You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

SK BANDAR BINTANGOR

BIL. 1/2022

Tarikh : 6/4/2022

Masa : 2.30 – 4.30 PM

Tempat : Bilik Kelas Tahun 4

Pengerusi : Robinson Ling Anak Sangah

Kehadiran : Semua guru penasihat dan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah

1. Ucapan alu-aluan pengerusi


1.1 Terima kasih diucapkan atas kehadiran yang sangat baik pada mesyuarat ini.
Diharapkan kehadiran seperti ini dapat dikekalkan sepanjang tahun.

Tindakan: Makluman semua

2. Perlantikan jawatankuasa
2.1 Ahli PBSM telah mejalankan undian bagi menetapkan Ahli Jawatankuasa
Persatuan Bulan Sabit Merah Sk Bandar Bintangor. Pengerusi telah
memuktamadkan perlantikan AJK PBSM berdasarkan persetujuan dan undian
ahli-ahli PBSM. Senarai AJK PBSM boleh dilihat di dalam File Pelaporan
Aktiviti PBSM tahun 2022.

Tindakan: Makluman semua ahli

3. Perancangan aktivti tahun 2022


3.1 Unit PBSM merancang aktiviti untuk sepanjang tahun 2022. Antara aktiviti yang
dirancang ialah:
3.1.1 Latihan asas kawad kaki
3.1.2 Nyanyian lagu rasmi dan bacaan ikrar
3.1.3 Peraturan am pertolongan cemas.
3.1.4 Kaedah rawatan kecemasan
3.1.5 Teori dan rawatan sengatan ringan dan berbisa
3.1.6 Teori dan amali balutan luka
3.1.7 Teori berkaitan wabak penyakit berjangkit
3.1.8 Kemahiran asas perkhemahan
3.1.9 Pendidikan asas kesihatan
3.1.10 Makanan dan pemakanan

Tindakan: Makluman semua ahli

4. Hal-hal lain
4.1 Buku log
4.1.1 Murid Tahun 4 harus menyediakan buku log sebagai catatan dan rujukan
manakala murid Tahun 5 dan 6 boleh menyambung mengguna pakai buku
tahun lepas.
4.1.2 Murid yang kehilangan buku log perlu menyediakan buku baru.
4.2 Pakaian seragam
4.2.1 Pemakaian pakaian seragam lengkap PBSM adalah digalakkan setiap kali
perjumpaan.
4.3 Kehadiran
4.3.1 Kehadiran setiap kali perjumpaan adalah wajib.
4.3.2 Murid yang tidak hadir perlu mengemukakan surat makluman atau surat
tunjuk sebab.

Tindakan: Makluman semua ahli


5. Penutup

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir. Diharapkan perjalanan persatuan pada
tahun ini berjalan dengan lancar. Diharapkan semua ahli dapat bekerjasama dengan penuh
keseronokan, kasih sayang dan hormat-menghormati demi kecemerlangan bersama.

Tindakan: Makluman semua

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(ROBINSON LING ANAK SANGAH) (ANNA ANAK SANDOM)

Guru Penasihat PBSM Guru Penasihat PBSM

Sk Bandar Bintangor Sk Bandar Bintangor

Disahkan Oleh,

(NUR RAHMAN BIN JAHAR)

Penolong Kanan Kokurikulum

Sk Bandar Bintangor

You might also like