You are on page 1of 6

CADANGAN KERTAS KERJA

PROGRAM LARIAN CERIA


MOH SIHAT

GERAKAN MASSA
#TERIMAKASIHCIKGU

1. PENDAHULUAN

Larian merupakan satu aktiviti fizikal/riadah yang amat popular di negara kita Malaysia
sekarang. Aktiviti larian ini juga dapat kita lihat turut menular dikalangan warga pendidik dan
masyarakat setempat. Melalui aktiviti larian ini juga kita dapat mengeratkan hubungan
dikalangan masyarakat setempat disamping meningkatkan tahap kecergasan masing-masing.
Oleh yang demikian, bersempena dengan #TERIMAKASIHCIKGU, Jabatan Pendidikan Negeri
Pahang telah mengambil satu inisiatif untuk menganjurkan satu larian “Fun Run” bagi
menggalakkan aktiviti kecergasan dikalangan warga sekolah dan pada masa yang sama
mempromosikan aktiviti larian ini kepada masyarakat.

2. MATLAMAT
Matlamat penganjuran larian ini adalah untuk mempromosikan aktiviti larian dan pada masa
yang sama meningkatkan tahap kecergasan masyarakat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk
mendidik masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam
aktiviti fizikal. Disamping itu juga, secara tidak langsung program ini juga dapat menjadi wadah
agar dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh warga pendidik dan masyarakat.

3. OBJEKTIF
 Mengamalkan cara hidup sihat dan mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.
 Membina kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadap tubuh badan serta
kesihatan diri.
 Memberi peluang kepada masyarakat yang baharu mengikuti aktiviti larian.
 Membina, memupuk dan melahirkan masyarakat yang kuat fizikal dan jati diri serta dapat
mewujudkan sikap daya saing dan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan
masyarakat.
4. JARAK & LALUAN

 5 KM
 Taman Bandar Kuantan, Pahang

5. PELAKSANAAN
 NAMA LARIAN : PROGRAM LARIAN CERIA GERAKAN MASSA
#TERIMAKASIHCIKGU
 TARIKH : 4 MAC 2023
 HARI : SABTU
 MASA : 7:00 PAGI – 10:00 PAGI
 TEMPAT : TAMAN BANDAR INDERA MAHKOTA,
KUANTAN PAHANG

6. TENTATIF PROGRAM
MASA ATURCARA
 7.00 pagi Pendaftaran peserta larian
 7.20 pagi Senamrobik
 7.45 pagi Pelepasan peserta larian “5 km “
 8.20 pagi Anggaran ketibaan terawal peserta larian
 9.30 pagi Anggaran peserta tamat larian
 10.00 pagi Cabutan bertuah untuk peserta

7. PERASMI

 Pengarah Pendidikan Pahang

8. KATEGORI

KATEGORI
1. 5 KM
2. - TERBUKA KEPADA LELAKI & PEREMPUAN
10. SYARAT PENYERTAAN
 Sepanjang program ini berlangsung, semua peserta perlu menjaga keselamatan diri dan
bertanggungjawab ke atas barang dan harta benda yang dibawa.
 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perkara yang tidak
diingini sepanjang program ini berlangsung.
 Dengan mengambil bahagian dalam program ini, para peserta membenarkan gambar
mereka digunakan bagi tujuan berita, arkib, publisiti atau promosi oleh Penganjur.
 Penganjur berhak tanpa memberi sebab untuk:
i) Membatal atau menunda acara seperti yang dirasa perlu.
ii) Menolak penyertaan sebelum atau selepas menerima sesuatu penyertaan.
iii) Menolak penyertaan mana-mana peserta dari sesebuah kumpulan.
iv) Membatalkan mana-mana kumpulan yang didapati bersalah melanggar syarat-
syarat penyertaan acara atau memberikan butir-butir yang tidak tepat &
menyentuh isu-isu sensitive.
 Penganjur berhak meminda syarat-syarat penyertaan ini, dan apa jua pindaan atas sebab-
sebab teknikal/pengurusan sepanjang program.
 Keputusan Penganjur dalam Program ini adalah MUKTAMAD dan peserta adalah
tertakluk kepadanya.
 Pemenang Cabutan Bertuah:
o Semua peserta larian yang berdaftar mempunyai peluang memenangi hadiah
cabutan bertuah.
o Cabutan akan dilakukan selepas semua pelari tamat larian

11. PENGLIBATAN AGENSI LUAR


Bagi menjamin program larian berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, penglibatan
daripada beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta masyarakat setempat amat
diperlukan. Antara agensi yang boleh dilibatkan adalah:
 PDRM
 HOSPITAL TENGKU AMPUAN AFZAN
 MAJLIS BANDARAYA KUANTAN
 PIBKS
 MSP
 KBS
 RELA
12. PROMOSI DAN PEMASARAN
Penganjur akan menggunakan beberapa strategi bagi mempromosi dan memasarkan larian. Antara
kaedah yang dikenal pasti ialah:
 Media massa : Facebook, Tik Tok, Whatsup, Telegram

 Banner , Sepanduk

13. ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL KEPERLUAN KUANTITI ANGGARAN KOS
1 SEWAAN TAPAK MBK 1
RM 500.00
(LANDSKAP)
2 BELON PERMULAAN / 1
RM 500.00
PENAMAT
3 KANOPI 2 x RM 150 RM 300.00

4 AMBULAN 1 RM 350.00
5 BAJU & MEDAL PESERTA 300 ORANG x RM 20 RM 6000.00
6 BAJU VIP 200 ORANG X RM 30 RM 6000.00
6 PHOTO BOOTH & BANNER 1 RM 600.00
7 RELA 10 ORANG x RM 70 RM 700.00
8 CABUTAN BERTUAH 20 HADIAH RM 1000.00
9 MAKAN DAN MINUM
50 ORANG x RM10.00 RM 500.00
PETUGAS
10 GOODIES FUN RUN 300 x RM 3.00 RM 900.00
11 INSURAN 500 x RM 5.00 RM 2500.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 19850.00
8.0 PENUTUP
Diharapkan penganjuran Fun Run #terimakasihcikgu ini dapat mengeratkan hubungan di antara
masyarakat setempat dan mengamalkan cara hidup sihat .

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(KHAIRUL IZWAN BIN ISMAIL) (HAJI AB MUHAIMIN BIN AB HAMID)


Penolong Pengarah Ketua Penolong Pengarah Kanan
Pembangunan Bakat Murid (Sukan) Sektor Pembangunan Murid
LAMPIRAN 1 – CADANGAN PETA LALUAN 5 KM

You might also like