أَنح ُف ِسنَا َوِم حن‬
‫اَ حْلم ُد ِ‬
‫َح‬
‫ي لَهُ‪،‬‬ ‫ضلِحله فَالَ ه ِ‬
‫اد‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫م‬‫و‬ ‫ه‬ ‫ل‬
‫َ‬ ‫ل‬
‫َّ‬ ‫ات أ حَعمالِنَا‪ ،‬من ي ه ِد ِه اهلل فَالَ م ِ‬
‫ض‬ ‫سيِّئ ِ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫ح‬ ‫ََ ح ُ‬ ‫ُ‬ ‫ُ ُ‬ ‫ح‬ ‫َ َح َ‬ ‫ََ‬
‫ِ‬
‫أَ حش َه ُد أَن لَّ إِلهَ إِلَّ اهللُ َو حح َدهُ لَ َش ِريح َ‬
‫ك لَهُ‪َ ،‬وأَ حش َه ُد أ َّ‬
‫َن ُُمَ َّم ًدا َعحب ُد ُه‬

‫َص َحابِِه َوَم حن تَبِ َع ُه حم‬ ‫ِِ‬ ‫ٍ‬


‫َوَر ُس حولُهُ‪ .‬اللَّ ُه َّم َ‬
‫ص ِّل َو َسلِّ حم َعلَى ُُمَ َّمد َو َعلَى آله َوأ ح‬
‫ان اِ ََل يَ حوِم الدِّيحن‪.‬‬
‫بِِاحس ٍ‬
‫حَ‬

‫ين َآمنُواح اتّ ُقواح اللّهَ َح ّق تُ َقاتِِه َولَ ََتُوتُ ّن إِلّ َوأَنحتُ حم ّم حسلِ ُمو َن‪.‬‬
‫َ‬
‫يأَي ها الّ ِ‬
‫ذ‬ ‫َ َّ‬
‫ي ُُمَ َّم ٍد‬
‫ُ‬ ‫د‬
‫ح‬ ‫ه‬
‫َ‬ ‫ِ‬
‫ي‬ ‫د‬
‫ح‬ ‫َ‬‫ْل‬
‫ح‬ ‫ا‬ ‫ر‬ ‫ي‬
‫ح‬
‫َ َ‬ ‫خ‬
‫َ‬ ‫و‬ ‫اهلل‪،‬‬ ‫اب‬
‫ُ‬ ‫َ‬‫ت‬ ‫أ ََّما ب ع ُد‪ ،‬فَِا َّن أَص َد َق اْل ِدي ِ‬
‫ث كِ‬
‫َ ح‬ ‫ح‬ ‫َح‬
‫َو َسلَّ َم‪َ ،‬و َشَّر األ ُُم حوِر ُحُم َدثَاتُ َها‪َ ،‬وُك َّل ُحُم َدثٍَة بِ حد َعةٌ‪َ ،‬وُك َّل‬ ‫صلَّى اهللُ َعلَحي ِه‬
‫َ‬
‫ض َاللَ ٍة ِِف النَّا ِر‪.‬‬ ‫ٍ‬
‫بِ حد َعة َ‬
‫ض َاللَةٌ‪َ ،‬وُك َّل َ‬
‫‪Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,‬‬

‫‪Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita‬‬
‫‪bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-‬‬
‫‪Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya.‬‬
‫‪Mudah-mudahan pada hari yang penuh berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya‬‬
‫‪di dunia dan akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah:"ISLAM MENCINTAI‬‬
‫‪KEBERSIHAN".‬‬

‫‪2‬‬
Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,

Kebersihan ialah:“Memelihara diri dan lingkungannya dari segala yang kotor


dalam rangka mewujudkan kehidupan yang sihat, selesa dan terpelihara dari
segala jenis penyakit yang berpunca dari kekotoran”. Islam mencintai kebersihan
dan mewajibkan umatnya menjaga kebersihan. Bersih dan kotor dalam Islam
mempunyai kaitan dengan dosa dan pahala. Islam mewajibkan kita menyucikan diri
dari hadas besar dan kecil ketika hendak melaksanakan ibadah yang utama iaitu solat
lima waktu sehari semalam. Seorang Muslim yang sentiasa menjaga kebersihan
dirinya, tempat tinggalnya dan persekitarannya akan menjadikan dirinya serta ahli
keluarganya sihat dan kuat tubuh badannya. Allah SWT sangat menyukai dan
mencintai para hambanya yang bersih zahir dan batinnya, sepertimana Allah SWT
berfirman dalam surah Attaubah ayat 108:

          

Maksudnya: "Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil
berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang
yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)".

