You are on page 1of 4
KERAJAAN NEGERI KELANTAN PEKELILING PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI KELANTAN BILANGAN 2 TAHUN 2018 LARANGAN AKTIVITI SHISHA DI PREMIS-PREMIS PERNIAGAAN DAN TEMPAT AWAM DI NEGERI KELANTAN SERTA PENGUATKUASAAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG TUJUAN Pekeliling ini bertujuan untuk memberi ketetapan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berhubung larangan aktiviti shisha daripada dijalankan di premis-premis perniagaan dan tempat awam di Negeri Kelantan serta penguatkuasaan tindakan undang-undang. LATAR BELAKANG 2. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di dalam persidangannya kali ke 15/2013 pada 31 Julai 2013 melalui kertas Bil. 15/2013/D 11 telah bersetuju untuk melarang dan seterusnya mengharamkan aktiviti shisha daripada dijalankan di premis-premis perniagaan di Negeri Kelantan 3, Majlis Mesyuarat Kerajaan Kali Ke 19/2018 yang bersidang pada 26 September 2018 di bawah perkara-perkara lain telah memutuskan supaya penggunaan shisha di restoran dan tempat awam adalah tidak dibenarkan dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya 4, — Larangan dan pengharaman tethadap aktiviti shisha ini selari dengan pandangan dari sudut Kesihatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan pandangan dari sudut agama daripada YB. Sahibul Samahah Dato’ Mufti Negeri Kelantan. 5. Pekeliling yang dikeluarkan ini juga adalah bertepatan dengan Fatwa Berhubung Menghisap Rokok dan Shisha yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan telah diwartakan melalui Warta Kerajaan Negeri Kelantan K.n.P.U 4/ 2015 pada 26 Mac 2016. KAEDAH PELAKSANAAN 6. Dari segi pelaksanaan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan iaitu selaku pihak yang bertanggungjawab dalam urusan pengeluaran lesen premis perniagaan, tatacara berikut hendaklah diambil bagi melarang dan membendung aktiviti ini daripada dijalankan di premis-premis perniagaan yang ada di kawasan pentadbiran masing-masing. Tatacara pelaksanaanya adalah sepertimana berikut (i) Bagi setiap permohonan baru untuk mendapatkan lesen establisymen makanan di bawah Undang-Undang Kecil Pengawalan Dan Establisymen Makanan dan lesen premis pemiagaan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian, PBT hendaklah memasukkan larangan berhubung aktiviti shisha di dalam syarat-syarat lesen yang hendak dikeluarkan selaras dengan seksyen-seksyen yang berkaitan dengan pengenaan syarat dibawah kedua-dua undang-undang kecil tersebut; (ii) Bagi pemegang lesen sedia ada, notis mengenai tambahan syarat-syarat berhubung larangan aktiviti shisha ini hendaklah dimaklumkan kepada pemegang lesen semasa pembaharuan lesen tahunan; (ii) Pemantauan berhubung aktiviti shisha perlu dipergiatkan dan dilakukan secara berkala bagi memastikan pematuhan tethadap syarat lesen ini dikkuti oleh pemegang lesen. Kekerapan pemantauan adalah bergantung kepada keseriusan perlakuan perlanggaran syarat sebagaimana yang dikesan atau yang diadukan kepada pihak PBT; (iv) Sekiranya PBT mendapati wujudnya perlanggaran terhadap syarat yang telah ditetapkan, maka tindakan penguatkuasaan yang tegas mengikut Undang-Undang Kecil yang berkenaan yang sedang berkuat kuasa di PBT hendaklah dilaksanakan. 7. Bagi tujuan membendung dan mengawal aktiviti shisha di tempat- tempat awam dalam kawasan PBT, undang-undang kecil yang berkaitan hendaklah dikuatkuasakan oleh setiap PBT. PEMAKAIAN DAN TARIKH KUAT KUASA 8 Pekeliling ini hendaklah diguna pakai oleh semua Pihak Berkuasa ‘Tempatan di Negeri Kelantan dan ianya diperbuat berdasarkan Seksyen 9 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). 9. Pekeliling ini hendaklah berkuat kuasa SERTA MERTA di semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kelantan. PENUTUP 10. Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan untuk perhatian dan tindakan sewajarnya. * RAJA BERDAULAT, NEGERI BERKAT * * SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT * Dengan hormatnya, DATO’ MUHAMMAD, D.P.S.K. (Kelantan) SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN KEPADA: Semua Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan SALINAN KEPADA: YAB. Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Negeri Kelantan YB. Dato’ Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan YB. Pegawai Kewangan Negeri Kelantan YB. Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan YB. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan YBrs. Ketua Penolong Setiausaha (Majlis Mesyuarat Kerajaan) YBrs. Ketua Penolong Setiausaha (Kerajaan Tempatan) Oona No PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN Ruj. Kami : SUK.D.200 (05) 600/14 (2) Bertarikh : 12 Safar 1440H / 21 Oktober 2018

You might also like