You are on page 1of 2

BENTUK

penghasilan bentuk melalui teknik lukisan bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan

1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan
bersifat tiga dimensi (3D)
2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat
realistik.
3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti
garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.

Ciri-ciri bentuk

1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman

2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat
dan sempurna

3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan

4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang


Jenis-jenis Bentuk

A. Bentuk Konkrit

1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai
sudut.
2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.

bentuk konkrit – meja bentuk konkrit - bola

B. Bentuk Ilusi

1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti
warna, garisan dan lain-lain
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada
permukaan rata (bersifat dua dimensi)
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan
bayang merupakan faktor terpenting.

bentuk ilusi teknik komputer grafik bentuk ilusi teknik catan

You might also like