You are on page 1of 10

DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS

ISLAM TELAH MENGIKTIRAF KERJA


SEBAGAI SUATU IBADAH

(TEKS KHUTBAH JUMAAT 5 MEI 2023)

1
ISLAM TELAH MENGIKTIRAF KERJA SEBAGAI SUATU IBADAH

ُ‫لل ُ َحَن َمدهُ ُ َونَ حستَعهحي نهُ ُ َونَ حستَ حغ هفره ُ َونَعوذُ ُبهالل ُ هم حُن ُشروهُر ُأَنحف هسنَا ُ َوهم حُن‬
ُ‫اَ حْلَ حمدُ ُ ه‬

ُُ‫ُأَ حش َهد‬،‫يُلَه‬ ُ َ‫ضلهحلهُُف‬


َُ ‫لَُ َه هاد‬ ُ َ‫ُ َم حُنُيَ حه هدهُهُاللُُف‬،‫اتُأ حَع َمالهنَا‬
‫لَُم ه‬
‫ضلُُلَهُُ َوَم حُنُي ح‬ ُ‫َسيِّئَ ه‬

َُ ‫أَنُلُُإهلهُهَُإهلُُاللُُ َو حح َدهُُ ُلَُ َش هريح‬


ُُ‫ُاللهم‬.ُ‫ُ َوأَ حش َهدُُأَنُُُمَم ًداُ َعحبدهُُ َوَرس حوله‬،‫كُلَه‬

َُ ‫َص َحابههُه ُ َوَم حُن ُتَبه َعه حُم ُبهها حح َسانُ ُاه‬
ُ‫ل ُيَ حوهُم‬ ‫أ‬
‫و‬
‫َ ح‬ ُ ‫ص ُِّل ُوسلِّ ُم ُعلَى ُُممدُ ُوعلَى ُآلهه‬
ُ
‫ه‬ ََ َ َ ‫َ َ َ ح‬
َُ ‫ يَأَيّ َها ُالّ هذ‬.‫الدِّيحن‬
ُ‫ين ُ َآمنوُاح ُاتّقوُاح ُاللُّهَ ُ َح ُّق ُت َقاتههُه ُ َو ُلَ ََُتوت ُّن ُإه ُلّ ُ َوأَنحت حُم‬

ُُ‫ي ُ َه حدي‬ ُ‫ق ُاْلَ هديح ه‬


ُ‫ ُ َو َخحي َُر ُا حْلَحد ه‬،‫ث ُكهتَابُ ُالل‬ َُ ‫َص َد‬
‫ح‬ ‫أ‬ ُ ‫ن‬
ُ ‫ ُفَه‬،‫أَما ُب عد‬.‫مسلهمو َُن‬
‫ا‬ ‫َح‬ ‫ّح‬
ُُ‫ ُ َوكل‬،ٌ‫ ُ َوكلُ ُ حُم َدثَةُ ُبه حد َعة‬،‫ ُ َو َشرُ ُاألم حوهُر ُ حُم َدثَات َها‬،‫صلى ُاللُ ُ َعلَحي هُه ُ َو َسل َم‬
َ ُ ُ‫ُمَمد‬
ُ ‫ض َللَةُُ ه‬
.‫فُالنا هُر‬ َ ُُ‫به حد َعة‬
َ ُُ‫ُ َوكل‬،ٌ‫ض َللَة‬
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Saya berpesan kepada diri saya dan kepada saudara-saudara sekalian, marilah kita sama-sama
menambahkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan menjauhi segala larangannya dan
melakukan segala suruhannya. Khutbah kita pada hari ini bertajuk;“ISLAM TELAH
MENGIKTIRAF KERJA SEBAGAI SUATU IBADAH”.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,

Kerja sebagai ibadah bermaksud tugas atau tanggungjawab yang dilaksanakan oleh kita yang
beriman bagi mendapatkan upah atau ganjaran dan keredhaan Allah SWT. Ibadah dalam
Islam tidaklah hanya terhad kepada amalan ibadah ritual semata-mata seperti solat, zakat,
puasa, haji dan sebagainya yang berupa ibadah khusus, akan tetapi ibadah itu juga

2
merangkumi segala pekerjaan berunsur kemasyarakatan, mencari sumber rezeki, mentadbir
negara dan lain-lain.

