You are on page 1of 1

Surat Kami : JMN.TR.610/1/8/6 JLD.

2 (22)
Bertarikh : 10 Julai 2023
Bersamaan : 21 Zulhijjah 1444

Ieda Sham
(iedasham@yahoo.com.my)

Tuan,

CERAI MELALUI APLIKASI WHATSSAP


Dengan segala hormatnya email tuan bertarikh 01 Jun 2023 berhubung perkara di atas adalah dirujuk.

2. Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan oleh tuan, talak yang diucapkan melalui aplikasi
Whatssap atau sebagainya termasuk di dalam talak secara kinayah. Talak seperti ini tidak akan berlaku
melainkan apabila si suami memang berniat untuk menceraikan isterinya. Ini kerana, pesanan ringkas ini
termasuk di dalam khabar (berita) yang boleh jadi ia benar dan boleh jadi ia dusta. Apabila berlaku perkara
seperti ini, si suami akan ditanya akan niatnya. Jika dia memang berniat untuk menceraikan isterinya, maka ia
dikira (jatuh talak tersebut). Jika sebaliknya, maka ia tidak akan dikira.

3. Walaubagaimanapun, pihak Mahkamah Syariah Terengganu meminta agar setiap pasangan yang melalui
situasi seperti di atas perlu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah berdekatan
dengan rumahnya di negeri yang didiami apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Semoga Allah SWT
memberi kita semua kebahagiaan di dalam rumahtangga.

Sekian, terima kasih.


“TERENGGANU MAJU, BERKAT, SEJAHTERA”
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(DATO’ DR. HAJI MOHAMAD SABRI BIN HARON)


Dato’ Mufti Negeri
Terengganu

You might also like