You are on page 1of 1

NOTIS SEBUT HARGA KERJA

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SABAH (ICU JPM)


SEBUT HARGA NO. : PPNS / SH / 08 / 2023

PROJEK BINA BAHARU RUMAH PROGRAM INSPIRASIKU MyHAUS


YaPIEM SUNGAI MANILA, PERINGKAT 6, SANDAKAN
1. Sebut Harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan
Lembaga Perolehan Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat
Pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA)
seperti ketetapan berikut :

a) Mempunyai Sijil PPK(CIDB) dalam:


Gred: G1
Kategori: B
Pengkhususan: B02 & B04
DAN

b) Mempunyai Sijil SPPK(CIDB) dalam:


Gred: G1
Kategori: B

(Tempoh sah sijil-sijil hendaklah tidak kurang 90 hari dari tarikh tutup iklan ini)
2. *Kontraktor hendaklah mempunyai Sijil Taraf Bumiputera yang sah dengan Pusat Khidmat
Kontraktor(PKK), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi(KUSKOP).
(*Potong jika tidak berkenaan)

3. Taklimat dan Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN pada 26 JUN 2023(ISNIN), jam 9.00
PAGI, bertempat di TABIKA KEMAS KAMPUNG TINUSA 2, SANDAKAN.

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat
di dalam sijil PPK, SPKK atau PUKONSA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau
sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain
daripada penama di dalam sijil PPK, SPKK atau PUKONSA.

4. Dokumen Sebut Harga dan Kertas Taklimat Sebut Harga akan dihantar melalui EMEL
RASMI SYARIKAT YANG AKTIF SAHAJA (Emel persendirian tidak dibenarkan)
kepada kontraktor pada 26 JUN 2023 (ISNIN). Hanya kontraktor layak serta menghadiri
Taklimat dan Lawatan Tapak sahaja akan menerima Dokumen melalui emel.

5. Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak (hard copy) yang telah diisi dengan
lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Aras 3, Pejabat
Pembangunan Negeri Sabah, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah pada
03 JULAI 2023 (ISNIN) TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 TENGAH HARI.

6. Sebarang pertanyaan sila emel kepada : maduin.ekit@sbh.icu.gov.my

(Ir. Ts. AZALI BIN ARDY @ AZALI AH SIONG)


Ketua Penolong Pengarah Kanan (T)
Tarikh : 16 JUN 2023

You might also like