You are on page 1of 19

STPM 2023

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SEMESTER 2

PENGAJIAN AM
900/2

Nama :…………………………………………
Kelas :…………………………………………

DIBIAYAI OLEH KERAJAAN NEGERI TERENGGANU


Tidak dibenarkan menyunting atau mencetak mana-mana bahagian dalam
modul ini tanpa kebenaran Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu
SULIT* 2

Bahagian A [15 markah]

Jawab semua soalan

Tulis jawapan dalam ruangan yang disediakan

1. Terangkan dua keperluan kewujudan pasar tani kepada masyarakat tempatan di negara
ini. [4]

(a) ……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

(b) ……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

2. Nyatakan empat kepentingan membina negara maju dan sejahtera. [4]

(a) ……………………………………………………………………………………………..

(b) ………………………………………………………………………………………………………..

(c ) ………………………………………………………………………………………………………..

(d) …………………………………………………………………………………………….

3. Nyatakan tiga implikasi Dasar Sukan Negara kepada individu. [3]

(a) …………………………………………………………………………………………….

(b) …………………………………………………………………………………………….

(c) …………………………………………………………………………………………….

STPM 2023
[Lihat sebelah
SULIT* 3

4. Nyatakan empat halangan dalam mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika [4]

(a) ………………………………………………………………………………………………………

(b) ………………………………………………………………………………………………………..

(c) ………………………………………………………………………………………………………..

(d) …………………………………………………………………………………………….

STPM 2023
SULIT* 4

Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang
sesuai menunjukkan status graduan dan jantina pada tahun 2021.

Jumlah graduan institusi pengajian tinggi (IPT) yang melebihi keperluan tenaga kerja
menjadi antara faktor ramai graduan menganggur. Masalah ini ditambah pula dengan penularan
pandemik COVID-19 yang mendorong majikan mengurangkan tawaran pekerjaan kepada
graduan.

Jumlah graduan di negara ini pada tahun 2020 seramai 268 525 orang meningkat kepada 286
299 orang pada tahun 2021. Daripada jumlah tersebut 122 332 orang graduan lelaki selebihnya
perempuan. Graduan yang bekerja seramai 176 256 orang. Graduan yang bekerja terdiri
daripada 77 924 orang lelaki dan 98 332 orang perempuan. Graduan yang selebihnya membuat
keputusan untuk melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran, menunggu penempatan
pekerjaan dan dan ada juga yang belum bekerja.

Peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan wujudnya ketidakpadanan pekerjaan dalam


kalangan graduan. Satu daripada tiga graduan akan bekerja dalam bidang tidak sepadan dengan
kelayakan. Seramai 9 553 orang graduan masih menunggu penempatan pekerjaan. Isu peluang
pekerjaan yang terhad dalam kalangan graduan bukan perkara baharu kerana telah wujud sejak
20 tahun lalu.

Sehubungan itu beberapa pendekatan diambil oleh golongan graduan bagi menghadapi
situasi mencabar ini. Seramai 30 725 orang graduan lelaki dan 23 045 graduan perempuan
membuat keputusan melanjutkan pelajaran. Kesukaran mendapatkan pekerjaan mendorong
seramai 5 253 orang graduan meningkatkan kemahiran supaya mampu bersaing di pasaran kerja.
Graduan selebihnya belum bekerja.

Kesan pengangguran graduan membawa kepada ketidakcekapan dalam penggunaan sumber.


Jika graduan bekerja dalam pekerjaan yang tidak sesuai dengan bakat mereka, hal ini akan
meninggalkan kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sistem pengajian tinggi kini
perlu berorientasikan kerjaya dengan menekankan kepada kemahiran insaniah, keusahawanan
dan pembelajaran sepanjang hayat.

( Dipetik dan diubahsuai daripada Statistik Pekerjaan


dan Perburuhan Siri 34 Bil 4/2022 )

STPM 2023
[Lihat sebelah
SULIT* 5

6. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai menunjukkan bilangan pekerja
sektor pertanian mengikut subsektor dan nilai upah pada tahun 2015, tahun 2017 dan anggaran
tahun 2019.

