You are on page 1of 15

SET 2

UJIAN PERTENGAHAN SESI

AKADEMIK (UPSA)

BAHASA MELAYU

TAHUN 4

NOR AZIZUL HARUN

1
UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK (UPSA)

BAHASA MELAYU (011)

TAHUN 4
1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Nama
Kelas

ARAHAN:
1. Kertas soalan ini terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A,
B, C dan D.
2. Jawab semua soalan.
3. Bagi soalan objektif, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan
sahaja. Bulatkan jawapan yang betul.
4. Bagi soalan subjektif, jawab semua soalan dalam ruang jawapan
yang disediakan.

Untuk Kegunaan Pemeriksa

Nama Pemeriksa:
Bahagian Soalan Markah Markah
Penuh Diperoleh
A 1-10 10
1 5
B 2 5
C 1 10
D 1 20
Jumlah 50

2
Bahagian A
[ 10 markah ]

Soalan 1 hingga 4
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 ____________ ahli pengakap sedang melakukan latihan kawad di tengah padang

sekolah.
A Sekawan
B Sederet
C Segerombolan
D Sekumpulan

2 Nurul Huda mengambil se _________ gunting lalu menggunting kertas warna itu.
A pucuk
B laras
C bilah
D bentuk

3 ___________ itu membuat sarang di atas pokok untuk memerangkap serangga.

A Lelabi
B Lelabah
C Kekura
D Jejentik

4 Penggunaan robot akan ___________ masa dan tenaga manusia melakukan kerja-
kerja seharian.
A jimatkan
B menjimatkan
C penjimatan
D dijimatkan

3
Soalan 5
Pilih ayat yang betul.
5 A Apakah kasut sekolah ini kalis air?
B Penggunaan teknologi dapat meningkatkan hasil pertanian.
C Puan Maria membeli tikar yang diperbuat dari daun mengkuang.
D Perpaduan kaum akan kewujudan suasana hidup yang harmoni.

Soalan 6 hingga 8
Baca petikan di bawah, kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sekolah Selamat bertujuan untuk mewujudkan suasana selamat di sekolah dan

persekitarannya. Murid-murid akan berasa selamat, aman dan tidak diselubungi perasaan
takut ketika berada di sekolah. Mereka berasa selamat untuk datang ke sekolah.
Murid-murid bukan sahaja berasa selamat di sekolah malah mereka patut juga berasa
selamat ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah. Kes kemalangan jalan raya yang
melibatkan murid-murid sekolah patut dikurangkan. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama
dalam menangani masalah ini.
Kes penculikan murid-murid juga semakin berleluasa. Murid-murid perlu diawasi
agar tidak menjadi mangsa culik. Keselamatan murid-murid perlu diberi perhatian yang
serius. Dengan itu, mereka akan berasa selamat untuk datang ke sekolah dan pulang ke
rumah.

6 Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Selamat?

A murid-murid berasa seronok belajar di sekolah
B mewujudkan suasana selamat di sekolah dan persekitarannya
C murid-murid pergi dan pulang dari sekolah dengan gembira
D kes kemalangan jalan raya yang melibatkan murid-murid dapat dikurangkan.

7 Antara berikut yang manakah menunjukkan situasi tidak selamat di sekolah?

A Lalu lintas di hadapan sekolah dapat dikawal dengan baik.
B Kes penculikan kanak-kanak banyak berlaku di sekitar sekolah.
C Kes buli dan peras ugut tidak berlaku di kawasan sekolah.
D Murid-murid berasa selamat untuk datang ke sekolah.

4
8 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan?
A Murid-murid patut berasa selamat semasa di sekolah.
B Kes kemalangan jalan raya melibatkan murid-murid perlu dikurangkan.
C Kes penculikan kanak-kanak tidak menjejaskan keadaan selamat di sekolah.
D Pihak guru dan ibu bapa perlu bersama-sama memastikan muid-murid selamat
di sekolah.

Soalan 9 dan 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1
Pertandingan Reka Cipta daripada
Bahan-bahan Terbuang
Anjuran Kelab Reka Bentuk dan Teknologi
SK Taman Rampai

Objektif: Mencungkil bakat murid-murid dalam reka cipta.

