You are on page 1of 15

GARIS PANDUAN

ANUGERAH e-NILAM
PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT KEBANGSAAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
EDISI 2023
ANUGERAH e-NILAM PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

MUKA
BIL KANDUNGAN
SURAT

1.0 PENDAHULUAN

2.0 KUMPULAN SASARAN 1

3.0 KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

4.0 BILANGAN PENYERTAAN MENGIKUT KATEGORI

5.0 TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN 2-5

6.0 PENILAIAN JURI 5-6

7.0 PERATURAN DAN SYARAT PENILAIAN LISAN (INDIVIDU) 6-7

8.0 SKEMA PEMARKAHAN

9.0 CARTA ALIR ANUGERAH e-NILAM PENDIDIKAN 8


KHASe-
10.0 PENUTUP 9

LAMPIRAN
LAMPIRAN12

LAMPIRAN 3
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Garis panduan ini adalah sebagai rujukan pelaksanaan Anugerah e-


NILAM Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2023.

1.2 Garis panduan pelaksanaan ini tertakluk kepada arahan Majlis


Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sedang berkuatkuasa.

1.3 Pertandingan yang dilaksanakan adalah bagi melestarikan budaya


pembacaan yang berkualiti sepanjang hayat dalam kalangan Murid
Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

2.0 KUMPULAN SASARAN

Semua Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di Sekolah Pendidikan Khas


(SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan
Inklusif (PPI) yang berdaftar di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.0 KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

3.1 Kategori Ketidakupayaan Penglihatan Sekolah Rendah Lelaki


3.2 Kategori Ketidakupayaan Penglihatan Sekolah Rendah Perempuan
3.3 Kategori Ketidakupayaan Penglihatan Sekolah Menengah Lelaki
3.4 Kategori Ketidakupayaan Penglihatan Sekolah Menengah Perempuan
3.5 Kategori Ketidakupayaan Pendengaran Sekolah Rendah Lelaki
3.6 Kategori Ketidakupayaan Pendengaran Sekolah Rendah Perempuan
3.7 Kategori Ketidakupayaan Pendengaran Sekolah Menengah Lelaki
3.8 Kategori Ketidakupayaan Pendengaran Sekolah Menengah Perempuan
3.9 Kategori Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah Lelaki
3.10 Kategori Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah Perempuan
3.11 Kategori Masalah Pembelajaran Sekolah Menengah Lelaki
3.12 Kategori Masalah Pembelajaran Sekolah Menengah Perempuan

*** Bagi peserta pemegang kad OKU Ketidakupayaan Pelbagai (MD), penyertaan adalah dibenarkan
tetapi perlu mendapatkan pengesahan daripada pengamal perubatan untuk menentukan kategori dominan murid.

1
4.0 BILANGAN PENYERTAAN MENGIKUT KATEGORI

Ketidakupayaan Ketidakupayaan Masalah


KATEGORI Penglihatan Pendengaran Pembelajaran Jumlah

Sekolah
Rendah
Sekolah
Menengah
JUMLAH PENYERTAAN SETIAP NEGERI 12

5.0 TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN

5.1 Penyertaan terbuka kepada semua MBPK lelaki dan perempuan di Sekolah
Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan
Program Pendidikan Inklusif (PPI) yang berdaftar di Sekolah Rendah dan
Sekolah Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

5.2 Ketetapan umur peserta adalah yang berumur 7 tahun hingga 19 tahun di
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

5.3 Setiap penyertaan perlu disertakan dengan bukti (evidence) yang telah
disahkan oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah dan juga pengesahan
oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan/Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

5.4 Setiap peserta perlu menunjukkan kad pengenalan/MyKid dan kad OKU
yang asal.

2
5.5 Setiap JPN dikehendaki menghantar penyertaan 12 orang peserta
daripada kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah seperti yang
telah ditetapkan. Tambahan atau pertukaran kuota adalah TIDAK
DIBENARKAN selepas tarikh tutup penyertaan.

5.6 Setiap peserta perlu menyediakan buku rekod bacaan NILAM, salinan sijil
akademik, sijil kokurikulum, sijil penyertaan aktiviti NILAM dan sijil-sijil
pengiktirafan lain yang telah disahkan oleh pihak sekolah dan JPN.

5.7 Bahan bacaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dari pelbagai
sumber seperti jurnal, novel, surat khabar, majalah, buku fiksyen bahan
bacaan ilmiah melalui internet dan lain-lain sumber yang bersesuaian boleh
direkodkan sebagai bacaan NILAM.

5.8 Kriteria pemilihan Tokoh NILAM bagi peserta Sekolah Rendah yang telah
mencapai pembacaan minimum 100 buah bahan bacaan dan ke atas
dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sepanjang tempoh
persekolahan di peringkat Sekolah Rendah.