Sektor pertanian menyediakan peluang pekerjaan yang tinggi kepada penduduk di


negara ini. Sektor pertanian memberi peluang pekerjaan kepada penduduk dengan bayaran upah
yang juga merekodkan peningkatan. Sektor ini mencatatkan peningkatan purata upah bulanan
sebanyak 0.5 peratus pada 2017.

Subsektor tanaman merupakan penyumbang utama dalam sektor pertanian. Pada tahun
2015, bilangan pekerja di bawah subsektor tanaman mencatatkan seramai 147 201 orang dan
meningkat pada tahun 2017 kepada 213 554 orang dan dianggarkan meningkat lagi sebanyak
34781 orang pada tahun 2019. Nilai upah juga turut menunjukkan peningkatan iaitu RM8571.2
juta pada tahun 2017 berbanding RM6125.8 juta pada tahun 2015. Upah dianggarkan terus
meningkat pada tahun 2019 kepada RM9124.5 juta

Subsektor seterusnya yang turut menyumbang kepada guna tenaga dalam negara ialah
subsektor ternakan. Pada tahun 2015 bilangan pekerja seramai 48 727 orang dan meningkat
seramai 1708 orang pada tahun 2017 dan dianggarkan terus meningkat kepada 53 551 orang
pada 2019. Manakala nilai upah turut mengalami peningkatan di bawah subsektor ternakan iaitu
peningkatan sebanyak RM 76.4 juta pada tahun 2017 berbanding RM 726.4 juta yang dicatatkan
pada tahun 2015 manakala pada 2019 dianggarkan sebanyak RM 886.5 juta.

Satu-satunya subsektor yang mengalami penurunan dalam bilangan pekerja serta upah
ialah subsektor perhutanan dan pembalakan. Pada tahun 2015 seramai 36 448 orang dicatatkan
tetapi mengalami penurunan pada tahun 2017 dan 2019 iaitu masing-masing kepada 31 700
orang dan 21 542 orang. Manakala upah subsektor ini mencatatkan daripada RM 737.3 juta pada
tahun 2015 kepada RM 653.0 juta pada tahun 2017 dan dianggarkan menurun lagi pada 2019
sebanyak RM 51.6 juta. Situasi ini mungkin didorong oleh kawalan yang ketat kepada aktiviti
pembalakan.

Subsektor yang terakhir ialah perikanan yang juga mencatatkan peningkatan bilangan
pekerja serta upah. Pada tahun 2017, bilangan pekerja di bawah subsektor perikanan
mencatatkan seramai 34 525 orang iaitu peningkatan sebanyak 12 559 orang berbanding
bilangan pekerja pada tahun 2015. Manakala pada tahun 2019 dianggarkan seramai 42 510
orang. Upah subsektor perikanan juga turut meningkat dari RM315.0 juta pada 2015 kepada
RM328.9 juta pada tahun 2017 dan dianggarkan terus meningkat kepada RM726.2 juta pada
tahun 2019.

STPM 2023
SULIT* 6

Sektor pertanian merupakan sektor yang penting bukan sahaja menyumbang kepada
peluang pekerjaan penduduk tetapi juga memastikan bekalan makanan dalam negara mencukupi.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Statistik Ekonomi Tahunan 2018


Sektor Pertanian, Jabatan Perangkaan Malaysia)

Bahagian C [25 markah]

Jawab satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan merangkumi 5 idea sahaja .

7. “Para belia dituntut untuk terlibat aktif dalam bidang keusahawanan.” Bincangkan rasional
tuntutan tersebut dan usaha oleh pelbagai pihak bagi meningkatkan penglibatan belia dalam
bidang berkenaan.

8. Jenayah indeks menjadi kayu pengukur kadar jenayah yang berlaku dalam negara. Jenayah
ini menjadi isu yang kerap dilaporkan dan perlu ditangani agar rakyat dapat hidup dalam keadaan
aman dan harmoni. Bincangkan.

