You are on page 1of 2

Tajuk : Peranan pihak sekolah dalam memupuk perpaduan kaum.

Di negara yang tercinta ini , terdapat pelbagai kaum atau bangsa seperti
kaum Melayu , Cina , India , Kadazan dan Iban . Keberadaan mereka dalam
sesebuah sekolah mampu memupuk perpaduan yang dapat menzahirkan
Malaysia harmoni di bawah payung yang sama. Oleh itu, sekolah memainkan
peranan yang penting dalam merealisasikan perkara ini. Persoalannya apakah
peranan pihak sekolah dalam memupuk perpaduan kaum?

Pertama sekali, pengetua atau pihak sekolah harus mengadakan aktiviti


seperti sukan yang menggalakkan pelajar dari pelbagai kaum untuk menyertai
aktiviti yang diadakan . Hal ini dikatakan demikian kerana dengan adanya aktiviti
itu , pelajar dapat memperoleh kenangan atau susah senang saat melakukannya
dengan pelajar yang dari pelbagai kaum seperti peribahasa "sakit sama mengaduh
, luka sama menyiuk" yang bermaksud sama-sama bertanggungjawab , susah
senang dirasai bersama . Contohnya aktiviti Kejohanan Sukan Tahunan atau
1Murid 1Sukan. Jelaslah dengan mengadakan aktiviti sukan mampu memupuk
perpaduan kaum.

Di samping itu , pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti gotong - royong


yang melibatkan seluruh pelajar yang berbilang kaum .Selain itu pihak sekolah
harus mengajarkan sifat tidak dengki atau dendam dan juga sifat saling membantu
antara pelbagai bangsa seperti pepatah mengatakan "bagai aur dengan tebing"
iaitu saling membantu antara satu sama lain . Misalnya gotong-royong
membersihkan kelas atau kawasan sekolah. Sudah terang lagi bersuluh aktiviti
gotong=royong pastinya dapat memupuk perpaduan kaum.
Lebih lebih lagi , pihak sekolah juga harus membimbing pelajar agar
mengambil tahu tentang kawan yang sesama atau berbeza kaum agar dapat
mengekalkan jiwa mengambil berat dan dapat diamalkan hingga dewasa .
Membuat kumpulan yang bercampur kaum atau bangsa saat belajar seperti
peribahasa "tak kenal maka tak cinta" . Hal ini dapat membuatkan pelajar dapat
mengeratkan hubungan dengan kaum lain dengan adanya sistem pembelajaran
seperti itu . Tidak dapat disangkal lagi perbuatan mengambil tahu dapat
memupuk perpaduan kaum di sesebuah sekolah.

Tambahan pula , pihak sekolah juga boleh membuat kempen tentang adat
resam dan pantang larang sesama kaum . Hal ini dikatakan demikian kerana , di
saat kita mendapat tahu tentang adat resam dan pantang larang kaum tersebut ,
kita akan lebih menjaga adat sopan dan sentiasa beringat atas segala perbuatan
kita .Contohnya Kempen Kenali Budaya Rakan. Jelaslah pihak sekolah boleh
memupuk perpaduan kaum dengan membuat kempen ini. Peribahasa ada
mengatakan tak kenal maka tak cinta.

Kesimpulannya , dengan adanya perpaduan kaum , negara kita akan lebih


makmur serta aspek ini juga ialah kunci utama agar sesebuah negara itu terus
maju jaya . Sifat ini harus diamalkan dan membuang sifat kepentingan diri sendiri
seperti peribahasa "bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing.Semoga semua pelajar akan terus ke sekolah bagi memupuk perpaduan
kaum dan merealisasikan impian Sekolahku Syurgaku.

You might also like