You are on page 1of 6

KERTAS KERJA HARI KERJAYA

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MUDA 2015

1 PENGENALAN

Kerjaya merujuk kepada bagaimana individu melihat diri mereka dan hubungannya
dengan apa yang dilakukan. Ianya juga merujuk kepada apa yang dicita-citakan oleh
individu sepanjang kehidupannya. Selain daripada itu, kerjaya juga merujuk kepada
kerja dan tingkahlaku yang dilakukan oleh individu yang mengambil tempat sepanjang
kehidupannya.

Pemilihan kerjaya pada masa kini merupakan satu cabaran besar yang perlu dilalui oleh
semua individu yang bakal menempuhi alam pekerjaan. Seringkali didengari rungutan
pelbagai pihak tidak kira di media massa seperti televisyen dan akhbar, dan juga menjadi
perbualan harian masyarakat Malaysia tentang masalah kekurangan pekerjaan yang
terpaksa ditempuhi para graduan. Justeru, pemilihan program yang sesuai di universiti
terutamanya sangat penting kepada para pelajar. Kesilapan membuat pilihan kursus yang
kurang mempunyai peluang pekerjaan akan membuatkan para graduan terpaksa
menganggur atau memilih kerjaya yang tidak sesuai dengan kelulusan.

Oleh itu, unit bimbingan dan kaunseling di bawah portfolio kerjaya akan menjalankan
program Hari Kerjaya Sekolah Kebangsaan Batu Muda 2015 buat julung kalinya.
Pelaksanaan program ini merupakan suatu medium terbaik untuk murid-murid
mendapatkan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan berkaitan peluang melanjutkan
pelajaran dan kerjaya impian mereka.

2 MATLAMAT

Matlamat utama pelaksanaan program ini adalah untuk memberi pendidikan kerjaya yang
berfokuskan bidang-bidang kerjaya utama yang boleh diceburi murid berdasarkan minat
dan kelayakan akademik mereka.
3 OBJEKTIF
Berikut merupakan objektif pelaksanaan program Hari Kerjaya Sekolah Kebangsaan
Batu Muda 2015:

1. Memberi maklumat mengenai peluang melanjutkan pelajaran di institut pengajian


tinggi awam atau swasta.
2. Menggalakkan murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi selepas tamat persekolahan.
3. Memberi pendedahan awal kepada murid mengenai pelbagai bidang kerjaya yang
boleh diceburi mereka.
4. Membantu murid membuat pemilihan kerjaya yang sesuai dengan minat dan
pencapaian akademik mereka.
5. Menimbulkan rasa minat dalam diri murid untuk menceburi bidang-bidang kerjaya
terkini yang mempunyai prospek yang tinggi.

4 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Batu Muda.

5 TARIKH, MASA DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tarikh : 28 & 29 Oktober 2015

Masa : 8.00 pagi hingga 1.05 petang

Tempat : Sekolah Kebangsaan Batu Muda.


6 KEWANGAN

6.1 PERBELANJAAN

Bil Aktiviti Jumlah (RM)


1 Ujian Personaliti 10.00
2 Pertandingan Mewarna Poster Kerjaya

Tempat pertama : RM5.00 x 3


Tempat Kedua : RM3.00 x 3 30.00
Tempat ketiga : RM2.00 x 3

2 Pertandingan Spell It Right versi kerjaya

Tempat pertama : RM10.00


Tempat kedua : RM8.00
42.00
Tempat ketiga : RM6.00
Saguhati (4&5) : RM4.00 x 2
Saguhati (6-10) : RM2.00 x 5

3 Pertandingan Buku Skrap Kerjaya

Tempat pertama : RM20.00


45.00
Tempat kedua : RM15.00
Tempat ketiga : RM10.00

4 Pertandingan Kiosk Pameran kerjaya

Tempat pertama : RM25.00


50.00
Tempat kedua : RM15.00
Tempat ketiga : RM10.00

4 Pameran kerjaya 100.00


5 Bengkel penulisan (Cenderahati) 20.00
6 Pertandingan Menulis Cerpen -
JUMLAH 297.00

6.2 PEMBIAYAAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1 Sekolah 300.00
2 PCG Kaunseling 50.00
3 Sumbangan PIBG ( Hadiah untuk pemenang 100.00
pertandingan menulis cerpen)