STPM 2023
[Lihat sebelah
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SEMESTER 2
STPM 2023

PERATURAN PEMARKAHAN

PENGAJIAN AM
900/2
SULIT* 2

Bahagian A [15 markah]

Jawab semua soalan

Tulis jawapan dalam ruangan yang disediakan

1 Terangkan dua keperluan kewujudan pasar tani kepada masyarakat tempatan di negara ini. [4]

(a) ……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

(b) ……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

Skema Jawapan

Bil Isi / Idea Huraian


1 Menawarkan harga yang • Peniaga berupaya menurunkan harga jualan
berpatutan kepada pengguna kerana mereka mendapat bekalan terus dari
ladang.
• penguna juga bebas melakukan proses tawar
menawar harga barangan sebelum membelinya.

2 Memasarkan / mendapat produk • Petani dapat memasarkan produk yang diambil


pertanian yang segar terus dari ladang dan tidak disimpan dalam
tempoh yang lama sebelum dijual.
• Pengguna mendapat produk segar dan tidak perlu
ditambah bahan pengawet untuk mengekalkan
kesegarannya
• barangan sentiasa dipantau dari segi kualiti oleh
FAMA
3 Meningkatkan pendapatan • petani akan meraih keuntungan yang tinggi
dengan mengenepikan terus peranan orang
tengah.
• Fama membantu petani dan peniaga kecil dari
segi program keusahawan , karnival jualan, kursus
kejurujualan, perakauanan, motivasi, bengkel dan
sebagainya kepada petani dan peniaga kecil.

STPM 2023
[Lihat sebelah
SULIT* 3

4 Menyediakan peluang • orang ramai boleh menceburi bidang perniagaan


perniagaan • menyahut slogan iaitu pertanian adalah
perniagaan.
• petani dan peniaga kecil boleh memasarkan hasil
pertanian mereka dengan modal yang rendah.

Jawapan : Mana-mana 2 isi/idea

2 Nyatakan empat kepentingan membina negara maju dan sejahtera. [4]

(a) ……………………………………………………………………………………………..

(b) ………………………………………………………………………………………………………..

(c)………………………………………………………………………………………………………….

(d) …………………………………………………………………………………………….

Skema Jawapan

Bil Isi / Idea


1 Meningkatkan keharmonian rakyat
2 Meningkatkan taraf hidup rakyat
3 Meningkatkan keamanan negara
4 Meluaskan penggunaan / aplikasi sains dan teknologi
5 Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti
6 Meningkatkan ekonomi negara
7 Penggunaan sumber secara optimum
8 Capaian / Akses kepada kemudahan infrastruktur yang moden dan mencukupi
9 Meningkatkan tahap kesihatan penduduk

Jawapan : Mana-mana 4 isi/idea

STPM 2022
SULIT* 4

3 Nyatakan tiga implikasi Dasar Sukan Negara kepada individu. [3]

(a) …………………………………………………………………………………………….

(b) …………………………………………………………………………………………….

(c) …………………………………………………………………………………………….

Skema Jawapan

Bil Isi / Idea


1 Membentuk sahsiah diri
2 Meningkatkan tahap kesihatan
3 Meningkatkan kecergasan fizikal
4 Memanfaatkan masa senggang individu
5 Mengurangkan tekanan / stress
6 Meningkatkan interaksi sosial
7 Mengembangkan kemahiran-kemahiran / bakat individu

Jawapan : Mana-mana 3 isi/idea

4 Nyatakan empat halangan dalam mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika. [4]

(a) ………………………………………………………………………………………………………

(b) ………………………………………………………………………………………………………..

(c) ………………………………………………………………………………………………………..

(d) …………………………………………………………………………………………….

STPM 2023
[Lihat sebelah
SULIT* 5

Skema Jawapan

Bil Isi / Idea


1 Pengaruh negatif media massa
2 Pengaruh negatif budaya /anasir luar/asing
3 Kurang penghayatan agama /moral
4 Pengaruh persekitaran yang negatif
5 Amalan yang bertentangan dengan nila-nilai murni
6 Kurang penghayatan Rukun Negara

Jawapan : Mana-mana 4 isi/idea

STPM 2022
SULIT* 6

Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

5 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai
menunjukkan status graduan dan jantina pada tahun 2021.

