You are on page 1of 1

Bank Simpanan Nasional Berhad (BSN)

Bank Simpanan Nasional Berhad (BSN) merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang
menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti menerima deposit dan memberi pinjaman kepada pelanggan-
pelanggan termasuk operasi perbankan Islam. Pertumbuhan ekonomi global yang kurang rancak tidak
menyekat pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pada suku tahun 2010, ekonomi Malaysia mengalami
pertumbuhan sebanyak 4.8%. Walau bagaimanapun, melalui tadbir urus korporat yang komited, efektif
dan efisien, prestasi kewangan perniagaan telah memberi pulangan kepada pemegang kepentingan BSN.
Jika diperhalusi, prestasi cemerlang ini disumbangkan oleh aktiviti pembiayaan dan pelaburan daripada
sektor awam dan swasta, pemulihan hutang dan pendapatan fi. Perbelanjaan operasian juga dipantau bagi
memastikan tahap mudah alih tunai memuaskan. Dalam laporan tahunan 2010, Timbalan Pengerusi BSN
telah mengucapkan penghargaan kepada kumpulan pengurusan kerana komited kepada usaha mematuhi
amalan tadbir urus korporat yang sentiasa memastikan BSN ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
Dalam persekitaran perkembangan ekonomi yang kurang stabil, tahun 2010 telah menyaksikan
BSN menjana keuntungan operasi sebelum cukai sebanyak RM505 juta peningkatan sebanyak 8.1%
berbanding tahun 2009. Walau bagaimanapun, keuntungan yang diperoleh tidak dapat memberi gambaran
yang tepat mengenai prestasi sesuatu perniagaan. Analisis nisbah merupakan satu kaedah yang digunakan
oleh pengurus kewangan sebagai alat pengukur untuk dibuat perbandingan sama ada prestasi tahun semasa
adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya. Antara jenis nisbah yang perlu diberi perhatian ialah nisbah
kecairan, nisbah keuntungan, nisbah hutang dan pulangan atas ekuiti dan sebagainya.

Berikut merupakan maklumat yang diperoleh daripada penyata kewangan komprehensif bagi tahun
berakhir pada 31 Disember 2010 bagi tujuan analisis.

Item 2010 2009


RM ‘000 RM ‘000
Ekuiti 1 408 479 1 064 364
Jualan bersih 968 536 853 376
Untung selepas cukai 359 926 346 556
Aset-aset semasa lain 12118281 10 979 616
Liabiliti semasa 18 612 880 17 604 323

Di samping memberi perkhidmatan menerima deposit dan memberi kemudahan pinjaman, melalui usaha
sama strategik, satu perjanjian pemegang saham BSN dengan Prudential Coporation Holding Limited
telah dilaksanakan dengan menubuhkan anak syarikat Prudential BSN Takaful Berhad yang mana aktiviti
utama merupakan mengurus dana takaful yang telah diperbadankan di Malaysia dengan pegangan ekuiti
51% dan modal berbayar sebanyak RM58,824. Produk perkhidmatan yang ditawarkan ialah insurans
takaful am dan insurans takaful keluarga. Semua perniagaan yang dijalankan berlandaskan hukum syariah
dan berbeza sama sekali dengan insurans konvensional.

(Sumber: Diubah suai daripada Laporan Tahunan 2010 BSN)

(i) Hitung dan bandingkan prestasi kewangan BSN bagi tahun 2010 dan prestasi 2009 berdasarkan nisbah
semasa, nisbah hutang atas ekuiti, margin untung bersih dan pulangan atas ekuiti. [15]
(ii) Perihalkan peranan pengurus kewangan dalam organisasi korporat BSN. [10]
(iii) Jelaskan lima pihak berkepentingan yang memerlukan penyata kewangan untuk membuat keputusan.
[10]

Kertas Model Oxford Fajar / Model 8

34

You might also like