You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK TEDURI,


09100 BALING, NO. TEL: 04-4725591
KEDAH DARUL AMAN. E-MEL : KBA0062@moe.edu.my
_________________________________________________________________________

Ruj Kami : SKTT.600-5/2/20(3)


Tarikh : 14 Februari 2019

Kepada
Pengetua,
Maktab Rendah Sains Mara Baling,
09100 Baling.

Tuan,

MEMOHON MENGGUNAKAN PADANG MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALING

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Unit Sukan & Permainan SK Telok Teduri dengan berhasrat
untuk menganjurkan Kem Ragbi 1 Murid 1 Sukan 2019 Get Into the Rugby seperti ketetapan
berikut:

Tarikh : 14 Mac 2019


Hari : Khamis
Tempat : Padang MRSM Baling
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang

3. Sehubungan itu pihak kami memohon kerjasama dari tuan untuk menggunakan
padang sekolah tuan sebagai tempat Kem Ragbi sepanjang aktiviti berlangsung.

4. Kerjasama tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


”KEDAH AMAN MAKMUR – HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH”
”PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

..................................................
(AZLINDA BINTI AZZUDDIN)
Guru Besar
SK Telok Teduri,
09100 Baling, Kedah.

You might also like