You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH TUARAN 2018

Tarikh : 22.02.2018 (Khamis)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SK Tambalang

Kehadiran:
1. En Liamin Rahman (Guru Besar, SK Tambalang)
2. En Zaid Das (Guru Besar, SK Serusop)
3. En Muhammad Nureeh Hj Zainudin (PPD Tuaran)
4. Pn Sim Kwang Mui (SJK © Chung Hwa Tamparuli)
5. Pn. Chin Kyun Thai (SJK © Chen Sin)
6. Pn Elizabethj Cia (SK Pekan Tamparuli)
7. Vesspha Dusup (SK Lokub Tuaran)
8. George A/K Janting (SK Taginambur)
9. Lunjin (SK Lingga Baru)
10. Noriah Kamsari (SK Penimbawan)
11.Azizah Md Lan (SK Termunong)
12. Saadiah A. Salim (SK Saradan)
13. Lily Balanting (SK Kelawat, Tamparuli)
14. Asma Said (SK St John)
15. Mastini Noorsidi (SK Serusop, Tuaran)
16. Suzie Anjah (Sek. Agama Suria)
17.Muhd Jaideh Aslie ( Sk Berungis)
18. Saidon Jinsit (SK Lok Yuk Telipok)
19. Safri Basirun ( SK Laputong)
20. Almazier (SK Bundu Tahuri)
21. Ekin Hj Jumip (SK Mengkabong)
22. Supian Handrek Ganang (SK Tambalang)
23. Zorimas Mohd Kudin (SK Tambalang)
24. Ahima Salim (SK Rugading)
25. Farizah Rabir (SK Pekan Tuaran)
26. Annette Sissy Anthony ( SK Tambalang)
Bil. Perkara
1 Ucapan Pengerusi Penganjur

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli mesyuarat yang hadir.

1.2 Tujuan mesyuarat adalah untuk penetapan tarikh, tempat Karnival Bahasa
Melayu dan sumbangan bagi menampung kos karnival tersebut.

1.3 Pengerusi berharap agar semua pendapat yang diberikan akan dapat menjayakan
program yang berlangsung pada 6 Mac 2018.

Tindakan: Makluman

2 Penetapan tarikh dan tempat Karnival Bahasa Melayu

2.1 Penetapan tarikh dan tempat karnival adalah seperti berikut:

Tarikh : 6 Mac 2018 (Selasa)


Masa : 7.30 pagi
Tempat : Kampus Intan Sabah

2.2 Pn Zorimas (SK Tambalang) memaklumkan tempat untuk mengelola karnival


tersebut telah ditempah lebih awal dan semua ahli jawatankuasa kerja akan bertugas
pada 5 Mac 2018 petang untuk persiapan.

2.3 Pn Zorimas juga memaklumkan semua ahli jawatankuasa akan bertugas pada 6 Mac
2018 dan SK Tambalang mengambil cuti berganti untuk karnival tersebut.

2.4 En Ekin (SK Mengkabong) menyatakan pengadil atau hakim bagi pertandingan
tersebut haruslah dari luar dan AJK adalah terdiri daripada pengelola.

2.5 En. Nureeh (PPD) memberi sedikit maklumat tentang carta jawatankuasa induk dan
jawatankuasa kerja.
Jawatankuasa Induk

Penanung: Ybhg. Datuk Hajah Maimunah bin Haji Suhaibul


(Datuk Pengarah)
Penasihat: Datuk Dr. Haji Mohd Kassim bin Haji Mohd Ibrahim
(Timb. Datuk Pengarah)
Ir. Datu Jamigul b. Hj Datu Salin
(Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan)
Datu Roslan Datu Siabok
(Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan)
Pegawai-pegawai Kokurikulum , JPN Sabah

Pengerusi: Puan Tah Nia bt. Haji Jaman


(Pegawai Pendidikan Daerah. Tuaran)

Setiausaha: En Muhammad Nureeh Sainudin (PPD)