Berusaha mencari rezeki atau nafkah dengan melakukan sesuatu kerja yang halal merupakan
sesuatu yang diperintahkan oleh Allah SWT secara umum di dalam Al quran, sepertimana
Allah SWT memerintahkan kepada kita yang telah selesai menunaikan kewajipan solat
supaya bertebaran di atas muka bumi ini untuk berusaha mencari rezeki dari kurniaan Allah
SWT. Allah SWT berfirman:

             

 

Maksudnya: Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi
(untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari
limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan),
supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). (Surah Al-jumu’ah Ayat 10)

Ayat di atas secara jelas memerintahkan kita supaya keluar bekerja mencari rezeki selepas
melaksanakan kewajipan solat dan pada masa yang sama hendaklah kita banyak mengingati
Allah SWT dengan cara menjunjung segala titah-Nya sepertimana yang dikehendaki oleh
syarak.

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Bekerja untuk mencari sara hidup juga dianggap sebagai salah satu bentuk jihad oleh
Rasulullah SAW. Rasulullah SAW pernah membetulkan salah anggapan para sahabatnya
terhadap hubungan antara pekerjaan mencari nafkah untuk diri dan tanggungan dengan jihad
pada jalan Allah SWT. Hadis tersebut berbunyi:

ُ‫ُصلى ُالله‬ ‫ه ه‬ ‫مر ُعلَى ُالنهِب ُصلى ُالله ه‬


َ ‫َص َحاب َُرسول ُالله‬ ‫ ُفََُرأَى ُأ ح‬،‫ُعلَحيه َُو َسل َم َُرج ٌل‬َ َ ِّ َ َ
ُ،‫ُسبه هيل ُالل هه؟‬ ‫ُه َذ ه‬ ‫ُياُرس َ ه‬:‫ُفَ َقالوا‬،‫اط هه‬ ‫ُجحل هد هه ُونَ َش ه‬
‫علَي هه ُوسلم هُمن ه‬
َ ‫اُِف‬ َ ‫ُلَ حو ُ َكا َن‬:‫ول ُالل ُه‬ َ َ َ ‫َح ََ َ ح‬
‫ىُولَ هد هه ه‬ ‫الُرسولُالل ههُصلىُالله ه‬
ُ‫ُصغَ ًاراُفَه َو‬ َُ َ‫ىُعل‬
َ ‫ُخَر َجُيَ حس َع‬ َ ‫"إه حنُ َكا َن‬:‫ُعلَحيه َُو َسل َُم‬
َ َ َ َ ‫فَ َق‬
3
ُ،‫ُسبه هيلُالل هه‬
َ َ َ ‫ه‬
‫ُِف‬ ‫و‬ ‫ه‬ ‫ُف‬
َ ‫ه‬
‫ن‬ ‫ي‬
‫ح‬‫ري‬ ‫ه‬
‫ب‬ ‫ك‬
َ ُ ‫ه‬
‫ْي‬‫ح‬ ‫خ‬
َ ‫ي‬
‫ح‬ ‫ُش‬
َ ‫ه‬
‫ن‬ ‫ح‬‫ي‬‫و‬ ‫َب‬
ََ ‫أ‬ ُ‫ى‬َ‫ل‬‫ىُع‬
َ ‫ع‬
َ ‫س‬ ‫ُي‬ ‫ج‬
‫ََ َ ح‬ ‫ر‬ ‫ُخ‬
َ ‫ن‬
َ ‫ا‬‫ك‬َ ُ ‫ن‬
‫ح‬ ‫ُوإه‬،‫هِفُسبه هيلُالل هه‬
َ َ
ُ‫اخَرًُة‬ ‫ف‬
َ ‫م‬‫ُو‬ ‫اء‬ ‫ي‬
‫ر‬‫ه‬ ُ ‫ج‬‫ر‬‫ُخ‬ ‫ن‬َ ‫ا‬ ‫ك‬
َ ُ ‫ن‬
‫ح‬ ‫ه‬
‫إ‬‫ُو‬، ‫وإه حنُ َكا َنُيسعىُعلَىُنَ حف هس ههُيعه ُّفهاُفَهو هُِف ُسبه هيلُالل ه‬
‫ه‬
َ َ ً َ َ ََ َ َ َ َ َ َ‫َ ح‬ َ
ُ."‫ان‬ ُ‫ُسبه هيلُالشحيطَ ه‬ َ ‫فَه َو هُِف‬