Tarikh: 17 Julai hingga 24 Julai 2023

Hari: Isnin hingga Ahad
Tempat: dewan sekolah

Syarat-syarat:
• Terbuka kepada murid-murid tahap dua
• Tempoh membuat rekaan adalah selama seminggu
• Reka cipta hanya menggunakan bahan-bahan terbuang
• Para peserta perlu menyampaikan maklumat tentang
rekaan mereka
• Setiap rekaan perlu diberi nama

Hadiah:
Pertama : Wang tunai RM100.00
Kedua : Wang tunai RM70.00
Ketiga : Wang tunai RM50.00

10 hadiah saguhati bernilai RM30.00 setiap satu.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cikgu Badrul Hisham.

5
BAHAN 2
Baru-baru ini, Aiman dan lima rakannya telah terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam
Pertandingan Reka Cipta Bahan Terbuang Peringkat Negeri yang dianjurkan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Terengganu.
Tujuan Pertandingan Reka Cipta Bahan Terbuang ini diadakan adalah untuk
mencungkil bakat, kreativiti murid, memberi kesedaran tentang alam sekitar dan
memperkembang imaginasi murid terutama tentang bahan-bahan terbuang yang boleh
dikitar semula.
Kumpulan Aiman terpaksa berentap dengan kumpulan lain dari tujuh buah sekolah
yang terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut. Rekaan setiap kumpulan memang
bagus. Namun berkat kesungguhan dan semangat kerjasama yang ditunjukkan, akhirnya
kumpulan Aiman telah berjaya merangkul gelaran juara.

9 Pertandingan reka cipta itu terbuka kepada semua murid, kecuali

A murid tahun tiga.
B murid tahun empat.
C murid tahun lima.
D murid tahun enam.

10 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.
A Hanya rekaan daripada bahan-bahan terbuang diterima.
B Pertandingan Reka Cipta Bahan Terbuang Peringkat Negeri dianjurkan Kelab
Reka Bentuk dan Teknologi SK Taman Rampai.
C Wang tunai sebanyak RM300.00 disediakan untuk pemenang saguhati.
D Kumpulan Aiman telah memenangi Pertandingan Reka Cipta Bahan Terbuang
Peringkat Negeri.

6
Bahagian B
[ 10 markah ]
Soalan 1
Baca petikan di bawah, kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kamal, ayah, datuk dan neneknya berbual-bual sambil minum air kopi yang dibancuh
oleh ibunya. Datuk Kamal bercerita tentang musim buah-buahan di kampung. Datuk
Kamal memberitahu bahawa pokok durian di dusun berbuah lebat. Nenek Kamal pula
menjadikan isi-isi buah durian yang masam sebagai tempoyak.
Ketika mereka sedang rancak berbual-bual, abang Kamal yang bernama Syafik
muncul di pintu pagar. Syafik tinggal di sebuah sekolah asrama di Kuantan, Pahang.
Syafik agak terkejut apabila melihat datuk dan neneknya. Syafik bersalaman dengan
datuk dan neneknya. Kamal mengambil beg Syafik lalu menyimpannya di dalam bilik.
Syafik begitu gembira kerana sudah lama tidak berjumpa dengan datuk dan
neneknya. Syafik berkata bahawa dia teringin hendak makan buah durian di dusun
datuknya. Ayah Syafik berjanji untuk membawa mereka sekeluarga pulang ke kampung
pada cuti sekolah nanti. Syafik dan Kamal saling berpandangan dengan perasaan
gembira. Kali terakhir mereka pulang ke kampung adalah pada cuti hari raya yang lepas.

(a) Datuk Kamal bercerita tentang ____________________________________________

____________________________________________.

[ 1 markah ]
(b) Mengapakah Syafik berasa gembira?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

[ 2 markah ]

(c) Gariskan kata adjektif yang terdapat dalam ayat di bawah.

Datuk Kamal memberitahu bahawa pokok durian di dusun berbuah lebat

[ 1 markah ]

7
(d) Pilih dan tandakan ( / ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Nenek Kamal pula menjadikan isi-isi buah durian yang masam sebagai
tempoyak.

Apabila isi-isi durian masam, nenek Kamal menjadikannya sebagai tempoyak.

Isi-isi durian yang masam dijadikan tempoyak oleh nenek Kamal.

[ 1 markah ]
Soalan 2
Baca dan fahami situasi di bawah ini.
Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah
perkataan.

