You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM TEKOH

18300 GUA MUSANG, KELANTAN


Tel/Fax : 099126311
Email : dba8003@moe.edu.my

Ruj Kami :
Tarikh : 29 Mei 2022

Kepada,

Pegawai RELA Daerah Gua Musang,


Pejabat RELA Daerah Tingkat 3,
Kompleks Kerajaan Persekutuan,
Bandar Baru,
18300, Gua Musang, Kelantan.

Tuan,

PERMOHONAN BANTUAN KAWALAN KESELAMATAN LALU LINTAS SEMPENA KEJOHANAN


MERENTAS DESA SK JERAM TEKOH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Jeram Tekoh akan mengadakan Kejohanan Merentas Desa sebagaimana
ketetapan berikut:-

• Tarikh : 1 Jun 2022 (Rabu)


• Masa : 8.00 pagi- 11.00 pagi
• Alamat : Sekitar Kampung Jeram Tekoh

3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon bantuan pihak tuan agar dapat menyediakan beberapa anggota
sukarelawan untuk bertugas menjaga kawalan lalulintas sepanjang laluan merentas desa pada hari tersebut.

4. Jasa baik dan pertimbangan pihak tuan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

. …………………………………………
(MOHD NAIM BIN MOHD YUSOFF)
Guru Besar
SK Jeram Tekoh

You might also like