Kebersihan tidak hanya dijaga ketika hendak menunaikan solat atau ibadah khusus
sahaja, menjaga kebersihan tempat tinggal dan persekitaran juga dituntut oleh Islam.

Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,

Amalan menjaga kebersihan persekitaran rumah adalah satu amalan yang amat dititik
beratkan oleh nabi SAW, sepertimana Nabi SAW bersabda:

‫طَ ِّهُروا أَفحنِيَتَ ُك حم‬


Ertinnya:“Bersihkan halaman-halaman(rumah) kamu”.(Hadis Hasan, Riwayat At-
Tabarani)

Jika kita lihat, masih ramai dari kalangan umat Islam tidak menghayati tuntutan
menjaga kebersihan, samada kebersihan diri sendiri atau kebersihan persekitaran.
Tanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran, selalunya diserahkan kepada pihak
lain, sedangkan Islam telah menetapkan kepada umatnya supaya sentiasa menjaga
kebersihan.

Saidina Umar RA ketika menjadi khalifah telah menghantar Abu Musa al-Ash’ari ke
Basrah untuk mengajar rakyat Basrah sunnah dan juga bagaimana untuk memastikan
kebersihan bandar Basrah. Abu Musa al-Ash’ari berkata:

3
‫ي بَ َعثَِن إِلَحي ُكم ِألُ َعلِّ َم ُك حم ُسنَّتَ ُك حم َوإِنحظَافَ ُك حم طُُرقَ ُك حم‬ ِِ ِ
َ ‫إِ َّن أَمحي َر املُ حؤمن ح‬
Ertinya:“Amirul mukminin menghantar aku kepada kamu untuk aku mengajar
kamu sunnah (Nabi) kamu dan membersihkan jalan-jalan (di kota Basrah)”.
(Riwayat Ibnu Abi Syaibah)

Jelas, menjaga kebersihan merupakan tanggungjawab bersama yang patut diamalkan


oleh setiap orang Islam yang beriman. Syaikhul-Islam Ibnu Taymiyyah Rahimahullah
Taa’la telah berkata;"Bahawasanya sunnah Rasulullah SAW datang dengan
membawa ajaran untuk menghindari kekotoran yang ada pada tubuh badan
manusia, sebagaimana dia juga datang dengan membawa ajaran bagi menghindari
kekotoran rohani".

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,

Rumah dan persekitaran yang bersih boleh menghalang atau mencegah wabak
penyakit, seperti penyakit yang di bawa oleh nyamuk, tikus, lipas, lalat dan
sebagainya. Jangan membiarkan sampah tersimpan lama di dalam rumah, sampah
perlu dilupuskan dengan betul dan longkang perlu dibersihkan supaya tidak tersekat.
Jangan biarkan air bertakung terlalu lama di dalam rumah, untuk mengelakkan dari
berlaku pembiakkan nyamuk Aedes dan akan terjadi penyakit demam denggi.

Penyakit demam denggi yang berlaku juga berkait rapat dengan soal kebersihan
terutama kebersihan persekitaran. Demam denggi adalah penyakit berjangkit yang
disebabkan oleh virus denggi yang berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes.
Nyamuk Aedes biasanya bergerak aktif pada waktu senja dan subuh. Nyamuk Aedes
bertelur dan membiak di takungan air bersih yang terdapat di dalam dan di luar
rumah. Tempat takungan air tersebut adalah seperti pam tandas, kolah mandi, piring
pasu bunga serta tempayan air.

Manakala di luar rumah pula adalah seperti tayar terpakai, salur air hujan yang
tersumbat, kolam ikan terbiar, bekas minuman haiwan yang tidak dibersihkan,
tempayan air, tempurung kelapa, plastik minuman atau makanan serta tin kosong
yang terdedah kepada air hujan. Bersihkan bekas takungan air yang digunakan seperti
kolah mandi, baldi atau tempayan simpanan air, bekas minuman haiwan sekali
seminggu.