Jumlah graduan institusi pengajian tinggi (IPT) yang melebihi keperluan tenaga kerja menjadi antara
faktor ramai graduan menganggur. Masalah ini ditambah pula dengan penularan pandemik COVID-19
yang mendorong majikan mengurangkan tawaran pekerjaan kepada graduan.

Jumlah graduan di negara ini pada tahun 2020 seramai 268 525 orang meningkat kepada 286 299
orang pada tahun 2021. Daripada jumlah tersebut 122 332 orang graduan lelaki selebihnya perempuan.
Graduan yang bekerja seramai 176 256 orang. Graduan yang bekerja terdiri daripada 77 924 orang lelaki
dan 98 332 orang perempuan. Graduan yang selebihnya membuat keputusan untuk melanjutkan
pengajian, meningkatkan kemahiran, menunggu penempatan pekerjaan dan dan ada juga yang belum
bekerja.

Peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan wujudnya ketidakpadanan pekerjaan dalam kalangan
graduan. Satu daripada tiga graduan akan bekerja dalam bidang tidak sepadan dengan kelayakan. Seramai
9 553 orang graduan masih menunggu penempatan pekerjaan. Isu peluang pekerjaan yang terhad dalam
kalangan graduan bukan perkara baharu kerana telah wujud sejak 20 tahun lalu.

Sehubungan itu beberapa pendekatan diambil oleh golongan graduan bagi menghadapi situasi
mencabar ini. Seramai 30 725 orang graduan lelaki dan 23 045 graduan perempuan membuat keputusan
melanjutkan pengajian. Kesukaran mendapatkan pekerjaan mendorong seramai 5 253 orang graduan
meningkatkan kemahiran supaya mampu bersaing di pasaran kerja. Graduan selebihnya belum bekerja.

Kesan pengangguran graduan membawa kepada ketidakcekapan dalam penggunaan sumber. Jika
graduan bekerja dalam pekerjaan yang tidak sesuai dengan bakat mereka, hal ini akan meninggalkan
kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sistem pengajian tinggi kini perlu berorientasikan
kerjaya dengan menekankan kepada kemahiran insaniah, keusahawanan dan pembelajaran sepanjang
hayat.

( Dipetik dan diubahsuai daripada Statistik Pekerjaan


dan Perburuhan Siri 34 Bil 4/2022 )

STPM 2023
[Lihat sebelah
SULIT* 7

MALAYSIA: STATUS GRADUAN DAN JANTINA PADA TAHUN 2021.

Status Graduan Peratus Sudut


( orang ) (%) (º)
Bekerja 176 256 61.56 221.63
Menunggu penempatan pekerjaan 9 553 3.34 12.01
Melanjutkan pengajian 53 770 18.78 67.61
Meningkatkan kemahiran 5 253 1.83 6.61
Belum bekerja 41 467 14.48 52.14
Jumlah 286 299 100 360
Jantina Peratus Tinggi
(%) (cm)
Lelaki 122 332 42.73 4.27
Perempuan 163 967 57.27 5.73
Jumlah 286 299 100 10

( Dipetik dan diubahsuai daripada Statistik Pekerjaan


dan Perburuhan Siri 34 Bil 4/2022 )

MALAYSIA: STATUS GRADUAN DAN JANTINA PADA TAHUN 2021.

Jantina Peratus Sudut


(%) (º)
Lelaki 122 332 42.73 153.82
Perempuan 163 967 57.27 206.18
Jumlah 286 299 100 360
Status Graduan Peratus Tinggi
( orang ) (%) (cm)
Bekerja 176 256 61.56 6.16
Menunggu penempatan pekerjaan 9 553 3.34 0.33
Melanjutkan pengajian 53 770 18.78 1.88
Meningkatkan kemahiran 5 253 1.83 0.18
Belum bekerja 41 467 14.48 1.45
Jumlah 286 299 100 10
( Dipetik dan diubahsuai daripada Statistik Pekerjaan
dan Perburuhan Siri 34 Bil 4/2022 )
Cadangan Skema: Carta Bertingkat
Nota: Carta Pai Bertingkat sahaja di terima
Skala Tinggi 1cm = 10% ( wajib ditulis )

STPM 2022
SULIT* 8

6 Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai menunjukkan bilangan pekerja sektor
pertanian mengikut subsektor dan nilai upah pada tahun 2015, tahun 2017 dan anggaran tahun 2019.

