You are on page 1of 21
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN NO. 51, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62100 PUTRAJAYA Rujukan Kami : JKT.D.100-1/3/2 Jid.9 (45) Tarikh % Februari 2020 PEKELILING KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BILANGAN 2 TAHUN 2020 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KENDERAAN TERBIAR DI KAWASAN OPERASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN TUJUAN Pekeliling ini bertujuan untuk memberi penjelasan serta panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berhubung Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Terbiar di kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). LATAR BELAKANG 2. Garis panduan ini diwujudkan untuk membantu menyeragamkan pengurusan kenderaan terbiar di PBT. Hal ini kerana, sebelum ini prosedur operasi pengurusan kenderaan terbiar yang digunakan oleh PBT hanya berdasarkan kepada pandangan Penasihat Undang- undang di PBT masing-masing. PROSEDUR BARU PENGURUSAN KENDERAAN TERBIAR 3, Prosedur baru pengurusan kenderaan terbiar yang digariskan dalam garis panduan ini dapat membantu PBT untuk menguruskan kenderaan terbiar dengan lebih cepat dan berkesan. Sebagai contoh, tempoh semakan status kenderaan boleh dibuat dalam tempoh 6 hari bekerja sahaja berbanding daripada 2 hingga 8 bulan sebelumnya dan turut mengambil kira kenderaan terlibat dengan kes jenayah. Terdapat juga penambahbaikan prosedur seperti perintah lucut hak mahkamah, semakan kenderaan di Puspakom dan pertukaran hak milik atau pembatalan pendaftaran dimasukkan dalam prosedur baru. 4, Melalui penggunaan garis panduan ini juga, tempoh masa pengurusan kenderaan terbiar di kawasan operasi PBT dapat disingkatkan kepada 2 bulan hingga 4 bulan. Justeru itu, ia dapat membantu PBT dalam mengurus dan menguatkuasakan kenderaan terbiar dengan lebih cekap, cepat serta tanpa sebarang isu perundangan. TARIKH KUAT KUASA 5. Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Terbiar di Kawasan Operasi Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti pada LAMPIRAN. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan. PERTANYAAN 6. Sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut berhubung garis panduan ini boleh dikemukakan kepada: Jabatan Kerajaan Tempatan, Aras 29, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 PUTRAJAYA (u.p. : Bahagian Dasar dan Pengurusan Strategik) No. Tel : 03-8891 3101 No. Faks : 03-8891 3093 PENUTUP 7. Pekeliling ini dipanjangkan kepada semua PBN, PBT serta semua Agensi / Jabatan yang berkaitan di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah untuk perhatian dan tindakan sewajarnya. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalan} amanah, (DATO’ SRI HJ. MOHAMMAD BIN MENTEK) Ketua Setiausaha Kementerian Perumghan dan Kerajaan Tempatan 3) Februari 2020 s.k. Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Datuk Bandar / Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Semua Agensi / Jabatan yang berkaitan di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah LAMPIRAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN KENDERAAN TERBIAR DI KAWASAN OPERAS! PIHAK BERKUASA TEMPATAN KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN ISI! KANDUNGAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN KENDERAAN TERBIAR DI KAWASAN OPERAS! PIHAK BERKUASA TEMPATAN Kandungan Muka Surat 4. Tujuan 3 2. Latar