You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

“MINI SHOWCASE”/ PBL


SK NANGA KESIT
Anjuran : Unit Kurikulum, Unit Bahasa
& Unit STEM
Tempoh: 3 Oktober hingga 9 November
2023
1.0 Tema:
“PEMBELAJARAN DIGITAL”
Pembelajaran digital ialah sebarang jenis pembelajaran yang disertakan dengan teknologi
atau amalan pengajaran yang menggunakan teknologi secara berkesan. Ia merangkumi
aplikasi spektrum amalan yang luas, termasuk pembelajaran gabungan dan maya. E-
pembelajaran ialah pembelajaran dengan menggunakan media elektronik dan ia hanya
membenarkan pembelajaran melalui internet. Pembelajaran digital bermaksud
pembelajaran menggunakan teknologi era digital (computer, peranti mudah alih, internet,
dan lain- lain) yang boleh menyediakan pelbagai penyelesaian untuk meningkatkan
pengetahuan dan prestasi dalam kehidupan sebenar.

2.0 Pengenalan :
Program ini dijalankan dengan berteraskan Pembelajaran Berasaskan Projek dan
disasarkan kepada murid. Pembelajaran Berasaskan Projek adalah satu pendekatan
pedagogi yang merangsang kemahiran abad ke 21 murid. Ia adalah pendekatan jangka
masa panjang yang meraikan kebolehan, kemahiran berfikir serta bakat murid.
Pendekatan ini ialah proses pembelajaran yang berfokuskan kepada tugasan amali secara
sistematik atau terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan
analisis data dan penyediaan satu laporan yang betul.Kaedah projek yang diasaskan oleh
John Deney (1997), menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman,
pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang
dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.

3.0 Objektif Program :

1. Membolehkan pelajar berfikiran dengan lebih luas dan mendidik pelajar supaya
berani dan yakin kepada diri sendiri dalam mengemukan hujah, pendapat dan
seterusnya menyelesaikan masalah.
2. Semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kerja
projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan.
3. Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam kalangan
pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar.
4. Minat pembelajaran dan gaya kreatif murid dapat dipupuk.

4.0 Tempoh Aktiviti :


3 Oktober – 9 November 2023

5.0 Sasaran:
Murid Tahun 4, 5 & 6

6.0 Masa Aktiviti :


Rujuk jadual aktiviti.

7.0 Tempat Aktiviti :


Dewan Wawasan, SK Nanga Kesit
8.0 Senarai AJK Pengelola :
Penaung : Encik Lasa Anak Sigat (Guru Besar)
Penasihat : PK Akademik, Pn Nora Radum
: PK HEM, Puan Priscilla Dewina
: PK Kokurikulum, Encik Anderson Nyelang Anak Skinner Pilang
Penyelaras : Unit Bahasa & Unit STEM SKNK

Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana


Ahli Jawatan
Guru Bertugas Perincian tugas
kuasa
Mengacarakan majlis Perasmian dan
Penutup.
Pengacara Majlis Puan Nur Nini Faunaz

1. Menyediakan buku atur cara


sebelum perasmian.
Buku/Risalah Atur 2. mengedarkan bukur atur cara
Puan Priscilla Dewina
cara semasa perasmian

1. Mengambil gambar-gambar
aktiviti.
Dokumentasi/ Puan Senorita 2. Menyiapkan dokumentasi bagi
Fotografi Puan Emma Seveli program ini.

Sijil Puan Aricca Kebang 1. Menyediakan sijil-sijil untuk


Hadiah/ Cik Sylvia pemenang.
Cenderamata 2. Menyediakan semua hadiah untuk
pemenang,
3. Menguruskan penyampaian
hadiah semasa majlis penutup.

1. Menyediakan iklan dan promosi


bagi keseluruhan program
Encik Muhammad Rusydan
2. Menguruskan PA system pada
Siaraya/Iklan Encik Zechrist
hari perasmian dan Penutup

Encik Amirul Fareez 1. Menjaga keselamatan dan keluar


Kawalan Murid
Encik Owen masuk murid ke di dalam dewan
9.0 Penyertaan :
Wajib untuk Tahap 2 SK Nanga Kesit

10.0 Cara Aktiviti dijalankan : Pameran “Mini Showcase”


i. Pameran-pameran akan dijalankan pada 9 November 2022 dari pukul 10 sehingga
1 tengah hari. Murid-murid dan guru akan mempamerkan hasil projek yang telah
mereka hasilkan sepanjang tempoh sebulan.
ii. Setiap pasukan akan diberi masa 10 minit untuk pembentangan di booth masing –
masing.
iii. Setiap ahli hendaklah mengambil bahagian secara aktif semasa persembahan.
iv. Setiap peserta mesti bersedia menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh
pihak juri.
11.0 Jadual Aktiviti
Tarikh Aktiviti
2 hingga 6 Oktober Mesyuarat dan Perasmian Bulan Inovasi dan Bahasa
9 hingga 13 Oktober 1. Pembentukan ahli kumpulan
2. Pembahagian guru mengikut kumpulan dan subjek
pilihan

16 hingga 20 Oktober Pembinaan Projek


23 hingga 27 Oktober Pembinaan Projek
9 November 2023 1. Pameran & Pertandingan Inovasi
2. Penulisan Laporan & Refleksi
3. Post Mortem
12.0 Anggaran Perbelanjaan
Bil. Item Harga Seunit Jumlah Jumlah (RM)
(RM) Diperlukan
1. Alat Tulis (TS25)
Kertas A4 50 3 rim 150
Buku Catatan Murid 2 54 108
Fail Poket 2.50 54 135
Alat Tulis Murid 2.50 54 135

2. Hadiah (TS25)
Kertas Sijil 40 1 rim 40

3. Makanan & Minuman (PIBG)


Guru & Jemputan 8 40 320
Air Mineral 10 2 kotak 20
4. Cenderamata (PIBG)
Beras 15 2 30
Jumlah RM 938
13.0 Penutup
“Mini Showcase”/PBL ini diharapkan tidak akan berhenti bersama majlis penutup. Kami
akan berusaha supaya aktiviti-aktiviti sepanjang bulan ini akan memberi kesan positif di
dalam diri murid-murid yang aktif mengambil bahagian dan juga yang memberi khidmat
bersama guru-guru. Dengan sokongan dan sumbangan pihak pentadbir kami berharap
prestasi sekolah ini akan meningkat dengan lebih baik lagi.

Disediakan oleh;

________________
(SYLVIA ANAK KAMBA)
b.p LENNY LIMAS RUNSUR
PENYELARAS TS25
SK NANGA KESIT

Disemak oleh;

________________
(NORA RADUM)
Penolong Kanan Kurikulum

Disahkan oleh; Cop Sekolah:

________________
(LASA ANAK SIGAT)
Guru Besar SK Nanga kesit

You might also like