Masukkan ubat jentik-jentik ke dalam bekas takungan air sekiranya perlu menyimpan
air untuk jangka masa yang lama. Gunakan racun penyembur nyamuk di dalam rumah
terutama pada waktu pagi dan petang. Kita mampu melakukannya memandangkan
hanya 10 minit seminggu sekali sahaja masa yang diperlukan untuk memeriksa dan
memastikan kediaman kita bebas pembiakkan nyamuk Aedes.

Kita juga ingin menasihatkan agar masyarakat mendapatkan rawatan segera sekiranya
demam bagi mencegah dari berlakunya komplikasi demam denggi seterusnya

4
mencegah kematian demam denggi. Pastikan juga kita sentiasa memberi kerjasama
kepada pihak yang berwajib semasa aktiviti pencegahan, kawalan dan semburan
kabus dijalankan. Aktiviti ini dapat mengurangkan jangkitan penyakit demam denggi.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,

Amat mendukacitakan kita jika ada orang Islam yang agama ini telah mendidik
mereka dengan wuduk, mandi wajib, kewajipan menjaga kebersihan semasa solat,
makanan yang halal lagi bersih tiba-tiba bersikap pengotor dan tidak mementingkan
kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal dan kampung halaman.

Seorang yang pengotor, walaupun berkopiah atau berjubah, bukanlah seorang muslim
yang baik. Jika seseorang itu pakaiannya kotor, rumahnya kotor dan tidak terurus,
menunjukkan dia seorang yang pemalas dan kurang menjaga ibadat. Ini kerana ahli
ibadah sentiasa menjaga kebersihan. Mulutnya dibersihkan, anggota badan
dibersihkan, pakaiannya bersih, tempat tinggalnya juga bersih.

Suami yang pengotor, tidak sesuai menjadi suami. Isteri yang pengotor tidak sesuai
menjadi isteri. Kedai makan yang pengotor, hendaklah dihindari. Tukang masak yang
pengotor jangan kita beli masakannya. Pemimpin yang tidak mementingkan
kebersihan kawasan pentadbirannya tidak layak menjadi pemimpin.

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Kita juga hendaklah mendidik anak-anak kita supaya mereka menjaga kebersihan
tempat tinggal dan juga kebersihan diri, iaitu dengan cara melatih mereka supaya
mengemas tempat tidur mereka, mencuci pinggan dan gelas yang mereka telah
gunakan ketika makan dan minum, membuang sampah di dalam tong sampah yang
disediakan, mencuci tangan dengan menggunakan sabun sebelum atau selepas
makan dan selepas ketandas.

Kuku mereka perlu dipotong pendek supaya tidak terkumpul kekotoran dan kuman
di dalamnya. Kasut harus dipakai apabila berada di luar rumah. Selepas pulang dari
bermain di luar, kanak-kanak perlu dimandikan untuk membersihkan badan mereka.
Islam mewajibkan kita menjaga kebersihan diri. Nabi SAW bersabda,

ُّ َ‫ف ا ِإلبح ِط َوق‬


‫ص‬ ‫ت‬‫ح‬ ‫ن‬
َ‫و‬ ِ
‫ر‬ ‫ا‬ ‫ف‬
َ ‫ظ‬
‫ح‬ ‫أل‬
َ ‫ا‬ ‫يم‬ِ‫الستِحداد وتَ حقل‬
ِ ‫و‬ ‫ن‬
ُ ‫ا‬ ‫ت‬ِ‫اْل‬
‫ح‬ " ‫؛‬ ِ
‫ة‬‫ر‬ ‫ط‬
‫ح‬ ِ ‫َخَحس ِمن الح‬
‫ف‬
ُ َ ُ َُ ‫َ ح ح‬ َ َ َ َ ٌ
."‫الشَّا ِر ِب‬
Ertinya:“Lima dari )sunnah-sunnah( fitrah, yaitu: berkhitan, mencukur bulu
kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, dan mengunting misai”.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Agama juga menyuruh, setiap kali kita bertemu dengan orang ramai kita hendaklah
mengemaskan diri dan kenderaan kita, Rasulullah SAW bersabda;
5
‫اس ُك حم َح ََّّت‬ ‫ب‬ِ‫إِنَّ ُكم قَ ِادمو َن علَى إِخوانِ ُكم فَأَصلِحوا ِرحالَ ُكم وأَصلِحوا ل‬
َ َ ُ ‫حَ ح ح ُ َ ح َ ح‬ َ ُ ‫ح‬
‫ش‬َ ‫ش َولَ التَّ َف ُّح‬ ُّ ‫َّاس فَِإ َّن اللَّهَ لَ ُُِي‬
َ ‫ب الح ُف حح‬ ِ ‫تَ ُكونُوا َكأَنَّ ُك حم َش َامةٌ ِِف الن‬
Ertinya:“Sesungguhnya kamu akan menemui saudara-saudara kamu, maka
rapikanlah kendaraan kamu, rapikan pakaian-pakaian kamu, hingga seolah-olah
kamu (manusia) yang istimewa di tengah-tengah manusia, sebab Allah tidak suka
kekotoran dan tindakan-tindakan yang mencerminkan kekotoran”. (Hadis Hasan
Riwayat Abu Daud)