7 AKTIVITI
Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

Bil Aktiviti Hari Masa Tempat Kumpulan Guru bertugas


sasaran

1 Pertandingan Rabu 7.35 pagi – Kelas Murid Encik Mior


mewarna poster 8.35 pagi. masing- Tahap 1 Ahmad Nazril
kerjaya masing Bin Mohamad
Yusuf Anuar
2 Pertandingan Rabu 8.35 pagi- Bilik Muzik Murid Cik Norzahida
Spell It Right 10.05 pagi Tahap 2 binti Zakaria
versi kerjaya (4 & 5)

3 Bengkel Rabu 10.30 pagi – Dewan Seri Murid Pn Suzerawati


penulisan dan 12.30 tengah Muda Tahun 6 binti Hussin &
pertandingan hari PnYusnidawati
menulis cerpen bt Mohd
Yusoff
4 Pertandingan Kelas Murid Pn Norzuraini
Buku Skrap Masing- Tahun 6 binti Mohd
Kerjaya Sebelum Pameran Masing Izraie & Pn
Sharmini A/P
Permalu
5 Pameran Khamis 8.35 pagi – Foyer Semua Encik Mohd
kerjaya 1.05 tengah sekolah Murid Saifulrizan b.
hari. Said & Encik
Abdul Nin b.
Hajim
6 Pertandingan Khamis 8.35 pagi – Foyer Peserta Encik Mohd
kiosk pameran 1.05 tengah sekolah Pameran Saifulrizan b.
hari Said & Encik
Abdul Nin b.
Hajim
6 Ujian Rabu 8.35 pagi – Bilik Murid Pn. Sharifah
Personaliti dan 10.35 pagi. kaunseling. Tahap 2 Maizatul
Khamis Zuraida bt
Syed
Mustafaphanin
8 AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI PUAN TUAN KAMARIAH BINTI NIK SIN


NAIB PENGERUSI ENCIK MOHD RAZIF BIN MOHD TAHIR
PUAN HASHAFA BINTI HUSSIN
ENCIK ABDULLAH BIN SHUIB
SETIAUSAHA PUAN ZATUL AMALI BINTI ABUN SEMAN
PENYELARAS ENCIK MOHAMAD SYAHMIL BIN ZAKARIA
NAIB PENYELARAS PUAN SHARIFAH MAIZATUL ZURAIDA BT
SYED MUSTAFAPHANIN
AHLI JAWATANKUASA
AKTIVITI GURU
1. UJIAN PERSONALITI PUAN SHARIFAH MAIZATUL ZURAIDA BT
SYED MUSTAFAPHANIN
2. PERTANDINGAN SPELL CIK NORZAHIDA BINTI ZAKARIA
IT RIGHT VERSI
KERJAYA
3. PERTANDINGAN BUKU PUAN NORZURAINI BINTI MOHD IZRAIE
SKRAP PUAN SHARMINI A/P PERMALU
4. BENGKEL PENULISAN PUAN SUZERAWATI BINTI HUSIN
DAN PERTANDINGAN PUAN YUSNIDAWATI BINTI MOH YUSOFF
MENULIS CERPEN
5. PAMERAN ENCIK SAIFULRIZAN BIN SAID
KERJAYA/PERTANDIN ENCIK ABDUL NIN BIN HAJIM
GAN KIOSK PAMERAN
FOTOGRAFI ENCIK HARIZ BIN OSMAN
HADIAH & CENDERAHATI PUAN NORZURAINI BINTI MOHD IZRAIE
PUAN SHARMINI A/P PERMALU
DOKUMENTASI PUAN NORMAZITA BINTI HUSSAIN
PUAN AZNIDA BINTI NASRUDDIN

9 PENUTUP

Melalui pelaksanaan hari kerjaya ini, amatlah diharap agar murid-murid dapat
memperoleh informasi-informasi berguna berkaitan kerjaya secara maksima. Selain itu
murid juga diharap dapat mengaplikasikan segala maklumat yang diperoleh sepanjang
penganjuran hari kerjaya apabila mereka ingin melanjutkan pelajaran dan memilih
kerjaya pada masa akan datang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………….. …………………………………………
(ZATUL AMALI BINTI ABU SEMAN) (TUAN KAMARIAH BINTI NIK SIN)
Setiausaha Hari Kerjaya Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Batu Muda Sekolah Kebangsaan Batu Muda

You might also like