Surat Rasmi Pembukaan Akaun Bank Pertubuhan 2023

You might also like

You are on page 1of 1

PERTUBUHAN SKUAD CAKNA INSANIAH

(PPM-018-06-03032023)

No 3, Gerai JKKKB Manchis,


Jalan Besar Manchis,
28730 Bentong, Pahang

Ruj. Kami : PSCI-BNK/003/(1)


Tarikh : 10 April 2023

Kepada :

Pengurus Cawangan
AGRO Bank
No. 15, Pekan Desa Permai
72400 Simpang Durian,
Negeri Sembilan.

PER : PERMOHONAN MEMBUKA AKAUN UNTUK PERTUBUHAN SKUAD CAKNA INSANIAH.

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan,tujuan pembukaan ini adalah untuk memudahkan pihak pertubuhan untuk
menyimpan dan menerima dana kewangan, samada dari sumber luar dan sumbangan ahli yang merupakan salah satu
langkah keselamatan penyimpanan tunai. Dengan adanya akaun ini juga, diharapkan ianya dapat memudahkan pihak
pertubuhan membuat laporan kewangannya dengan lebih sistematik.

3. Oleh demikian,setelah berbincang bersama ahli jawatankuasa Pertubuhan Skuad Cakna Insaniah, dengan ini
dimaklumkan bahawa ahli jawatankuasa telah bersetuju untuk membuka akaun dicawangan bank tuan. Berikut dilampirkan
butir-butir yang diputuskan dalam perbincangan mesyuarat bersama ahli jawatankuasa Pertubuhan Skuad Cakna Insaniah:

Cawangan Bank : AGRO Bank Cawangan Simpang Durian


Nama Akaun : PERTUBUHAN SKUAD CAKNA INSANIAH
Pemegang Amanah & Kuasa
Menandatangani Cek : Nur Filzah Binti Saran ( No K/P : 770821-10-5426 )
: Darliz Martiani Binti Malek ( No K/P :791010-10-5724 )
: Omar Bukhari bin Mohd Nor ( No K/P : 890304-11-5745 )

Syarat Menandatangani Cek : Mana-mana dua daripada penama seperti di atas


Jenis Akaun : Akaun Simpanan/Semasa
Alamat yang didaftarkan : Pertubuhan Skuad Cakna Insaniah
No 3, Gerai JKKKB Manchis, Jalan Besar Manchis, 28730 Bentong, Pahang.

4. Segala jasa baik dan keprihatinan pihak tuan dalam perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Saya yang menjalankan amanah

……………………………..
NUR FILZAH BINTI SARAN
Pengerusi Pertubuhan
Pertubuhan Skuad Cakna Insaniah

You might also like