Belakang 3 3. Definisi 5 4, Peruntukan Undang-Undang 6 5. Prosedur Kerja 8 6. Penutup 9 Lampiran 1-2 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KENDERAAN TERBIAR DI KAWASAN OPERASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 1.0 TUJUAN 1.1 Hina Garis Panduan pengurusan kenderaan terbiar di kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan garis panduan baharu yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membantu PBT dalam pengurusan dan penguatkuasaan kenderaan terbiar dengan lebih cepat dan cekap di kawasan operasi PBT yang bertaraf Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Majlis Daerah Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan undang-undang sedia ada iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133]. 2.0 LATAR BELAKANG 21 Kenderaan terbiar merupakan satu isu serius yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Kementerian ini juga mendapati pada masa Kini, tiada garis panduan yang seragam untuk dijadikan panduan kepada PBT dalam pengurusan, pelucutan hak dan penguatkuasaan kenderaan terbiar. Semua PBT mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas kereta terbiar berdasarkan kepada pandangan Penasihat Undang-Undang masing-masing. 2.2 2.3 24 Penyeragaman garis panduan ini akan dijadikan rujukan kepada PBT dalam menangani masalah kenderaan terbiar. Standard Operating Procedure (SOP) yang seragam akan memudahkan proses pengurusan kenderaan terbiar. PBT terpaksa menanggung kos yang tinggi termasuklah kos pembelian dan penyewaan lori tunda, kos penyimpanan kenderaan terbiar di depoh, kos pengeluaran penghantaran notis dan kos pengiklanan bagi notis peringatan dalam surat khabar. Beberapa siri perbincangan telah diadakan bersama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan kenderaan terbiar dapat dilupuskan berdasarkan kepada undang-undang sedia ada. Hasil perbincangan dengan agensi yang terlibat mendapati tempoh masa sedia ada bagi pengurusan kenderaan terbiar iaitu 6 bulan hingga 12 bulan boleh dipercepatkan dan diselesaikan dalam tempoh 62 hari hingga 122 hari sahaja tanpa sebarang masalah dari segi perundangan. Tempoh ini ditentukan selepas mengambil kira pandangan Penasihat Undang-Undang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung tempoh yang diperlukan oleh PBT bagi tujuan merujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Negeri untuk mendapat izin pendakwaan dan seterusnya mendapat perintah lucut hak dari mahkamah. 3.0 DEFINISI 3.1 Kenderaan Terbiar 3.1.1. Seksyen 46 (1)(e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133], mendefinisikan kenderaan terbiar sebagai mana-mana kenderaan atau apa-apa bahagiannya yang diletakkan atau menyebabkan halangan di mana-mana tempat awam, lebuh atau siar kaki dan atau dalam mana-mana kawasan operasi PBT. 3.2 Tempat Awam 3.2.1 Seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan [Akta 171], 3.3. Lebuh mendefinisikan tempat awam sebagai mana-mana lapangan terbuka, tempat letak kereta, kebun bunga, taman rekreasi dan bersuka-suka atau medan, sama ada terkepung atau tidak, yang dikhas atau diuntukkan bagi kegunaan orang ramai atau yang terbuka kepada orang ramai pada bila-bila masa. 3.3.1. Berdasarkan seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan [Akta 171], mendefinisikan lebuh sebagai sesuatu jalan, medan, siar kaki, jalan lalu atau jalan susur, sama ada jalan tembus atau tidak, di atas mana