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,

Aspek kebersihan makanan di premis-premis jualan makanan juga perlu diberi


perhatian oleh para peniaga di negeri Perlis ini. Premis-premis jualan makanan boleh
menjadi penyebab kepada penyebaran penyakit yang berkaitan dengan keracunan
makanan, jika kebersihan di tempat-tempat tersebut diabaikan. Nyamuk Aedes juga
boleh membiak di kawasan premis makanan disebabkan air yang bertakung, dan para
pelanggan boleh terkena penyakit demam denggi ketika menjamu selera di premis
tersebut.

Sebab itulah pihak yang berwajib sering mengarahkan supaya pengusaha premis
makanan mengambil berat soal kebersihan semasa proses penyediaan makanan,
penyimpanan makanan dan persekitaran premis menjual makanan. Pengusaha premis
makanan juga perlu menjalankan tanggungjawab sosial terhadap pengguna untuk
memastikan produk makanan sentiasa bersih dan selamat untuk dimakan. Rasulullah
SAW bersabda;

ِ َ‫اَلحطُّهور َشطحر ا ِإلمي‬


‫ان‬ ُ ُ‫ُ ح‬
Maksudnya:“Kebersihan itu sebahagian daripada iman”.(Hadis Riwayat Muslim)

Imej negeri Perlis akan tercemar jika kita tidak menjaga kebersihan yang melibatkan
premis jualan makanan yang banyak dikunjungi oleh para pengunjung dari luar negeri
Perlis, seperti di restoran, kedai makan dan juga gerai-gerai yang didirikan di tepi
jalan.

Penjual makanan hendaklah bertanya kepada dirinya sendiri, adakah dia dan ahli
keluarganya sanggup untuk memakan makanan yang disediakan dalam keadaan
yang tidak bersih?. Jika dia dan keluarganya sendiri tidak sanggup makan makanan
yang tidak bersih kenapakah dia tergamak menjual makanan yang tidak bersih itu
kepada orang lain?.

6
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Marilah sama-sama kita membudayakan amalan menjaga kebersihan tempat tinggal.


Amalan menjaga keindahan dan kebersihan tempat tinggal adalah satu amalan yang
baik dan mulia di sisi Islam. Sekiranya umat Islam tidak menjaga dan mengambil
berat terhadap perkara tersebut, mereka akan hidup di dalam suasana yang tidak
selesa, gundah gulana, tidak tenteram dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.

Satu lagi aspek kebersihan yang perlu dijaga dan diurus dengan baik oleh kita semua
pada hari ini ialah, pengurusan sampah sarap, sisa buangan atau pembukusan dan
sebagainya. Kita ingin menegaskan bahawa sampah sarap yang tidak diurus dengan
baik di tapak pelupusan akan mencemarkan sumber air. Sampah sarap yang di buang
bukan pada tempatnya akan menyebabkan persekitaran tercemar, mengotorkan punca
air dan menyumbat longkang-longkang yang boleh menyebabkan berlakunya banjir
kilat dan mengundang pelbagai jenis penyakit. Allah SWT berfirman dalam surah Al-
Muddatstsir ayat 4:

  

Mafhumnya:"Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan".