Ertinya:“Seorang lelaki telah melintasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya telah melihat
kulitnya dan kerajinannya (ketika bekerja), lalu mereka berkata “Wahai Rasulullah,
alangkah baiknya jika dia bekerja pada jalan Allah SWT, maka jawab baginda, “jika ia
bekerja untuk menyara anaknya yang masih kecil maka ia pada jalan Allah SWT, jika ia
bekerja kerana menyara kedua ibu bapanya yang sudah tua, maka ia pada jalan Allah
SWT, jika ia bekerja kerana menyara kehidupannya sendiri maka ia pada jalan Allah
SWT, tetapi jika ia bekerja untuk riya’ dan membangga diri maka ia pada jalan syaitan”.
(Hadis Sahih, Riwayat Al-Thabrani)

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawasanya apabila seseorang yang keluar bekerja untuk
memenuhi keperluan diri dan nafkah terhadap ahli keluarganya, maka ia dikira ibadah.
Sebaliknya, bagi mereka yang keluar mencari nafkah dengan perasaan sombong dengan
jawatan dan pangkat yang disandang, maka mereka ini diibaratkan seperti berada pada jalan
syaitan.

Oleh itu setiap pekerjaan halal yang dilakukan untuk mencari nafkah buat diri sendiri dan
tanggungan itu merupakan ibadah, maka Islam menganggap setiap nafkah yang dibelanjakan
ke atas tanggungannya merupakan sedekah yang diberi pahala oleh Allah SWT. Sepertimana
Rasulullah SAW bersabda:

‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه ه‬ ‫ه‬


ُ‫َُت َعل هُِف ُفَ هم‬
‫ُحَّت َُما َح‬
َ ‫ُعلَحي َها‬
َ ‫ت‬َ ‫ك ُلَ حن ُت حنف َق ُنَ َف َقةً ُتَحبتَغي ُِبَا َُو حجهَ ُالله ُإهل ُأجحر‬
َ ‫إهن‬

َ ‫حامَرأَته‬
ُ‫ك‬

Maksudnya:“Sesungguhnya tidaklah engkau membelanjakan suatu nafkah (untuk)


mencari wajah Allah melainkan diberikan ganjaran pahala di atas (perbuatan tersebut),
termasuklah apa yang engkau suapkan kemulut isterimu”. (Hadis Sahih Riwayat Al-
Bukhari dalam Al-Adabul mufrad)

4
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,

Ada beberapa perkara yang perlu kita fahami dan lakukan untuk menjadikan sesuatu
pekerjaan yang kita ceburi itu menjadi suatu ibadah. Antara ialah:

Yang Pertama: Niat. Pekerjaan yang dilakukan itu hendaklah disertakan dengan niat yang
ikhlas untuk memperolehi keredhaan Allah. Orang yang ikhlas dalam pekerjaannya tidak akan
berkira dalam melaksanakan tugas serta tidak mengharapkan pujian atau ganjaran duniawi
semata-mata. Allah SWT berfirman dalam surah Azzumar ayat 11:

         

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad SAW): “Sesungguhnya aku diperintahkan


supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan segala ibadah hanya kepada-Nya”.

Justeru, marilah kita meletakkan niat seawal melangkah keluar dari rumah bahawa semua
kerja yang dilaksanakan adalah ikhlas kerana Allah SWT. Mudah-mudahan setiap pergerakan
kita dari mula keluar rumah hingga pulang ke rumah dikira sebagai ibadah dan rezeki yang
diterima penuh dengan keberkatan.

Yang Kedua: Pekerjaan yang Halal. Pekerjaan yang dilakukan itu hendaklah yang
dibenarkan oleh syara’. Seseorang yang mencari rezeki hendaklah melihat kepada pekerjaan
yang dilakukannya, sama ada pekerjaan itu diizinkan Syara’ ataupun tidak. Allah SWT
mengkehendaki kita untuk mencari pendapatan yang halal. Rasulullah SAW bersabda:

ٌ ‫ورُم حشتَبه َه‬


ُ‫ات‬ ٌ ‫ْي َُوبَحي نَ ه َماُأم‬ ‫ْي َُوإهن ح‬
ٌ ِّ َ‫ُاْلََر َامُب‬ ‫إهن ح‬
ٌ ِّ َ‫ُاْلَلَ َلُب‬
Ertinya:“Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara
yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara
syubhat yang kesamaran”. (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud)

Seseorang yang melakukan pekerjaan yang tidak halal di sisi syarak tidak akan terlepas
daripada mendapat kemurkaan Allah SWT. Oleh itu, kita hendaklah menghindari pekerjaan
yang haram. Ingatlah bahawa jika kita berusaha mencari yang halal maka Allah SWT akan
mempermudahkannya dan memelimpahkan keluasan rezekinya dari sumber yang halal.

