You are on page 1of 4
B. PENCEGAHAN INSIDEN 1.0 PENGENALAN Pada masa lalu, majikan kerapkali mengambil langkah-langkah keselamatan di tempat kerja dengan tujuan untuk mematuhi undang-undang. Kini, situasinya tetap sama tetapi dengan sedikit perbezaan. Undang-undang masih memerlukan majikan dalam memastikan tempat kerja selamat tetapi tidak menerangkan bagaimana untuk melakukannya. Bagaimanapun, hari ini banyak organisasi mengambil Iangkah-langkah keselamatan atas sebab yang kukuh. Revolusi di dalam pengurusan kualiti dan pemahaman mengenai hubungan di antara kepimpinan pengurusan, produktiviti, penglibatan pekerja, pengurusan proaktif, pemikiran sistem dan keuntungan kini lebih baik daripada dahulu. Kesemua ini ‘memerlukan kefahaman pihak pengurusan mengenai prinsip-prinsip di sebalik pencegahan insiden dan kemalangan. Kementerian Buruh dan Perkhidmatan Kebangsaan UK mencadangkan enam prinsip pencegahan Kemalangan pada tahun 1956 yang masih relevan schingga hari ini, tetapi diterangkan lebih lanjut untuk kemudahan pemikiran semasa. Berikut adalah prinsip-prinsip tersebut : 4) Pencegahan kemalangan adalah sebahagian dasipada aspek penting pengurusan dan kemahiran yang baik b) Pibak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dengan bersungguh-sungguh dalam memastikan tempat kerja bebas daripada kemalangan ©) Pihak pengurusan atasan mestilah menjadi teraju utama dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di tempat kerja 4) Hendaklah ada dasar keselamatan dan kesihatan yang mantap dan diketahui oleh semua pekerja di setiap tempat kerja ©) Organisasi dan sumber yang perlu untuk melaksanakan dasar keselamatan dan kesihatan hendaklah dibanguokan f) Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik mestilah digunakan Prinsip-prinsip tersebut boleh didapati di dalam OSHA 1994, 2.0 KEMALANGAN DAN PUNCANYA. 21 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN INSIDEN? Tnsiden adalah urutan peristiwa yang tidak dijangkakan dan tidak dirancang, berlaku melalui gabungan beberapa sebab dan mengakibatkan kecederaan fizikal (kecederaan dan penyakit) kepada individu, kerosakan harta benda, kemalangan nyaris, kerugian atau gabungan dari kesan-kesan di atas. 3.0 22° INSIDEN Insiden tidaklah seharusnya bermaksud suatu kejadian yang menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada peralatan atau harta benda semata-mata seperti terjatuh tangga dan patah tulang belakang atau trak angsun terjatuh beban menyebabkan kerosakan barangan yang dibawa. Kemalangan juga boleh bermaksud kecederaan jangka panjang yang mungkin atau tidak mungkin dikesan serta-merta. Contohnya ialah kehilangan pendengaran atau penyakit akibat pendedahan kepada bahan kimia atau habuk mineral. 23 KENAPA PERLU MENCEGAH INSIDEN? Terdapat tiga sebab mengapa kemalangan harus dicegah. a) Sebab perundangan " Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 secara spesifik memerlukan ‘majikan untuk mencegah kemalangan dan penyakit di tempat kerja. b) Tsu moral = Kemalangan mengakibatkan penderitaan bukan sahaja kepada individu atau pekerja yang terlibat malah kepada keluarga mereka jugs. Majikan scharusnya tidak mendedahkan pekerja dengan sengaja tehadap kemungkinan untuk ‘mendapat kemalangen. Hari ini, pekerja dan masyarakat umum telah sedat akan hak mereka dan tidak akan membenarkan majikan mengeksploitasi mereka seperti sebelumnya. Banyak negara di dunia kini tidak berpuas hati jika terdapat organisasi yang tidak menjaga keselamatan dan kesihatan para pekerja, ©) Sebab perniagaan . Kemalangan boleh menyebabkan produktiviti dan keuntungan sesebuah organisasi terjejas, Kemalangan juga boleh menyebabkan organisasi di bawa ke mahkamah yang bukan sahaja melibatkan kos yang tinggi malah metosakkan imej korpora syatikat. ‘TEORI PENYEBAB KEMALANGAN Terdapat banyak teori berkaitan kemalangan, Tiga teori yang utama ialah: 1 Teori Domino . Teori Mengawal Kerugian 3. Model Kemalangan Aneka-Sebab Akibat (multi-causality accident model) 3.1 TEORI DOMINO HEINRICH Dalam tahun 1930an, Herbert W. Heinrich telah memperkenalkan Teori Domino. Menurut teori ini, kecederaan daripada kemalangan adalah hasil daripada beberapa jujukan peristiwa yang berhubungkait antara satu dengan yang lain. Berdasarkan kepada 5 faktor (domino) kemalangan merupakan salah satu daripada jujukan peristiwa tersebut. Rajah 1 Teori Domino Heinrich mg Premis bagi Teori Domino Heinrich adalah: 2) Kecederaan adalah disebabkan oleh kemalangan b) — Kemalangan adalah disebabkan oleh perlakuan dan keadaan yang tidak selamat © Perlakuan dan keadaan yang tidak selamat adalah disebabkan oleh kelemahan manusia 4) Kelemahan manusia disebabkan oleh sikap/personaliti negatif seperti panas baran, jahil atau degil, yang berpunca daripada persekitaran sosial dan keturunan pekerja yang mengalami kecederaan tersebut Setiap domino mempunyai hanya satu sebab, penyebab asas kemalangan dalam model ini alah persekitaran sosial dan keturunan pekerja yang menyebabkan lahirnya personaliti atau perwatakan buruk seperti cuai, degil, jahil atau malas. Personaliti buruk ini pula membawa kepada perlakuan dan keadaan yang tidak selamat. Heinrich percaya bahawa, oleh kerana 88 peratus daripada semua kemalangan disebabkan oleh perlakuan tidak selamat pekerja seperti menghidupkan mesin tanpa amaran, menang- galkan adang mesin dan sebagainya. Justeru itu, Heinrich memberikan pendapatnya yang menyatakan : In accident prevention, the bull’s eye of the target is in the middle of the sequence ~ an unsafe act of a person or a mechanical or physical bazard? (Di dalam pencegahan kemalangan, sasaran utamanya jialah jujukan tengah iaitu perlakuan tidak selamat individu atau hazard mekanikal atau fizikal) Oleh itu, dengan membuang peringkat ketiga, kawalan ke atas gelagat pekerja seharusnya boleh menyelesaikan masalah keselamataa. Seterusnya dia menambah, terdapat juga “sebab-sebab kemalangan oleh faktor tersirat (underlying causes)”. Kenyataan terdapatnya “sebab-sebab kemalangan oleh faktor yang tersirat” ini telah membawa kepada wujudnya pegawai keselamatan dan penyeliaan pekerja sebagai aktiviti ‘utama berkaitan keselamatan. Teori ini diragui dan disangkal sesetengah pihak kerana ianya ‘mengecualikan pihak pengurusan daripada sebarang kesalahan dan meletakkan beban kesalahan sepenuhnya ke atas mangsa kemalangan, bukannya ke atas kelemahan sistem pengurusan.

You might also like