orang ramai berhak lalu, dan jalan di atas sesuatu jambatan, dan juga termasuklah sesuatu jalan siar kaki atau jalan lalu, halaman terbuka atau jalan kecil terbuka, yang digunakan atau dicadang untuk digunakan sebagai satu jalan masuk kepada dua buah pegangan atau lebih, samada orang ramai berhak lalu di atasnya atau tidak, dan semua saluran, parit dan longkang disisi mana-mana lebuh hendaklah disifatkan sebagai sebahagian lebuh itu. 4.0 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG 41 4.2 Seksyen 46 (1)(e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133], menyatakan bahawa mana-mana pegawai polis atau pekerja Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa secara bertulis boleh menangkap tanpa waran seseorang yang meletakkan halangan-halangan seperti kayu kayan, besi sekerap, kereta-kereta buruk atau apa-apa bahagiannya, bahan-bahan buangan atau lain-lain benda atau barang di mana-mana tempat awam. Bagi kesalahan pertama, denda tidak melebihi RM500 ringgit akan dikenakan manakala bagi kesalahan seterusnya denda tidak melebihi RM1,000 ringgit akan dikenakan jika sabit kesalahan. Seksyen 46 (3)(a) [Akta 133] juga, menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengarahkan apa-apa halangan dipindahkan atau boleh sendiri melalui penjawatnya memindahkan halangan itu ke suatu tempat yang sesuai dan boleh menahan sehingga belanja bagi memindahkan dan menahannya dibayar oleh pemunya atau pelaku kesalahan. 43 44 PBT perlu menyampaikan notis secara pentadbiran kepada pemilik kenderaan terbiar berdasarkan tindakan yang telah diambil mengikut seksyen 46 (3)(a) [Akta 133] secara: i) dengan menyerahkannya kepada orang itu atau dengan menyerahkannya kepada seseorang anggota atau pekerja dewasa keluarganya di tempat tinggalnya yang akhir diketahui; ii) dengan meninggalkannya di tempat tinggal atau tempat perniagaan orang itu yang biasa atau yang akhir diketahui dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang itu; atau iii) dengan menghantarnya melalui pos dalam suatu sampul yang telah dijelaskan bayarannya dan dialamatkan kepada orang itu di tempat tinggal atau tempat perniagaannya yang biasa atau akhir diketahui. Di bawah seksyen 116 [Akta 133], apa-apa benda atau barang yang dipindahkan oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan pada menjalankan sesuatu kerja yang ia berhak menjalankannya di bawah akta ini hendaklah menjadi harta pihak berkuasa tempatan melainkan jika selainya diperuntukkan dan boleh dijual melalui lelong awam atau, jika pada pendapat pihak berkuasa tempatan hal keadaan memerlukan benda atau barang itu boleh dijual dengan cara lain atau dilupuskan tanpa jual. 5.0 PROSEDUR KERJA 5.1 Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Terbiar di kawasan operasi PBT mengandungi komponen-komponen penting untuk memudahkan PBT dalam pengurusan kenderaan terbiar seperti berikut (i) PBT menerima, merekod dan menunda kenderaan terbiar dalam tempoh 1 hari; (ii) Semakan status kenderaan melalui portal MySikap, semakan PDRM, semakan SSM serta PBT membuka kertas siasatan (IP) dalam tempoh 5 hari; iii Kenderaan bermasalah jenayah akan diserahkan kepada PDRM dan kes dianggap selesai dalam tempoh 1 hari; = Manakala kenderaan bermasalah identiti, JPJ akan merujuk kepada Jabatan Kimia untuk mengenal pasti identiti dalam tempoh 1 hari; (v) Pengeluaran Notis Pemberitahuan kepada pemilik untuk menuntut kenderaan oleh PBT