5
Sidng Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,

Yang Ketiga: Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh serta
amanah bagi menghasilkan kerja yang berkualiti. Islam mengajar kita supaya sentiasa
berusaha mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dengan bertunjangkan iman dan akhlak.
Rasulullah SAW bersabda:

ُ‫استَعه حنُبهالل هه َُولَُتَ حع هجحز‬ ‫ه‬


‫ك َُو ح‬
َ ‫ىُماُيَحن َفع‬
َ َ‫ُعل‬
َ ‫ص‬‫ُا حح هر ح‬
Ertinya:“Bersemangatlah kamu melakukan hal yang bermanfaat untuk kamu dan minta
tolonglah kepada Allah, serta janganlah engkau lemah (malas)”. (Hadis Riwayat Muslim)

Bagi yang menyedari hakikat ini, bahawa bekerja itu bukan sekadar tanggungjawab terhadap
diri, keluarga dan masyarakat sahaja malah ia merupakan amanah Allah SWT. Seseorang
yang amanah dalam pekerjaannya akan menepati waktu, melaksanakan bidang tugasnya
dengan sebaik mungkin serta tidak malas menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya.

Begitu juga bagi mereka yang jujur dalam melaksanakan tugasan, mereka tidak akan
membiarkan diri daripada terlibat dengan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan duit
syarikat, rasuah, curi tulang dan lain-lain perkara yang boleh mencemarkan nilai murni
sebagai seorang pekerja.

Yang Keempat: Tidak mengabaikan kewajipan yang lain. Kita yang bekerja hendaklah bijak
dalam membahagikan masa dengan sebaik mungkin. Janganlah kita terlalu leka dengan
pekerjaan tersebut sehingga tidak menunaikan kewajipan seperti solat. Pengabaian
tanggungjawab yang lain akan menyebabkan rezeki yang diperolehi itu tidak diberkati.
Misalnya, seseorang yang tidak menunaikan solat Jumaat kerana sibuk dengan berniaga. Ini
adalah suatu perbuatan dosa yang besar. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Jumu’ah, ayat
ke-9:

               

      

Maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman! apabila diserukan azan untuk


mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk

6
mengingati Allah (dengan mengerjakan solat jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada
saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang
sebenarnya)” ( Surah Al-Jumu’ah, ayat 9)

Sidang jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Kesimpulan daripada khutbah hari ini, saya ingin mengajak hadirin sekalian untuk sama-sama
mengikhlaskan niat ketika bekerja, bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan, bersifat
jujur dan amanah dalam tugasan, serta tidak mengabaikan tanggungjawab yang lain
disebabkan sibuk bekerja. Semoga dengan wujudnya sifat-sifat ini dalam diri kita sebagai
seorang pekerja, kita dapat menjadi insan yang berjaya di dunia dan di hari akhirat kelak.

Ingatlah bahawa rezeki ini adalah milik Allah SWT. Dialah yang memberikan rezeki berupa
wang ringgit serta kemewahan harta benda kepada para hambaNya. Segala yang kita nikmati
di atas muka bumi ini adalah kepunyaan Allah. Oleh itu, janganlah sesekali kita lalai dan lupa
daripada mengingati Allah. Jadilah insan yang bersyukur. Insan yang bersyukur itu adalah
mereka yang semakin dikurniakan nikmat, semakin bertambah kualiti ibadatnya kepada Allah
SWT. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 172:

             



Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik
(yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika
betul kamu hanya beribadat kepadaNya.

