You are on page 1of 1

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

PELAWAAN PENYERTAAN
JICA KNOWLEDGE CO-CREATION PROGRAM (YOUNG LEADERS) 2023 –
LOCAL GOVERNANCE AND CONSUMER ADMINISTRATION / EDUCATION

Japan International Cooperation Agency (JICA) akan menganjurkan kursus JICA Knowledge
Co-Creation Program (Young Leaders) 2023 – Local Governance and Consumer
Administration / Education bermula daripada 18 Oktober 2023 sehingga 3 November 2023
di Jepun. Justeru, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pegawai kumpulan
Pengurusan dan Profesional (P&P) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon
kursus tersebut melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) masing-masing.

Pegawai yang berminat boleh melengkapkan permohonan secara dalam talian melalui
pautan https://esilav2.jpa.gov.my mulai 2 Jun 2023 sehingga 7 Julai 2023. Borang
permohonan yang telah dilengkapkan secara dalam talian tersebut hendaklah dicetak,
ditandatangani dan dikemukakan kepada PPSM masing-masing beserta dengan dokumen-
dokumen sokongan yang berkaitan. Semua permohonan yang diperakukan oleh PPSM
hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA selewat-lewatnya pada 14 Julai 2023
sama ada melalui serahan tangan / pos melalui alamat seperti berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam


Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan)

Syarat dan tatacara permohonan penuh bagi kursus ini adalah seperti di Lampiran A dan
Lampiran B masing-masing. Sila hubungi talian 03–88853053 atau e-mel:
penawaranldp@jpa.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung kursus ini.

Bahagian Pembangunan Modal Insan


Jabatan Perkhidmatan Awam

1 Jun 2023

You might also like