dalam tempoh 14 hari; (vi) Mesyuarat Jawatankuasa Pelupusan Aset Disita akan diadakan bagi tujuan mendapatkan keputusan sama ada aset dijual melalui lelongan awam, dijual dengan cara lain atau dilupuskan dalam tempoh 7 hari; 6.0 (vii) PBT merujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Negeri untuk mendapat izin pendakwaan dan_ seterusnya mendapat perintah lucut hak dari mahkamah dianggarkan tempoh bulan 1-3 bulan; (viii) PBT memohon Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) membuat pemeriksaan in-situ kenderaan dalam tempoh 1 hari; dan (ix) PBT memohon pertukaran hak milik kenderaan dan/atau pembatalan pendaftaran kenderaan dalam tempoh 1 hari. PBT akan melaksanakan keputusan mesyuarat jawatankuasa. 5.2 Carta alir pengurusan kenderaan terbiar di Lampiran 1 dan penerangan proses kerja disertakan di Lampiran 2. PENUTUP 6.1 Dengan adanya garis panduan ini, Kementerian berharap tatacara pengurusan kenderaan terbiar di semua PBT dapat diseragamkan dan segala proses kerja yang terlibat membantu memudahkan pengurusan kenderaan terbiar di PBT. 6.2. Garis panduan ini merupakan langkah quick win agar masalah kenderaan terbiar dapat diselesaikan dengan segera dan dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kecekapan pentadbiran PBT. Agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, badan bukan Kerajaan, syarikat-syarikat swasta boleh merujuk garis panduan ini sebagai panduan untuk menguruskan kenderaan lama atau terbiar. LAMPIRAN 1 Carta Alir Pengurusan Kenderaan Terbiar Di Kawasan Operasi PBT Bertaraf Majlis Bandaraya, Perbandaran Dan Daerah Mengikut Akta 133 Mula > ‘Agensi PBT Terima Aduan Kenderaan Terbiar (Beksyen 46, Akta 133) PBT Menunda Kenderaan Ke Depon. Notis Pertama (1) Serta Merta Dikeluarkan Untuk Memaklumkan, Kenderaan Telah Disita Bawah Seksyen 46(3), Akta 133, 5 Hari 1 Hari 2 Hari | Tidak Dapat Disahkan oleh Jabatan Kimia aT Werk Kepada JP Kenderean Bermasalah Identiti ‘JPU Merujuk Ke Jabatan imia Untuk Mengenalpasti ID Kenderaan aa ID kenderaan disahkan oleh Jabatan Kimia ID Kenderaan Bermasalah Jenayan 1)PBT —_ Membuat Kenderaan a) Identiti pemitk dan identi kenderaan melalui Portal MySikap dan pemeriksaan fizikal kenderaan oleh JPJ b) Semakan Polls Diraja Malaysia (PDRM), ©) Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bank, institust kewangan dan syarikat insuran. Semakan 2) PBT Membuka Kertas Siasatan (IP) Kenderaan PBT Serah Kepada PORM (Selesai) Kenderaan Tidak Bermasalah 1 Hari PBT Mengeluarkan Notis Kedua (2) (Melalui Laman Web PBT) Kepada Pemlik Untuk Menuntut Kenderaan Yang Telah Disita Mengikut Seksyen 46(8), Akta 133 ‘Sambungan 14 Hart T Hari 1-3Bulan Jumlah Hari : 62 Hari - 122 Hari Pemil Bayaran Denda Sttaan Pemilk membuat tuntutan kenderaan Membuat Kenderaan Tiada tuntutan dari pemilk kenderaan PBT — Mengadakan —-Mesyuarat Jawatankuasa Pelupusan Aset Disita Mengikut Seksyen 116, Akta 133. Diluluskan PBT Meruluk Kepada Timbalan Pendakwaraya Negeri Untuk Mendapat Izin Pendakwaan dan Seterusnya Mendapat Periniah Lucut Hak Dari Mankaman PBT — Memohon — PUSPAKOM membuat —pemeriksaan in-situ kenderaan PBT Memohon Pertukaran Hak Milk Kenderaan dan/atau Pembatalan Pendaflaran Kenderaan (Kaedah 13, —-Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran Dan Pelesenan) 1959, Akta 333) PBT melaksanakan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Selesai ema poyel jyekeus! poyai /UeEepUaY ywed