‫آن ُالحع هظي هم ُونَ َفع هِن ُوإهياكم هُِبَا ُفهي هه هُمن ُاآلي ه‬
ِّ ‫ات ُو‬ ‫ه‬
ُ‫الذ حك هر‬ َ َ َ ‫ح‬ ‫ُِف ُالحقحر َ ح َ َ ح َ ح‬ ‫ُِل َُولَك حم ه ح‬
‫بَ َارَك ُالل ه ح‬
ُ‫اْلَ هكحي هم‬
‫ح‬

7
KHUTBAH KEDUA

ُ‫ص ُِّل‬ ُ ‫م‬


ُ ‫ه‬‫لل‬‫ا‬ ُ . ‫ا‬ ‫ج‬‫و‬ ‫اب ُوَُل ُ ََيع ُل ُلَهُ ُ ه‬
‫ع‬ ُ ‫ت‬ ‫اْلمدُ ُلهل هُه ُال هذي ُأَنحزَُل ُعلَى ُعب هدهُه ُالح ه‬
‫ك‬
َ َ ًَ ‫َ َ ح حَ ح‬ َ ‫َ َ َح‬ ‫حَ ح‬
ُُ‫ُ َوأَ حش َهدُُأَ حُنُ ُلَُإهلَُهَُإهلُُالله‬،‫ْي‬ ‫وسلِّ ُمُوبا هرحُكُعلَىُُممدُُوعلَىُآلههُهُوصحبههُهُأ ح ه‬
َ ‫َْجَع ح‬ ‫ََح‬ َ َ َ َ ََ ‫َ َ ح‬
َُ ‫َو حح َدهُ ُ ُلَ ُ َش هر‬
ُ‫ ُفَيَا ُأَيُّ َها‬،‫ ُأَما ُبَ حعد‬.ُ‫يك ُلَهُ ُ َوأَ حش َهدُ ُأَنُ ُُمَم ًدا ُ َعحبدهُ ُ َوَرسوله‬

ُ ُ‫ُاهت ق حوا‬،‫الحم حسلهم حو َن‬


.‫اللَُ َحقُُت َقاتههُهُ َوَُلََُت حوتنُُإهلُُ َوأَنحت حُمُم حسلهم حو َُن‬
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian,
Sedekah merupakan suatu amalan yang dituntut dalam Islam. Terdapat banyak kelebihan
sedekah yang disebutkan melalui ayat Al-Quran serta As-Sunnah. Antara kelebihan sedekah
adalah perbuatan tersebut tidak akan mengurangi harta orang yang memberi sedekah. Kalau
dilihat dari sudut jumlah, harta tersebut mungkin akan berkurang. Namun apabila kita melihat
dari sudut hakikat dan keberkatannya, ia sebenarnya bertambah. Allah SWT berfirman dalam
surah Saba’ ayat 39:

          

Maksudnya: “Dan apa sahaja yang kamu infakkan maka allah akan menggantikannya;
dan dia lah jua sebaik-baik pemberi rezeki".

Dan Rasulullah SAW bersabda:

ُُ‫ص َدقَُةٌُ هم حُنُ َمال‬


َ ُ‫ت‬
ُ‫ص ح‬
َ ‫َماُنَ َق‬
Ertunya:“Tidaklah (sesuatu pemberian) sedekah (itu akan) mengurangi harta”. (Hadis
Riwayat Muslim)

Oleh itu, saya ingin berpesan kepada diri saya serta sidang hadirin sekalian supaya kita
memperbanyakkan sedekah sebagai bukti kepatuhan dan keimanan kita terhadap Allah SWT
yang maha memberi rezeki.

8
Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56:

            ، 



Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, maka wahai
orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke atas Nabi.

