You are on page 1of 8

PROGRAM-PROGRAM

PENGAJIAN
DARUL QURAN
PENGENALAN AM
DARUL QURAN
Darul Quran telah ditubuhkan
pada tahun 1966 apabila
Perdana Menteri Malaysia
Pertama, Almarhum Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj
melahirkan hasrat untuk
mewujudkan sebuah Institut
Pengajian al-Quran di
Malaysia. Selepas melalui
beberapa fasa
perkembangan, Darul Quran
kini ditadbir oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) dan beroperasi di
Ampang Pecah, Kuala Kubu
Bharu, Selangor Darul Ehsan.
Pada masa ini, Darul Quran

MISI
menawarkan program
pengajian di peringkat Ijazah,
Diploma dan Sijil.
VISI Mendidik dan melatih
Melahirkan generasi
al-Quran yang pelajar dalam bidang
bertakwa, berilmu dan Tahfiz al-Quran, Qiraat
bermanfaat kepada dan Ulum Islamiyah.
pembangunan negara
dan ummah

OBJEKTIF FALSAFAH
• Melahirkan huffaz, (Hafiz & Hafizah) yang mahir Jalinan antara Hifz al-Quran
dalam pembacaan dan pengajian ilmu al-Quran dan Ulum Islamiyah serta
dan pengajian Islam bagi memelihara kesucian akhlak mahmudah pemangkin
dan kesahihan al-Quran serta menyelesaikan ke arah membentuk huffaz
isu-isu keagamaan dalam masyarakat. yang cemerlang dan ummah
• Melahirkan qurra' (Ahli Qiraat) yang mahir dalam yang dinamik.
bacaan al-Quran dan al-Qiraat.
• Melahirkan du'at (Pendakwah), pendidik dan imam
yang terlatih serta profesional melalui pengajian
ilmu-ilmu al-Quran dan pengajian Islam.
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN
& SUNNAH DENGAN KEPUJIAN
PENGENALAN SYARAT-SYARAT
KELAYAKAN
Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian
Quran dan Sunnah dengan kepujian USIM di 1. Mempunyai Diploma Tahfiz al-Quran Dan
DQ telah bermula sejak tahun 2009 melalui al-Qiraat Darul Quran JAKIM dengan mendapat
sekurang-kurangnya PNGK 2.7. (sertakan transkrip
memorandum perjanjian (MoA) antara
akademik daripada semester satu hingga
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semester akhir);
dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
(Selain daripada kelayakan akademik, sikap
Program ini telah mendapat perakuan positif, aktif, cemerlang dalam kepimpinan dan
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) iaitu pengetahuan am adalah diberi keutamaan)
MQA02 pada tahun 2012 (MQA/FA1909).
Pada 23 November 2021, Audit Pematuhan DAN
MQA-04 telah dilaksanakan oleh pihak MQA 2. Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred
ke atas Darul Quran. Jawatankuasa Akreditasi C/6C) pada peringkat SPM dalam mata
MQA yang bermesyuarat pada 30 Ogos 2022 pelajaran berikut:
telah bersetuju mengekalkan Perakuan
Bahasa Arab/Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab Komunikasi
Akreditasi bagi program ini melalui surat
Perakuan Pematuhan Akreditasi Penuh
Program melalui rujukan surat ATAU
MQA.600-2/1/6 Jld.158 (21) bertarikh Mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E/8E)
21 September 2022. pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
Sejajar dengan visi DQ dalam melahirkan Bahasa Arab/Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab Komunikasi
generasi al-Quran, program ini ditubuhkan dan
melalui platform untuk melahirkan pengamal
Mempunyai kelulusan Bahasa Arab di peringkat Diploma
Islam profesional yang menguasai bidang yang diiktiraf
pengajian al-Quran dan Sunnah menerusi
dan
gabungan elemen tradisional serta
kontemporari yang mahir lagi Menduduki dan mendapat sekurang-kurangnya
Tahap 3 dalam Imtihan Jamai’e Li Al-Lughatul Al-Arabiyyah
berketerampilan selaras dengan keperluan (IJLA) di USIM
pembangunan negara dalam menjadikan
Malaysia sebagai model negara Islam maju.
DAN
3. Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred
C/6C) pada peringkat SPM dalam mana-mana
TEMPOH PENGAJIAN DUA (2) daripada mata pelajaran berikut:
6 Semester Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Syariah
Islamiyyah / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.

DAN
4. Mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred
E/8E) pada peringkat SPM dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris.

DAN
5. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band
1) dalam Malaysian University English Test
(MUET) mengikut tempoh sah laku dalam
tempoh permohonan.
PENGENALAN
Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat adalah hasil daripada siri perkembangan program asal
penubuhan Darul Quran sejak tahun 1966. Program ini telah mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA) serta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ketika ini ia menawarkan 6 syukbah pengajian
iaitu Syukbah Qiraat, Syukbah Dakwah, Syukbah Syariah, Syukbah Hadis, Syukbah Muamalat dan
Syukbah Pengurusan Halal.

