You are on page 1of 3

KERTAS KONSEP SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG TAHUN 2023

1.0 PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 telah berada di gelombang kedua
memacu peningkatan sistem (2016 – 2020) . Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat
untuk mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan
Malaysia secara keseluruhan iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Aspirasi akses
memerlukan 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga
menengah atas menjelang tahun 2020 .
Oleh itu antara inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menangani
keciciran murid ialah melaksanakan inisiatif peningkatan akses daripada prasekolah hingga
menengah atas, meneruskan sokongan Pendidikan sedia ada termasuk bantuan asrama,
pengangkutan, Rancangan Makanan Tambahan, dan bantuan persekolahan, menubuhkan
jawatankuasa pemandu dan jawatankuasa teknikal bagi menangani dan memantau isu keciciran
murid, pengumpulan data murid berisiko cicir di sekolah rendah dan menengah.

2.0 MATLAMAT

Mengurangkan peratus murid cicir bagi sekolah-sekolah dalam daerah Pejabat Pendidikan
Daerah Pasir Gudang bagi tahun 2023.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membimbing sekurang-kurangnya 10 buah sekolah dalam pelaksanaan intervensi kehadiran


murid yang rendah.

3.2 Membimbing sekurang-kurangnya 10 buah sekolah dalam pelaksanaan intervensi keciciran


murid yang tinggi.

4.0 LOKASI BIMBINGAN

4.1 Sekolah Menengah

4.2 Sekolah Rendah

(Sila Rujuk Takwim Pemantauan)

5.0 KAEDAH BIMBINGAN

2023/ Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Pasir Gudang


5.1 Bimbingan akan dilaksanakan menggunakan penilaian skema dan skor yang ditetapkan oleh
unit masing-masing berdasarkan instrumen bimbingan yang diguna pakai sama ada peringkat
KPM dan JPN atau instrumen yang diubah suai mengikut kesesuaian diperingkat PPD.

5.2 Jumlah peratusan pencapaian setiap item akan menentukan piawai yang dinilai seperti
berikut:

PERATUS
PIAWAI PENGURUSAN PEMBANGUNAN MURID
PENCAPAIAN

90 – 100 Cemerlang (Melebihi piawai yang ditetapkan)

80 – 89 Baik (Mencapai piawai yang ditetapkan )

50 – 79 Sederhana (Memerlukan peningkatan, penambahbaikan dan tindakan


susulan jika perlu)

25 – 49 Kurang Memuaskan (Belum Mencapai Piawai dan memerlukan


penambahbaikan serta tindakan susulan)

0 – 24 Tidak Memuaskan (Tidak Mencapai Piawai dan amat


memerlukan penambahbaikan serta tindakan susulan)

5.3 Pemantauan pengurusan oleh Sektor Pembangunan Murid PPD Pasir Gudang akan
dilaksanakan satu (1) kali setahun dalam 2 penggal / sesi kepada sekolah-sekolah
ditetapkan, sama ada secara kolaboratif atau individu.

6.0 KRITERIA PEMANTAUAN

6.1 Sekolah yang mempunyai peratus kehadiran murid yang rendah.


6.2 Sekolah yang mempunyai peratus murid berisiko cicir yang tinggi.

7.0 SPESIFIKASI BIMBINGAN

7.1 Bimbingan kepada 10 sekolah menengah dan rendah yang memfokuskan


peratus kehadiran murid yang rendah (JEJAK KEHADIRAN)

7.1.1 Bimbingan sekolah berdasarkan pelaksanaan dan intervensi kehadiran


melalui GPK Hem dan Guru Bimbingan & Kaunseling untuk meningkatkan
peratus kehadiran.

7.2 Bimbingan Sekolah Fokus Murid Berisiko Cicir Yang Tinggi (PEMBUGARAN
PENGURUSAN MURID CICIR)

2023/ Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Pasir Gudang


7.2.1 Bimbingan sekolah berfokuskan pelaksanaan dan pengurusan murid berisiko
cicir yang tinggi kepada GPK HEM
7.2.2 Memperkasakan modul pengurusan Murid Cicir kepada Guru Bimbingan &
Kaunseling dalam menjalankan intervensi murid cicir.

8.0 PENYEDIAAN LAPORAN DAN MAKLUM BALAS

8.1 Bimbingan hendaklah menggunakan Instrumen / Borang Bimbingan yang disediakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Johor atau Sektor Pembangunan
Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang.

8.2 Sekolah hendaklah mengemukakan maklum balas sekiranya hasil bimbingan tidak
mencapai piawai yang ditetapkan atau skor di bawah 50% dalam masa 14 hari
selepas bimbingan menggunakan Borang PK03-3. Pembimbing boleh meminta sekolah
memberi maklum balas jika perlu walaupun sekolah telah mencapai tahap piawai yang
telah ditetapkan.

8.3 PPD/pembimbing akan membuat bimbingan susulan dalam masa 14 hari bekerja selepas
maklum balas dihantar oleh pihak sekolah (jika perlu).

8.4 Laporan berkala pemantauan akan disediakan 1 bulan sekali selepas setiap pemantauan
kepada Ketua jabatan.

8.5 Laporan juga akan dibentang dalam mesyuarat pengurusan untuk makluman dan tindakan
seterusnya.

Disediakan oleh: Tarikh: 2 April 2023

................................................
MOHD AL HAFIZ BIN A AZIZ
Penolong PPD Menengah Dan
Tingkatan 6
Sektor Pengurusan sekolah
PPD Pasir Gudang

2023/ Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Pasir Gudang

You might also like