Bendahari: Unit Kewangan PPD, Tuaran

Jawatankuasa Kerja

Pengerusi: En. Liamin Rahman (Guru Besar, SK Tambalang)


Timb. Pengerusi: En. Saidin Jikah (Pen. Kanan I)
Pn. Zorimas Abd Kudin (Pen. Kanan Kokum)
S/U Kokum Sek. Pengelola: En Supian Hendrek Ganang
: Pn Annette Sissy Anthony
Bendahari: Pn Jusmah Saiman
Pengerusi Teknik Daerah Tuaran:
Ahli Jawatankuasa:

2.6 En Zaid (SK Serusop) memaklumkan pihak sekolah (SK Serusop) bersedia untuk
membantu pihak pengelola sekiranya ada keperluan untuk jawatankuasa kerja.

Tindakan: Makluman
3 Sumbangan

3.1 Majlis bersetuju untuk memberi sumbangan termasuk yuran penyertaan berjumlah
RM60.00 dari setiap sekolah yang menyertai pertandingan tersebut.
3.2 SK Tambalang akan keluarkan surat siaran beserta minit mesyuarat dan tarikh akhir
bayar.Tindakan: SK Tambalang

3.3 Majlis juga bersetuju untuk melantik juruaudit dalaman untuk laporan kewangan
karnival tersebut.

3.4 Tarikh akhir untuk menghantar borang dan sumbangan bagi pertandingan tersebut
adalah sebelum atau pada 27hb Februari 2018 dan diserahkan kepada bendahari
Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Tuaran 2018 iaitu Puan Jusmah Saiman
(SK Tambalang).

3.5 En Ekin (SK Mengkabong) mencadangkan bagi sekolah yang jauh dan ingin menyertai
karnival ini, boleh “bank in” ke akaun Pn Jusmah selaku bendahari.
En Zaid (SK Serusop) menyatakan perlu persetujuan daripada bendahari untuk
transaksi sedemikian.

3.6 Puan Elizabeth (SK Pekan Tamparuli) mencadang tidak perlu kudapan untuk guru
pengiring. Makanan untuk peserta dan guru pengiring disediakan oleh sekolah masing-
masing.

3.7 Pn Noriah (SK Penimbawan) mencadangkan sekolah menggunakan dana Panitia untuk
menyertai karnival ini.

Tindakan: Makluman
4 Hal-hal lain
4.1 Cadangan-Pn Hamidah SK Pekan Tenghilan dilantik sebagai pengadil/ hakim.
4.2 Pengelola menetapkan tema bagi pertandingan pidato dan bercerita adalah dari buku
teks iaitu Tema Kenegaraan.
4.3 Bercerita secara spontan- tajuk ditentukan oleh SIP atau betrdasarkan gambar.
Selebihnya adalah seperti dalam kertas konsep. Kertas konsep akan dikongsi dalam
Group Kokum. Tindakan: Pn Zorimas

4.4 Pihak pengelola akan menyediakan surat jemputan Pn Tah Nia (PPD), surat lantikan
bertugas kepada semua ahli jawatankuasa serta surat lantikan sebagai hakim.

Penutup
Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan mesyuarat ditangguh pada jam 10.46 pagi.
Disediakan oleh. Disemak oleh.
………………………………… …………………………………..
(ANNETTE SISSY ANTHONY) (ZORIMAS BINTI MOHD KUDIN)
Setiausaha Karnival Bahasa Melayu Penolong Kanan Kokurikulum
Sk.Tambalang SK Tambalang Tuaran
Peringkat Daerah Tuaran 2018 Pengelola Karnival Bahasa Melayu
Peringkat Daerah Tuaran 2018
Tarikh: Tarikh:

Disahkan Oleh:

(LIAMIN RAHMAN)
Guru Besar SK Tambalang Tuaran
Pengerusi Pengelola Karnival Bahasa Melayu
Peringkat Daerah Tuaran 2018

You might also like