TEMPOH PENGAJIAN
6 Semester

PROGRAM DIPLOMA
TAHFIZ AL-QURAN
DAN AL-QIRAAT

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
• Beragama Islam.
• Warganegara Malaysia.
• Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran.
• Belum berkahwin.
• Lulus Peperiksaan SPM dengan syarat gred minimum dalam mata pelajaran seperti berikut:

MATA PELAJARAN GRED MINIMUM


Bahasa Melayu C
Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah
C
al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab
Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah /
Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran
C
dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath
Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Manahij Ulum al-Islamiyah
Bahasa Inggeris E

• Lulus ujian bertulis (Bahasa Arab dan Tajwid).


• Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
• Lulus temu duga.
PENGENALAN
Program pensijilan mula diperkenalkan pada
tahun 2000. Program ini dilaksanakan secara
PROGRAM PENSIJILAN
kerjasama antara Darul Quran JAKIM dengan TAHFIZ AL-QURAN
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian JAKIM-IIUM
akan dianugerahkan Sijil Tahfiz al-Quran oleh
JAKIM dan akan meneruskan pengajian
ke UIAM di peringkat ijazah pertama dalam
pelbagai bidang pengajian.

TEMPOH PENGAJIAN
3 Semester

SYARAT-SYARAT
KELAYAKAN
• Warganegara Malaysia. • Belum berkahwin.
• Bumiputera (Keturunan Melayu, Orang Asli • Lulus Peperiksaan SPM tahun semasa
Semenanjung, Anak Negeri Sabah dan dengan mendapat:
Anak Negeri Sarawak).
1. Minima Gred C bagi mata pelajaran Matematik;
2. Minima Gred C bagi semua mata pelajaran berikut:
MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab
Bahasa Inggeris / Kesusasteraan Bahasa Inggeris
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Pendidikan Islam /
Usul al-Din / Turath al-Quran dan al-Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-‘Ulum al-Islamiah /
Turath Dirasat Islamiah / Maharat Al-Quran/ Hifz al-Quran
Sejarah

3. Mendapat gred C+ untuk mana-mana dua (2) dalam mata pelajaran berikut:
ALIRAN SAINS
MATA PELAJARAN
Fizik Biologi
Kimia Matematik Tambahan
atau
Mendapat gred B untuk mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
ALIRAN SASTERA
MATA PELAJARAN
Sains Perniagaan
Sains Tambahan Ekonomi
Prinsip Akaun Pengajian Keusahawanan
• Pemohon hendaklah memilih UIAM sebagai Pilihan Utama melalui UPUOnline (sebagai Prasyarat
Kelayakan).
• Lulus temu duga dan ujian yang ditetapkan.
PROGRAM SIJIL
ASAS TAHFIZ
PENGENALAN
Sijil Asas Tahfiz merupakan penjenamaan
semula daripada Program Sijil Tahfiz OKUMP
(orang kelainanupaya masalah penglihatan) yang
bermula sejak 31 Disember 2008 dengan
pengambilan pertama seramai 18 orang pelajar.
Program perintis ini pada awal pelaksanaannya hanya
ditawarkan kepada calon OKU Penglihatan yang ingin
mendalami pengajian tahfiz al-Quran. Pada tahun 2018,
Program Sijil Asas Tahfiz ini mula diperluaskan
penawarannya kepada beberapa kategori pelajar seperti
golongan mualaf, orang asli serta peribumi Sabah dan
Sarawak. TEMPOH
Pelajar yang berjaya mengikuti Program Sijil Asas Tahfiz serta
berkelayakan akan berpeluang menyambung pengajian ke
PENGAJIAN
peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat, Darul Quran JAKIM. 3 Semester

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
• Beragama Islam.
• Warganegara Malaysia.
• Terdiri daripada kategori OKU Penglihatan / Mualaf / Peribumi Sabah & Sarawak / Etnik Keturunan
Orang Asli.
• Berumur antara 17 hingga 25 tahun.
• Lulus Peperiksaan SPM dengan mendapat minimum Gred C bagi mata pelajaran berikut:

MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
dan
MATA PELAJARAN
Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam /
Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum
al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Manahij Ulum al-Islamiyah.

• Belum berkahwin.
• Boleh menulis jawi (kecuali kategori OKU Penglihatan).
• Sihat tubuh badan dan mental yang baik.
• Berkebolehan membaca al-Quran dengan baik dan lancar (al-Quran Braille bagi kategori OKU
Penglihatan sahaja).
• Lulus temu duga.
KEMUDAHAN
Darul Quran merupakan sebuah kampus
yang dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan bagi aktiviti pembelajaran
dan pengajaran seperti Bilik Kuliah,
Auditorium, Dewan Muktamar,
Makmal Bahasa, Makmal al-Quran,
Makmal Komputer, Perpustakaan,
Kompleks Sukan, Pusat
Islam serta Kolej Kediaman.

YURAN PENGAJIAN & BIASISWA


• Yuran pengajian TIDAK DIKENAKAN.
• BIASISWA AKAN DIBERIKAN kepada pelajar-pelajar Darul Quran
yang layak oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

CARA PERMOHONAN
Permohonan kemasukan adalah secara online dalam
tempoh iklan sahaja melalui laman sesawang
rasmi Darul Quran; www.darulquran.gov.my
Facebook Instagram

Twitter Youtube Laman Sesawang

Untuk keterangan
lanjut, sila hubungi

Darul Quran JAKIM


Jalan Hamzah, Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu
Selangor Darul Ehsan

Tel: +603-60635333
Faks: +603-60645497
E-mel: info_dq@islam.gov.my

You might also like