5.9 Kriteria pemilihan Tokoh NILAM bagi peserta Sekolah Menengah yang
telah mencapai pembacaan minimum 200 buah bahan bacaan dan ke atas
dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sepanjang tempoh
persekolahan di peringkat Rendah dan Menengah.

5.10 Setiap calon perlu mengisi dengan lengkap dan menghantar borang-borang
berikut kepada Jawatankuasa Pengelola mengikut masa yang telah
ditetapkan :
5.10.1 Borang e-Pencalonan – NILAM 01
5.10.2 Borang e-Maklumat Peribadi – NILAM 02
5.10.3 Borang e-Kebenaran Penjaga – NILAM 03
5.10.4 Borang e-Folio Calon – NILAM 04 (satu salinan perlu diletakkan
dalam Folio Calon Tokoh NILAM)

3
5.10.5 Folio lengkap Calon Tokoh NILAM dalam bentuk PDF
yang mengandungi maklumat seperti berikut :
i. Muka hadapan;
ii. Isi kandungan;
iii. Profil Peribadi Murid / Resume;
iv. Borang Folio Calon - NILAM 04;
v. Senarai pencapaian dan penglibatan calon dalam aktiviti
kurikulum dan kokurikulum;
vi. Salinan keputusan Peperiksaan akhir tahun 2022 atau ujian
terhampir*.;
vii. Salinan sijil-sijil penyertaan/kemenangan tahap tertinggi
(maksima 10 sijil);
viii. Gambar-gambar penglibatan calon dalam aktiviti / program /
pertandingan NILAM, kurikulum & kokurikulum;
ix. Salinan borang rekod bacaan murid (NILAM) perlu disahkan
oleh Pengetua atau Guru Besar dan Sektor Pendidikan Khas,
Jabatan Pendidikan Negeri; dan
x. Dua buah sinopsis buku bagi Sekolah Rendah dan empat
buah sinopsis buku untuk Sekolah Menengah hendaklah
disertakan dalam folio murid. Sinopsis buku yang pernah
disertakan di dalam penyertaan Anugerah e-NILAM tahun
sebelum, adalah tidak dibenarkan.

5.11 Hanya 6 kategori yang akan dicalonkan untuk menerima Anugerah Tokoh
NILAM Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2023 anjuran Bahagian Sumber
Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu :

5.11.1 Kategori Terbuka Ketidakupayaan Penglihatan Lelaki


5.11.2 Kategori Terbuka Ketidakupayaan Penglihatan Perempuan
5.11.3 Kategori Terbuka Ketidakupayaan Pendengaran Lelaki
5.11.4 Kategori Terbuka Ketidakupayaan Pendengaran Perempuan
5.11.5 Kategori Terbuka Masalah Pembelajaran Lelaki
5.11.6 Kategori Terbuka Masalah Pembelajaran Perempuan

4
5.12 Pemilihan calon Tokoh NILAM Peringkat Kebangsaan 2023 anjuran
Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
adalah berdasarkan markah tertinggi bagi setiap kategori yang
dipertandingkan.

6.0 PENILAIAN JURI

6.1 Setiap penyertaan akan melalui proses penilaian berikut :


6.1.1 Peringkat 1 - Penilaian dokumen
6.1.2 Peringkat 2 - Penilaian lisan (Individu)

6.2 Penilaian dokumen setiap peserta akan dinilai daripada aspek berikut :
6.2.1 Bahan bacaan yang terbanyak Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris.
6.2.2 Penyertaan Aktiviti Galakan Membaca (berdasarkan bukti)
6.2.3 Kekerapan penyertaan NILAM di peringkat sekolah, zon, daerah,
negeri dan kebangsaan.
6.2.4 Dokumen sokongan (sijil-sijil berkaitan dengan 6.2.2 dan 6.2.3 sahaja – 3
tahun terkini)
6.2.5 Bahan bacaan dikategorikan kepada tiga bentuk iaitu bahan digital,
bahan bukan buku dan buku. Bagi kategori buku terbahagi kepada dua
jenis iaitu fiksyen dan bukan fiksyen (berdasarkan format borang rekod
bacaan murid yang disertakan dalam lampiran.

6.3 Penilaian lisan (individu) secara dalam talian (Google Meets)


Setiap peserta akan dinilai daripada aspek berikut :

6.3.1 Persembahan 1 ulasan buku dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa


Inggeris bagi Sekolah Rendah berdasarkan rekod bacaan peserta
(Tajuk akan dipilih oleh juri).
6.3.2 Persembahan 2 ulasan buku dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa
Inggeris bagi sekolah menengah berdasarkan rekod bacaan peserta
(Tajuk akan dipilih oleh juri).
6.3.3 Peserta menjawab 4 soalan dalam Bahasa Malaysia ATAU Bahasa

5
Inggeris (bergantung kepada bahasa yang digunakan oleh peserta
semasa mengulas buku) berkaitan dengan bahan bacaan yang akan
dikemukakan oleh juri mengikut perbezaan aras.