ِ ‫وإِيَّا ُكم ِِبَا فِي ِه ِمن اآلي‬


‫ات‬ ‫آن الح َع ِظحي ِم َونَ َف َع ِ حن‬
ِ ‫بارَك اهلل ِِل ولَ ُكم ِِف الح ُقر‬
َ َ ‫ح‬ ‫َ ح‬ ‫ََ ُ ح َ ح ح ح‬
.‫اْلَ ِكحي ِم‬ ِّ ‫و‬
‫الذ حك ِر ح‬ َ

7
KHUTBAH KEDUA

َ‫ َوأَ حش َه ُد أَ حن ل‬.‫اب َوَلح َحَي َع حل لَهُ ِع َو ًجا‬ ِ ِِ ِ ِِ ‫ح‬


َ َ‫اْلَ حم ُد للَّه الَّذي أَنح َزَل َعلَى َعحبده الحكت‬

َ ‫ اَللَّ ُه َّم‬.ُ‫َن ُُمَ َّم ًدا َعحب ُدهُ َوَر ُسولُه‬


‫ص ِّل‬ َ ‫إِلَهَ إِلَّ اللَّهُ َو حح َدهُ لَ َش ِر‬
َّ ‫يك لَهُ َوأَ حش َه ُد أ‬

‫ فَيَا أَيُّ َها‬،‫ أ ََّما بَ حع ُد‬،‫ي‬ ِ ‫وسلِّم وبا ِرحك علَى ُُم َّم ٍد وعلَى آلِِه وصحبِ ِه أ ح‬
َ ‫َْجَع ح‬ ‫ََح‬ َ َ َ َ ََ ‫َ َ ح‬
‫ اِتَّ ُق حوا اهللَ َح َّق تُ َقاتِِه َوَل ََتُحوتُ َّن إَِّل َوأَنحتُ حم ُم حسلِ ُم حو َن‬،‫الح ُم حسلِ ُم حو َن‬

Sidang Jumaat Yang Dihormati,

Ada di kalangan kita yang bersikap pengotor ketika menggunakan bilik air atau tandas
awam seperti di masjid dan di lain-lain tempat, dengan membiarkan najis tidak dicuci
dengan baik dan menyebabkan kemudahan awam tersebut tercemar dengan bau yang
busuk dan menjijikkan, serta menyakiti pengguna yang lain.

Sikap pengotor seperti ini berpunca daripada sikap mementingkan diri sendiri, tanpa
memikirkan perasaan orang lain yang akan menggunakannya selepas itu. Tanpa kita
sedar, hal ini termasuk dalam suatu perkara yang berdosa, kerana secara tidak
langsung kita telah menyakitkan pengguna yang lain. Nabi SAW bersabda:

‫ت َعلَحي ِه لَ حعنَتُ ُه حم‬ ِ ِِ


‫ي ِِف طُُرق ِه حم َو َجبَ ح‬
َ ‫َم حن آ َذى الح ُم حسلم‬
Ertinya;“Barangsiapa yang menyakiti kaum muslimin pada jalan-jalan mereka
maka dia pasti mendapat laknat mereka”. (Riwayat al-Tabarani dengan sanad yang
hasan).

Laknat di dalam hadis ini membawa maksud, seseorang itu dijauhkan oleh Allah
SWT daripada rahmatnya. Jika ada di kalangan umat Islam yang bersikap pengotor
dan tidak mementingkan kebersihan, semua itu bukan salah agama Islam, sebaliknya
berpunca daripada sikap umat Islam itu sendiri yang tidak peka terhadap ajaran Islam
yang suci.

Demikian juga sesiapa yang membiarkan denggi merebak dengan tidak menjaga
sebab-sebab pembiakkan nyamuk Aedes, dia menerima laknat orang ramai yang
terkena bahaya denggi tersebut.

8
Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56:

           ، 

 

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, maka
wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke atas
Nabi.