Sektor pertanian menyediakan peluang pekerjaan yang tinggi kepada penduduk di negara ini.
Sektor pertanian memberi peluang pekerjaan kepada penduduk dengan bayaran gaji dan upah yang juga
merekodkan peningkatan. Sektor ini mencatatkan peningkatan purata upah bulanan sebanyak 0.5 peratus
pada 2017.

Subsektor tanaman merupakan penyumbang utama dalam sektor pertanian. Pada tahun 2015,
bilangan pekerja di bawah subsektor tanaman mencatatkan seramai 147 201 orang dan meningkat pada
tahun 2017 kepada 213 554 orang dan dianggarkan meningkat lagi sebanyak 34781 orang pada tahun
2019. Nilai upah juga turut menunjukkan peningkatan iaitu RM8571.2 juta pada tahun 2017 berbanding
RM6125.8 juta pada tahun 2015. Upah dianggarkan terus meningkat pada tahun 2019 kepada RM9124.5
juta

Subsektor seterusnya yang turut menyumbang kepada guna tenaga dalam negara ialah subsektor
ternakan. Pada tahun 2015 bilangan pekerja seramai 48 727 orang dan meningkat seramai 1708 orang
pada tahun 2017 dan dianggarkan terus meningkat kepada 53 551 orang pada 2019. Manakala nilai upah
turut mengalami peningkatan di bawah subsektor ternakan iaitu peningkatan sebanyak RM 76.4 juta pada
tahun 2017 berbanding RM 726.4 juta yang dicatatkan pada tahun 2015 manakala pada 2019 dianggarkan
sebanyak RM 886.5 juta.

Satu-satunya subsektor yang mengalami penurunan dalam bilangan pekerja serta upah ialah
subsektor perhutanan dan pembalakan. Pada tahun 2015 seramai 36 448 orang dicatatkan tetapi
mengalami penurunan pada tahun 2017 dan 2019 iaitu masing-masing kepada 31 700 orang dan 21 542
orang. Manakala upah subsektor ini mencatatkan daripada RM 737.3 juta pada tahun 2015 kepada RM
653.0 juta pada tahun 2017 dan dianggarkan menurun lagi pada 2019 sebanyak RM 51.6 juta. Situasi ini
mungkin didorong oleh kawalan yang ketat kepada aktiviti pembalakan.

Subsektor yang terakhir ialah perikanan yang juga mencatatkan peningkatan bilangan pekerja
serta upah. Pada tahun 2017, bilangan pekerja di bawah subsektor perikanan mencatatkan seramai 34 525
orang iaitu peningkatan sebanyak 12 559 orang berbanding bilangan pekerja pada tahun 2015. Manakala
pada tahun 2019 dianggarkan seramai 42 510 orang. Upah subsektor perikanan juga turut meningkat dari
RM315.0 juta pada 2015 kepada RM328.9 juta pada tahun 2017 dan dianggarkan terus meningkat kepada
RM726.2 juta pada tahun 2019.

Sektor pertanian merupakan sektor yang penting bukan sahaja menyumbang kepada peluang
pekerjaan penduduk tetapi juga memastikan bekalan makanan dalam negara mencukupi.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Statistik Ekonomi Tahunan 2018


Sektor Pertanian, Jabatan Perangkaan Malaysia)

STPM 2023
[Lihat sebelah
SULIT* 9

MALAYSIA : BILANGAN PEKERJA SEKTOR PERTANIAN MENGIKUT SUBSEKTOR DAN


NILAI UPAH PADA TAHUN 2015, TAHUN 2017 DAN ANGGARAN TAHUN 2019

Tahun Bilangan pekerja sektor pertanian (orang)

Subsektor 2015 2017 2019


Tanaman 147201 213554 248335
Ternakan 48727 50435 53551
Perhutanan dan pembalakan 36448 31700 21542
Perikanan 21966 34525 42510
Nilai upah (RM juta)
Tanaman 6125.8 8571.2 9124.5
Ternakan 726.2 802.6 886.5
Perhutanan dan pembalakan 737.3 653.0 601.4
Perikanan 315.0 328.9 726.2