Kelas kamu kalah dalam pertandingan nyanyian lagu patriotik. Hal ini berlaku kerana tiada
kerjasama dalam kalangan murid-murid di kelas kamu.

Sebagai ketua kelas yang bertanggungjawab, apakah tindakan yang akan kamu lakukan untuk
menyertai pertandingan itu pada tahun hadapan?
___________________________________________________________________________

[ 5 markah ]

8
Bahagian C
[ 10 markah ]

Grafik di bawah menunjukkan tentang aktiviti membaca di perpustakaan.

Tulis pendapat kamu tentang faedah-faedah amalan membaca.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

________________________________________________________________

9
Bahagian D

[ 20 markah ]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian, tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau tidak berformat. Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 50 hingga 80
patah perkataan.

10

KERTAS UJIAN TAMAT

11
Bahagian A
1 D 2 C 3 B 4 B 5 B
6 B 7 B 8 C 9 A 10 B

Bahagian B
Soalan 1
(a) musim buah-buahan di kampung.
(b0 Syafik berasa gembira apabila melihat datuk dan neneknya.
(c) Datuk Kamal memberitahu bahawa pokok durian di dusun berbuah lebat.
(d) Isi-isi durian yang masam dijadikan tempoyak oleh nenek Kamal.

Soalan 2
Saya akan memastikan semua murid di kelas saya memberikan sepenuh kerjasama untuk
menghadapi pertandingan itu. Saya juga akan meminta semua rakan sekelas menjalani latihan
yang bersungguh-sungguh. Saya menaikkan semangat mereka untuk membuat persembahan
terbaik supaya memenangi pertandingan tersebut.

Bahagian C
Pada pendapat saya, antara faedah amalan membaca ialah dapat mengisi masa dengan aktiviti
yang berfaedah. Selain itu, faedah membaca ialah dapat menambah ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang. Di samping itu, faedah lain ialah dapat menambah perbendaharaan kata.
Seterusnya, membaca dalam mengetahui perkembangan semasa yang berlaku di dalam dan
luar negara.

Bahagian D
Karangan Tidak Berformat

Pak Samad seorang penternak ikan air tawar. Di belakang rumahnya terdapat beberapa kolam
ikan. Pelbagai jenis ikan air tawar diternak di kolamnya.
Awal-awl pagi lagi, Pak Samad sudah bangun. Dia akan pergi ke kolam ternakannya
selepas sarapan. Pak Samad akan memberi makanan kepada ikan-ikan air tawar ternakannya.
Pak Samad juga akan membersihkan kolam ikan air tawarnya. Pak Samad akan
mengutip daun-daun atau sampah yang terdapat di kolam ternakannya.
Ikan air tawar Pak Samad dibeli oleh pengusaha restoran, peniaga pasar malam dan
orang awam. Pak Samad akan menangkap ikan yang hendak dibeli oleh pelanggan-
pelanggannya.
Setiap hari, Pak Samad akan mengira jumlah wang hasil jualan ikan air tawarnya.
Wang tersebut akan disimpan di dalam bank. Pak Samad berminat untuk menambah lagi
kolam ikan ternakannya.

12
Karangan Berformat ( Dialog )

Zaimah : Selamat pagi, Encik Bahar.

Encik Bahar : Selamat pagi.
Zaimah : Saya wartawan dari majalah “Dunia Pertanian”. Bolehkah saya
menemu ramah Encik Bahar?
Encik Bahar : Boleh, apa salahnya.
Zaimah : Sebelum itu, saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan Encik
Bahar menerima Anugerah Usahawan Petani Muda.
Encik Bahar : Terima kasih atas ucapan tahniah kamu itu.
Zaimah : Sudah berapakah lamakah Encik bahar mengusahakan ternakan ikan
air tawar?
Encik Bahar : Saya sudah lima tahun mengusahakan ternakan ikan air
Tawar.
Zaimah : Siapakah pembeli utama ikan-ikan air tawar Encik Bahar?
Encik Bahar : Pembeli utama ikan air tawar saya ialah pengusaha restoran, peniaga
kedai runcit dan peniaga pasar malam.
Zaimah : Terima kasih Encik Bahar kerana sudi ditemu ramah. Saya doakan
ternakan ikan air tawar terus maju.
Encik Bahar : Terima kasih.

13
14

You might also like