6.3.4 Buku yang telah diulas pada penyertaan e-NILAM tahun sebelum
adalah tidak dibenarkan.

6.4 Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau
bantahan tidak akan dipertimbangkan.

7.0 PERATURAN DAN SYARAT PENILAIAN LISAN (INDIVIDU) SECARA DALAM


TALIAN

7.1 Penilaian lisan dilaksanakan secara dalam talian dengan menggunakan


aplikasi google meet. (jadual penggiliran akan di sediakan).

7.2 Peserta perlu bersedia 15 minit lebih awal sebelum sesi penilaian lisan
secara individu dilaksanakan bagi pemeriksaan dokumen.

7.3 Setiap peserta dikehendaki menjawab semua soalan penilaian lisan dalam
tempoh 20-30 minit.

7.4 Peserta diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah semasa sesi


penilaian lisan tanpa lencana sekolah atau ditutup lencana sekolah dengan
tagging nombor peserta.

7.5 Peserta perlu memakai tagging nombor mengikut spesifikasi dan material
yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. (rujuk Lampiran 2 yang
disediakan).

7.6 Peserta perlu berada dalam bilik khas yang sesuai semasa sesi penilaian
lisan bagi mengelakkan sebarang gangguan. (Lakaran pelan kedudukan
murid disediakan seperti di dalam Lampiran 1).

6
7.7 Hanya seorang guru pengiring sahaja dibenarkan berada bersama peserta
di dalam bilik khas dan hanya membantu peserta dari segi teknikal peralatan
sahaja. (perlu maklumat guru pengiring).

7.8 Latar belakang (backdrop) yang digunakan oleh peserta hendaklah plain
dan tidak menggambarkan ciri-ciri sekolah atau negeri peserta.

7.9 Web Cam/Telefon Pintar perlu disediakan sebagai peranti tambahan


semasa penilaian lisan dan diletakkan di belakang peserta mengikut pelan
yang disediakan.

7.10 Jika terdapat tingkahlaku dan aktiviti yang mencurigakan, pihak juri berhak
untuk MENOLAK MARKAH atau MEMBATALKAN penyertaan peserta.

8.0 SKEMA PEMARKAHAN

Pemarkahan akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 60% daripada markah
penilaian lisan secara dalam talian dan 40% markah daripada bahan dokumen.
8.1 Pemarkahan penilaian lisan secara dalam talian.

Bil Item Markah


1. Isi kandungan dan pengolahan 20%
2. Penggunaan bahasa 15%
3. Penyampaian/ keupayaan 20%
komunikasi
4. Ketokohan dan profil murid 5%
Jumlah 60%

7
8.2 Pemarkahan dokumen data e-NILAM

Bil Item Markah


1. Jumlah bahan bacaan 15%
2. Aktiviti / program galakan membaca 15%
yang disertai
3. Peringkat penyertaan Anugerah e- 5%
NILAM
4. Dokumen sokongan kurikulum dan 5%
kokurikulum (sijil-sijil)
Jumlah 40%

9.0 INFOGRAFIK PENILAIAN ANUGERAH e-NILAM PENDIDIKAN KHAS 2023

** Tertakluk kepada perubahan.

8
10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar Anugerah e-NILAM Pendidikan Khas Peringkat


Kebangsaan 2023 dapat melahirkan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)
yang cintakan ilmu pengetahuan melalui tabiat membaca dan dapat melahirkan
masyarakat yang berdaya saing seterusnya mampu menjadi pemangkin sebuah
negara maju.

9
LAMPIRAN 1
Lampiran 2

Templat Angka Giliran Peserta Sekolah Rendah

3“ eNPR001P

4”

Arahan:
1. Sila cetak templat Angka Giliran Peserta di atas kertas sticker
berwarna kuning.
2. Cetakan mestilah berukuran 3 inci tinggi x 4 inci lebar.
3. Pelekat Angka Giliran ini perlu ditampal pada uniform peserta,
menutup nama peserta dan lencana sekolah.
Lampiran 2

Templat Angka Giliran Peserta Sekolah Menengah

3“ eNLM001P
4”

Arahan:
1. Sila cetak templat Angka Giliran Peserta di atas kertas sticker
berwarna merah jambu.
2. Cetakan mestilah berukuran 3 inci tinggi x 4 inci lebar.
3. Pelekat Angka Giliran ini perlu ditampal pada uniform peserta,
menutup nama peserta dan lencana sekolah.
Lampiran 3
BORANG REKOD BACAAN MURID

You might also like