You are on page 1of 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL


TINGKATAN 3
MINGGU 3 HARI Rabu
TARIKH 06.04.2022 MASA 10.00 – 11.00 PG
KELAS 3 BAKTI JUMLAH MINIT 60 MINIT
BIDANG SEJARAH DAN APRESIASI SENI VISUAL
TAJUK UNIT 1 PAKAIAN TRADISIONAL DAN PERHIASAN DIRI
STANDARD KANDUNGAN 1.1 Persepsi Seni dalam Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri
Pemahaman terhadap Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri dalam bidang Sejarah dan
Apresiasi Seni Visual
STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.1 Menjelaskan jenis pakaian tradisional dan perhiasan diri mengikut kaum
dan etnik di Malaysia
KRITERIA KEJAYAAN Murid dapat menerangkan jenis pakaian tradisional dan perhiasan diri mengikut kaum dan
etnik di Malaysia
OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Menjelaskan jenis pakaian tradisional dan perhiasan diri mengikut kaum dan etnik
di Malaysia
AKTIVITI 1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran dan kaitannya dengan
(Buku Teks MS 9-11) objektif pelajaran dan kriteria kejayaan. SI: True or False
2. Murid diterangkan pakaian tradisonal dan perhiasan diri kaum india seperti sari,
perhiasan kepala, gelang tangan, gelang kaki dan sebagainya.
3. Murid membincangkan tentang perhiasan tradisonal dan perhiasan diri etnik iban
seperti bulu burung ruai, ketapu, lampit, tumpa dan sebagainya.
4. Murid membincangkan pakaian tradisional dan perhiasan diri etnik Kadazan
seperti sigal, sia, suing, sounding dan sebagainya.
5. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
6. Dengan isyarat daripada guru, murid secara individu bergerak untuk melihat hasil
perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan.
7. Apabila guru memberikan isyarat kedua, semua murid balik ke tempat asal dan
membuat perkongsian dalam kumpulan berkaitan apa yang telah dipelajarinya
daripada rakan atau kumpulan lain.
8. Guru bersoal jawab dengan murid tentang keseluruhan aktiviti.
9. Murid melengkapkan latihan yang diberi oleh guru.
10. Murid mendengar guru membuat kesimpulan tentang isi pelajaran.
PETA i-THINK Peta Buih STRATEGI PAK21 Gallery Walk TAHAP TP 5
PENGISIAN KURIKULUM Kemahiran Abad Ke-21 Mahir Berkomunikasi
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Menganalisis
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendekatan Berpusatkan Murid
Pendekatan Tematik Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) EMK - Patriotisme
Nilai Murni – Kerjasama
BBM Buku Teks
PENTAKSIRAN Tugasan
REFLEKSI Pada akhir pengajaran;
15 daripada 15 murid telah mencapai objektif yang ditetapkan.

You might also like