(Dipetik dan diubahsuai daripada Statistik Ekonomi Tahunan 2018


Sektor Pertanian, Jabatan Perangkaan Malaysia)

Cadangan Skema : Graf gabung ( Bar kompaun + 4 garis)


Nota: Bilangan pekerja ( bar Kompaun ) + nilai upah ( garis )
Jika calon buat sebaliknya juga diterima sebab tiada arahan khusus
Jika calon buat satu garis sahaja . Graf bar sahaja betul

STPM 2022
SULIT* 10

Bahagian C [25 markah]

Jawab satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350
patah perkataan merangkumi 5 idea sahaja .

7 “Para belia dituntut untuk terlibat aktif dalam bidang keusahawanan.” Bincangkan rasional tuntutan
tersebut dan usaha oleh pelbagai pihak bagi meningkatkan penglibatan belia dalam bidang berkenaan.

Bidang keusahawanan mampu menggerakkan pembangunan diri belia. Oleh itu pelbagai pihak perlu
memainkan peranan bagi memenuhi hasrat membangunkan para belia khususnya dalam bidang
keusahawanan.

Bil. Idea Huraian


Rasional Tuntutan
1 Kadar pengangguran • Kadar pengangguran khususnya dalam kalangan belia masih
masih tinggi tinggi. Ditambah dengan isu pengangguran dalam kalangan
lepasan intitusi pengajian tinggi
• Melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dapat
mengurangkan bilangan belia yang menganggur

2 Banyak peluang • Peruntukan yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan bagi
menceburi bidang membantu belia melibatkan diri dalam bidang keusahawanan
keusahawanan • Bantuan alatan bagi mengembangkan perusahaan
• Sewaan gerai dan premis oleh pihak FAMA dan agensi lain

3 Banyak latihan • Pelbagai peluang mendapat latihan dan kemahiran tersedia oleh
dan kemahiran disediakan pelbagai agensi seperti Mara, Pusat Kemahiran Belia dan lain-
lain
• Kemahiran menjahit, perbengkelan, pertukangan,
pembungkusan, penggunaan pelbagai alatan dan teknologi.

4 Tahap pendidikan dan • Gagal menyambung pelajaran ke mana-mana pusat pengajian


kemahiran rendah • Melibatkan diri secara kecilan dalam bidang keusahawanan amat
dituntut bagi meningkatkan kualiti diri

5 Kesediaan bank dan • Belia dituntut mengambil peluang khususnya yang telah
intitusi kewangan mempunyai kemahiran keusahawan atau asas pengajian
menyediakan dana keusahawanan
• Penglibatan belia secara berkelompok amat dituntut seterusnya
mengurang bilangan yang menganggur.

Usaha oleh pelbagai pihak


6 Pihak kerajaan • Mewajibkan belia dengan syarat yang wajar mengikuti program
keusahawanan seperti penglibatan dalam program PLKN
• Pengisian semasa menunggu keputusan Peperiksaan SPM

STPM 2023
[Lihat sebelah
SULIT* 11

Bil. Idea Huraian


7 Intitusi pendidikan • Menerapkan kemahiran keusahawanan sepanjang proses
pengajian dengan jam kredit pembalajaran tertentu
• Menggalakkan penglibat dalam program-program jualan yang
diadakan di dalam atau di luar pusat pengajian

8 NGO • Melakukan gerakan keusahawanan dan penyertaan belia secara


berkelompok.
• Menggalakkan pegangan saham dan penglibatan dalam aktiviti
keusahawanan

10 Media massa • Memaparkan pelbagai kejayaan belia dalam bidang


keusahawanan
• Dapat memotivasi dan menarik minat para belia untuk
melibatkan diri

9 Komuniti / Masyarakat • Mewujudkan gerai belia dalam sebarang karnival dan program
setempat massa walaupun di luar kawasan
• Memberi sokongan moral kepada belia setempat menceburi
bidang keusahawanan

Bidang keusahawanan dapat meningkatkan pembangunan belia khususnya dari aspek ekonomi. Dengan
sokongan pelbagai pihak, dari usaha yang kecil, dapat membantu belia bergerak lebih maju.