snjeys jueesepuey snyeys yewinpyeus upyjedepuaw ynjun ueninieq jul UexeWeg uejer “yeIque] UeBJepUay UEWEYJ0q JeWNPeW! uejnyBuebueg ueleqer uewjedepuew ynjun uejer ueynyGuebuedq ‘deyiSAW [eHOd uejer ugjnyBuebueg |uejeger epeday ueyewes ueuoyounied injejou ueerapusy uey ¢ uereqer jenquew uejedwe, esemeg = YEU (! smeys ueyewos | “¢ “epow yodeq ey eyes ueGuep yodep ay JeIqie) ueerepuey ejeley ueepunuad eltey, a iteyealia epunuow uejedwe, esenyeg yeuld (1 | uepueylebueqsnon| ‘Z ut esempag YeUld Jeique} ueerepuay ueyeI0q uenpe eweuew uejeduie, esemyieg yeuld (! uenpe ewes | “1 SVN SVMVPONNOONVL NVONWHYANAd NVXVONIL HOdWWAL NVLVdWAL VSWNMYAE MVHId HA1O UVIGNSL NVVYSGNSY NVSNYNONSAd Wray SASOYd NVONVYANAd Z@ NVUIdINV1 ‘isyjod Joqwiou uep uesnsul yeyuess (U uep teiskereyy eles silog ‘yexeuer ueJeseIS ueyeger alo weyly 1exeUasip Buek ueesepudy snyeys (WH ‘uejel jeyno yewnpreu (| Sy yey UEWUN (> ‘ulfue eseny juepeg sual yewem ([ ‘ueeunBay sejoy (1 siseg soquiou (y ‘uifue soquiou (6 jepow (4 ‘uejeng (o ‘ueseyepuad yyuey (p yewele (9 ‘ueesepuay yywied ewe (q tueesepuey soquiou (e aumjueq uedes ueyedwo esemeg yeYld epedey uejep ueynyBuebueg uejeqer yejo ueyyeqip ned Buek yeuinpjew p| ( vsvN HOdWaAL SVMVPONNOONVL NWONVYSNAd NVWONIL Wa yeu yh yeu z uejeduie | esempieg ¥eUld ‘oozwe \uigefeur yepn >y)Wad epeday epusp uRLekeq ueyeuebuew y9jog uejedwe, esemyeg yeUld ‘ueesepusy yy)wed Yep UEIMUN) yedepie) EXIF (1 uey p} ewejes ju! uenye|equied sou yodue | ueyeduiey esenyieg YeYld jwise: gem uewe| weep Ip eUsIp Yeio} JeIq19} UeeJepuey UeNyeyequied sou uexenjeGuew uejedwies esenmieg YeUld (| ueeJepuey ymunuew mun Lad Gem uewe| injejew uenyewequieg N ueven|aBueq uey |. uey | yodwe}) wejep nquap! ysed jeusbuew ymun ely ueVeger epedey yninew uexe fdr ‘nnuep! yejeseueg ueeiepuoy ejeyeueyy (A eisKerew efeiq sijog epedey ueywnpjewour ned uejedwe) esenyieg yeuld ‘Yekeual poyai teAundwew Je1qe} UeeJepUEY eAUEID{ES (Al vsvN HOdWAL SVMVPONNDONVL NWONWYSNAd NVVONIL “Wd Al “yenqip ueye uesndnjed sesoid ‘ynqasie) ueBuequiiyed seyiey UeBuap ninjesieaq esiId jesy uesndnjeg esenyuejemer exit “amunyp yepy Buek Jeiqie) ueexepuey uesndnjed ueBuequiyed seyoy yeySueBuew ueye uejeduie! esemyeg yeUld 1p Jealua} Guek ueleyeg neye yun ( “qom ueWe| Injejow jesy uesndnjag uejedwiey uenyeyequied syou yodwa, ewe; sedejes esenjueyemer wey 1 esemyog YeUld uey J yodwe; wejep Buepisieg ned yesenksoy (1 yerenksaw |“ ey1sIp ueesepuoy uesndnjed sesoid-ueBuep —_ueysmueyp ueye Jeiqie, ueesepuay ‘uey >| Yodwe} yewe) sedojes ewUSyp uEIMUM epen ex (AI eve SVMVPONNOONVL NVONVUaNad NVDIVONLL Wa HOdWAL ey zZb - esew yodwie, yemuine uey z9 yerenfsew uejep ueynyBueBueg ‘esenyurjemel jesenfsow —_| uesnjnday ueeuesyejad ueyeger uesnindey ueyeuesyejow ueye Igd ~ueY efusnuayes Uep 421410} | Yoduis) welep ueler ueynyBuebueg UEIEqer ueesepuey ueseyepued ueyeduo Ip ueesopuoy ueveyepued ueje}equied neye/uep ueje}equieg neje/uep uey | eseMyeg YEU upesepuey yIIWW ey UReYNed UCYOWSW Igd (I lM yey UBeEYNYed |g ueyeduio | yodwe} weep ueesepuey nis-ul Woyvdsnd wey | esempeg yeulg | yenquiow WoyWdSnd uoyoWeW Jad (| | IP UeelepUEy UEYeWOS “ueing €-} uring yodws; ueyeB6uEIp Yyeweyyeu uep ey ynon| YeyWUed yedepuow eAusruo}es ueyedwe uep ueemepued uz! yedepuew ynjun uaBoN yeweyxyeu ueinge-L | esempeg Yeu ekeremyepuog uejequil, epedoy yniuow Lad (I | Uep ey ynon| YyeIWUEd| “9 vevn SVMVPONNOONVL NVONVUaNad NVIVONLL Wa HOdWAL

You might also like