You are on page 1of 4

AMALAN GURU PENYAYANG SK PAYA RESAK

AMALAN GURU PENYAYANG


SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RESAK MARANG
SAMBUTAN HARI LAHIR

1.0 PENGENALAN

Sambutan meraikan hari lahir murid-murid SK Paya Resak , merupakan suatu


program yang terkandung dalam Amalan Guru Penyayang. Program ini adalah satu
inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk budaya penyayang di
kalangan warga sekolah. Program ini akan diadakan sambutan dua kali setahun iaitu
fasa pertama untuk kelahiran bulan Januari hingga Jun dan Fasa kedua untuk
kelahiran Julai - Disember. Sambutan hari lahir ini akan melibatkan semua murid SK
Paya Resak bermula murid prasekolah sehingga murid Tahun 6. Semoga melalui
program sebegini dapat mengeratkan hubungan sesama murid dan guru serta pihak
pengurusan sekolah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menghargai serta menjaga kebajikan setiap warga SK Paya Resak.

2.2 Memenuhi agenda Program Amalan Guru Penyayang.

2.3 Mengeratkan hubungan murid dengan para guru.

2.4 Supaya murid merasakan diri mereka lebih dihargai.

2.5 Agar murid merasakan mereka sebahagian daripada aset sekolah sekaligus
mereka akan lebih menyayangi sekolah.

3.0 MATLAMAT

3.1 Bermatlamat agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di
sekolah.

3.2 Menghidupkan budaya saling menghargai sesama warga sekolah.

1
AMALAN GURU PENYAYANG SK PAYA RESAK

3.3 Menimbulkan perasaan dihargai di kalangan warga sekolah

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid SK Paya Resak bermula murid Pra Sekolah hingga Tahun 6

5.0 JADUAL PELAKSANAAN


5.1 Tarikh :

BIL BULAN TARIKH


01 JUN 25 Jun
0 DISEMBER 7 Disember

5.2 Tempat : Tapak Perhimpunan

5.3 Penganjur : Unit Hal Ehwal Murid, SK Paya Resak


Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Paya Resak
6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Cikgu Noor Azah Binti Abd. Wahab


(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Cikgu Rosmadi Bin Salleh


(GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 1 : Cikgu Rokiah Binti Jusoh


(GPK Kurikulum)

Naib Pengerusi 2 : Cikgu Azizul Haki Bin Muda


(GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 3 : Cikgu Siti Mariani Binti Mustapa


(GPK PPKI)

Penyelaras : Cikgu Norazura Binti Deraman


(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Setiausaha : Cikgu Suzana Binti Abdullah


(Setiausaha Amalan Guru Penyayang)

2
AMALAN GURU PENYAYANG SK PAYA RESAK

Ahli Jawatankuasa : Cikgu Norfadlina Binti (Penyelaras Prasekolah)


Cikgu Sakinah Binti Tawang (Penyelaras Tahun 1)
Pn. Siti Faridah bt Hassan (Penyelaras Tahun 2)
Pn. Rohana bt Kadir (Penyelaras Tahun 3)
Pn. Irdawaty bt Mohd. Bokhari (Penyelaras Tahun 4)
Pn. Saadah bt Yahya (Penyelaras Tahun 5)
Pn. Ong Leng Meng (Penyelaras Tahun 6)

7.0 ANGGARAN KEWANGAN

Sumber Kewangan

Sumbangan Persatuan Ibu Bapa Guru(PIBG) = RM 250.00


Sumbangan Kelab Guru = RM 100.00
Sumbangan Sekolah = RM 300.00
Jumlah = RM 600.00

Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Perbelanjaan Jumlah

1. Banting RM 90.00 sekeping × 1 RM 90.00

2 Hadiah Murid RM 1.00 X 556 orang RM 556.00

JUMLAH RM 646.00

3
AMALAN GURU PENYAYANG SK PAYA RESAK

8.0 TENTATIF PROGRAM

07.45 pagi : Ucapan Penyelaras Program.

08.00 pagi : Bacaan doa

08.15 pagi : Ucapan Guru Besar SK Clifford

08.30 pagi : Penyampaian hadiah hari lahir.

08.45 pagi : Acara menyanyikan lagu hari lahir.

08.50 pagi : Majlis tamat

9.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini diharap akan dapat menjadi satu titik tolak
ke arah mengeratkan hubungan guru, murid dan warga sekolah. Usaha ini dapat
mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera. Program ini secara
langsung akan dapat meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri murid seperti yang
disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

( DORA BT SAAT ) ( ZAINAL ABIDIN BIN HJ ISMAIL)


Setiausaha Guru Penyayang Guru Besar
SK Clifford, SK Clifford.
27200 Kuala Lipis. 27200 Kuala Lipis.

You might also like