Skema : 3 + 2 / 2 + 3

8 Jenayah indeks menjadi kayu pengukur kadar jenayah yang berlaku dalam negara. Jenayah ini
menjadi isu yang kerap dilaporkan dan perlu ditangani agar rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan
harmoni. Bincangkan.

Pengenalan: Jenayah indeks boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan jenayah harta benda.
Jenayah ini kerap dilaporkan berlaku dan langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk menanganinya.

Bil. Idea Huraian


Sebab berlaku jenayah indeks

1 Desakan kemiskinan • Melihat sebagai jalan mudah untuk keluar dari belenggu
kemiskinan
• Melakukkan jenayah seperti mencuri dan meragut untuk
memperoleh wang dengan mudah

2 Kurang penghayatan • Keruntuhan institusi keluarga menyebabkan seseorang tidak


agama / moral mendapat didikan agama dan moral yang secukupnya
• Mengabaikan ajaran agama dan didikan moral yang diperoleh
STPM 2022
SULIT* 12

Bil. Idea Huraian


• Mengambil sesuatu tindakan menurut hawa nafsu tanpa
memikirkan kesan tindakan mereka

3 Pengaruh negatif media • Terikut-ikut dengan perkara negatif yang ditayangkan di media
massa / sosial massa/ media sosial
• Melakukan perbuatan jahat yang sama dengan apa yang
ditayangkan di media-media seperti cara mencederakan atau
membunuh seseorang

4 Peningkatan kos sara • Kos sara hidup yang semakin meningkat terutama di bandar-
hidup bandar besar menyebabkan seseorang tidak mampu menyara
hidup keluarga mereka
• Pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi
• Terpaksa melakukan jenayah untuk kelangsungan hidup

5 Psikologi / tekanan • Personaliti yang negatif seperti bersikap ganas mempengaruhi


mental seseorang untuk melakukan jenayah
• Gangguan mental akibat pengaruh dadah juga mendorong
seseorang melakukan jenayah

Langkah menangani
6 Memperkasakan • Menguatkuasakan akta seperti Akta Kanun Keseksaan dengan
penguatkuasaan undang- lebih tegas
undang • Mengenakan hukuman yang lebih keras kepada penjenayah
• Pihak berkuasa membuat pemantauan yang lebih kerap di
kawasan panas
• Menambah bilangan anggota penguatkuasa

7 Penggunaan teknologi • Memasang alat kawalan keselamatan seperti CCTV di kawasan


moden / ICT panas
• Menggunakan peralatan forensik berteknologi untuk mengesan
bukti dan penjenayah

8 Kempen kesedaran • Memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat khususnya golongan


tentang jenayah muda dan kanak-kanak tentang jenayah-jenayah yang berlaku
dan langkah pencegahan yang perlu diambil
• Kempen dijalankan secara berterusan dan menyeluruh termasuk
di sekolah dan di tempat-tempat awam

9 Mengaplikasi konsep • Pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, Rukun
Bandar Selamat Tetangga, Polis dan sebagainya dalam usaha memastikan
kawasan tersebur bebas daripada kes-kes jenayah
• Pemasangan kamera-kamera litar tertutup dan menambah lampu
jalan di kawasan berisiko

STPM 2023
[Lihat sebelah
SULIT* 13

Bil. Idea Huraian


10 Penglibatan masyarakat • Melaporkan segera aktiviti-aktiviti yang mencurigakan atau
kejadian jenayah yang berlaku
• Sanggup menjadi saksi kepada kes jenayah
• Masyarakat mengambil peranan memantau keselamatan kawasan
setempat melalui aktiviti seperti Rukun Tetangga

Kesimpulan: Jenayah dapat diibaratkan sebagai musuh dalam selimut negara. Usaha mengurangkan
jenayah memerlukan kerjasama banyak pihak. Sebelum nasi menjadi bubur, mekanisme kawalan yang
drastik perlu diimplementasikan bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara ini.

Skema : 3 + 2 / 2 + 3

Nota: Jenayah indeks perlu ditulis sekurang-kurangnya sekali dalam esei

STPM 2022

You might also like