‫يم َو َعلَى ِآل‬ ِ ِ ٍ ِ ٍ


َ ‫ت َعلَى إبح َراه‬ َ ‫صلَّحي‬
َ ‫ص ِّل َعلَى ُُمَ َّمد َو َعلَى آل ُُمَ َّمد َك َما‬
َ ‫اَللّ ُه َّم‬
‫يم َو َعلَى ِآل‬ ِ ‫إِب ر ِاهيم وبا ِرحك علَى ُُم َّم ٍد وعلَى ِآل ُُم َّم ٍد َكما بارحكت علَى إِب ر‬
‫اه‬
َ َ‫َ َ َ َ َ َ ح‬ َ َ َ َ َ َ َ ‫حَ ح‬
ِ ‫ أَللّه َّم ا حغ ِفر لِحلمسلِ ِمي والحمسلِم‬.‫َحي ٌد ََِمي ٌد‬
‫ات‬ ِ َ َّ‫إِب ر ِاهيم ِِف الحعالَ ِمي إِن‬
َ ‫ح ُ ح حَ َ ُ ح‬ ُ ‫ك َح ح‬ َ‫َ ح‬ َ ‫حَ ح‬
‫ب‬ ‫ي‬ ُِ ‫ك ََِسيع قَ ِريب‬
‫َم‬ َ َّ
‫ن‬ ِ‫ إ‬.‫َحي ِاء ِمحن ُهم واأل حَموا ِت‬ ‫أل‬ ‫ا‬ ، ِ َ‫والحم حؤِمنِي والحم حؤِمن‬
‫ات‬
ُ ‫ح‬ ٌ ‫ح‬ ٌ ‫ح‬ َ َ ‫ح‬ َ ‫ح‬ ُ َ َ‫َ ُ ح‬
ِ ‫اْلاج‬
.‫ات‬ ِ ِ ‫الد ح‬
َ َ‫َّع َوات َوقَاض َى ح‬
Ya Allah! Ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada yang hidup ataupun
yang telah mati. Ya Allah! Berikan petunjuk hidayah serta rahmatMu kepada kami
sekalian hamba-hambaMu dan kepada pemimpin kami terutamanya Raja pemerintah
Negeri Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra
Jamalullail dan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku
Syed Sirajuddin Jamalullail serta kaum kerabat Baginda, supaya sentiasa beramal
dengan kitabMu dan sunnah NabiMu Muhammad SAW, dan Engkau lanjutkanlah
usia baginda berdua dalam keadaan selamat, sihat sejahtera.

Ya Allah! Ya Haiyy! Ya Qayyum! Ya Syafi! Engkau berikanlah kesembuhan


kepada hambaMU Raja kami Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed
Putra Jamalullail yang telah menerima rawatan dengan kesembuhan yang baik.
Engkau mudahkan segala urusan baginda, ringankanlah segala beban, liputilah jiwa

9
baginda dengan iman serta kebahagiaan. Engkau limpahilah jasad dan umur baginda
dengan penuh keberkatan.

Ya Rahman, Ya Rahim! Kami memohon kepadaMu dengan segala kerendahan


diri sebagai hamba-Mu. Engkau indahkanlah akhlak kami. Engkau perbaikilah
pergaulan antara kami. Engkau jadikanlah kami umat Islam yang bermentaliti kelas
pertama dalam tindakan. Engkau peliharalah kami dari penyakit lemah, malas,
berfikiran dangkal dan buruk budi pekerti.

Ya Allah! Engkau angkatlah martabat setiap hamba-Mu yang berpegang dengan


Al-Quran dan sunnah Nabi-Mu. Berilah kekuatan kepada kami untuk menghindari
amalan syirik, bid’ah, khurafat dan maksiat.

Ya Allah! Engkau limpahkanlah Negeri Perlis ini dengan keberkatan. Engkau


bimbinglah kami penduduknya kepada amalan soleh yang engkau redha. Penuhi jiwa
kami dengan mencintai agama-Mu.

Ya Allah! Engkau jauhkanlah kami dari bala dan kerosakan. Engkau


tambahkanlah nikmat-Mu kepada kami. Engkau berikanlah kepada kami kebahagiaan
hidup di dunia dan di hari akhirat.

ِ ِ ِ
ُ‫صلَّى اللَّه‬ َ ‫َربَّنَا آتنَا ِِف الدُّنحيَا َح َسنَةً َوِِف اآلخَرِة َح َسنَةً َوقنَا َع َذ‬
َ ‫ َو‬.‫اب النَّا ِر‬
ِ ‫ إِ َّن اهلل يأحمر بِالحع حد ِل وا ِإلحس‬.‫ب الحعالَ ِمي‬
‫ان‬ ِّ ‫ر‬ ِ َّ‫اْلم ُد لِل‬
‫ه‬ ‫ح‬ ‫و‬ ٍ ‫علَى نَبِيَّ نا ُُم َّم‬
‫د‬
‫ح‬
َ َ َ ُُ َ َ َ َ َ ‫َ َ َ َح‬ َ
‫ يَعِظُ ُك حم لَ َعلَّ ُك حم‬،‫َوإِيحتَ ِاء ِذي الح ُقحرََب َويَحن َهى َع ِن الح َف حح َش ِاء َوالح ُمحن َك ِر َوالحبَ حغ ِي‬
.‫تَ َذ َّكُرحو َن‬

10

You might also like