ُ‫ىُآل ُإهبح َر هاهحي َم‬


‫ُعلَىُإهب ر هاهيم ُو َعلَ ه‬
َ َ َ‫ت َ ح‬ َ ‫اُصلحي‬
‫ه‬
َ ‫ُعلَىُُمَمد َُو َعلَىُآل ُُمَمد ُ َك َم‬ َ ‫ُص ِّل‬
َ ‫اَللّهم‬
ُ‫ىُآل ُإهبح َر هاهحي َم هُف‬
‫ُعلَىُإهب ر هاهيم ُو َعلَ ه‬
َ َ َ‫ت َ ح‬
‫ه‬
َ ‫ىُُمَمد َُو َعلَىُآل ُُمَمد ُ َك َماُبَ َارحك‬
ُ َ‫ُعل‬ َ ‫َوبَا هرحك‬
ُ‫ْي‬ ‫هه‬ ‫ه ه‬ ‫ه ه هه‬ ‫َُحي ٌد َه‬ ‫الحعالَ همْي ُإهن َ ه‬
َ ‫ْي َُوالحم حسل َمات َُوالحم حؤمن ح‬ َ ‫ أَللّهم ُا حغفحر ُلحلم حسلم ح‬.‫َُمحي ٌُد‬ ‫ك َح‬ َ‫َ ح‬
ُ‫اض َى‬‫ات ُوقَ ه‬ ‫َُميب ُالد حعو ه‬‫َُسيع ُقَ هريب ه‬ ‫ك َه‬ ‫ن‬ ‫ ُإه‬.‫ت‬
ُ‫ ُاألَحي هاء هُمحن هم ُواألَموا ه‬،‫ات‬
‫والحم حؤهمنَ ه‬
َ َ ‫ح‬ ٌ ‫ح‬ ٌ ‫ح‬ َ ‫ح‬
َ َ ‫ح‬ َ ‫ح‬ َ
ُ‫اج ه‬
ُ.‫ات‬
َ َ‫اْل‬
‫ح‬
Ya Allah! Ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada yang hidup ataupun yang telah
mati. Ya Allah! Berikan petunjuk hidayah serta rahmatMu kepada kami sekalian hamba-
hambaMu dan kepada pemimpin kami terutamanya Raja pemerintah Negeri Perlis Tuanku
Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Pemangku Raja Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta kaum kerabat
Baginda, supaya sentiasa beramal dengan kitabMu dan sunnah nabiMu Muhammad SAW,
dan Engkau lanjutkanlah usia baginda berdua dalam keadaan selamat, sihat sejahtera.

Ya Allah! Ya Haiyy! Ya Qayyum! Ya Syafi! Engkau berikanlah kesembuhan kepada


hambaMU Raja kami Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra
Jamalullail yang telah menerima rawatan dengan kesembuhan yang baik. Engkau mudahkan
segala urusan baginda, ringankanlah segala beban, liputilah jiwa baginda dengan iman serta
kebahagiaan. Engkau limpahilah jasad dan umur baginda dengan penuh keberkatan.

9
Ya Rahman, Ya Rahim! Kami memohon kepadaMu dengan segala kerendahan diri
sebagai hamba-Mu. Engkau indahkanlah akhlak kami. Engkau perbaikilah pergaulan antara
kami. Engkau jadikanlah kami umat Islam yang bermentaliti kelas pertama dalam tindakan.
Engkau peliharalah kami dari penyakit lemah, malas, berfikiran dangkal dan buruk budi
pekerti.

Ya Allah! Engkau angkatlah martabat setiap hamba-Mu yang berpegang dengan Al-
Quran dan sunnah Nabi-Mu. Berilah kekuatan kepada kami untuk menghindari amalan syirik,
bid’ah, khurafat dan maksiat.

Ya Allah! Engkau limpahkan Negeri Perlis ini dengan keberkatan. Engkau bimbinglah
kami penduduknya kepada kepada amalan soleh yang engkau redha. Penuhi jiwa kami dengan
mencintai agama-Mu.

Ya Allah! Engkau jauhkanlah kami dari bala dan kerosakan. Engkau tambahkanlah
nikmat-Mu kepada kami. Engkau berikanlah kepada kami kebahagiaan hidup di dunia dan di
hari akhirat.

‫ُعلَىُنَبهي نَا‬ ‫ه‬ ‫ه‬ ‫رب نَاُآتهنَ ه‬


َ ‫صلىُالله‬ َ ‫ُ َو‬.‫ابُالنا هُر‬
َ ‫اُع َذ‬
َ َ‫ُح َسنَةً َُوقن‬ َ ‫اُح َسنَةً َُوهِفُاآلخَرهة‬ َ َ‫اُِفُالدُّنحي‬ َ
‫ان ُوإهي ت هاء ه‬ َُ ‫ب ُالح َعالَ هم‬ ِّ ‫اْلَ حمد ُلهل هه َُر‬
ُ‫ُذيُالحقحرََب‬ َ‫ُُإهن ُاللَ ُيَأحمر ُبهالح َع حد هل َُوا هإل حح َس ه َ ح‬.‫ْي‬ ‫ُمَمدُ َُُو ح‬
.‫ُيَعهظك حمُلَ َعلك حمُتَ َذكرحو َُن‬،‫ىُع هنُالح َف حح َش هاء َُوالحمحن َك هر َُوالحبَ حغ هُي‬
َ ‫َويَحن َه‬

10

You might also like