You are on page 1of 1

Kepada : Bil : SKPI/100/13/1/4 JLD2( )

Tarikh : 13 SEPTEMBER 2023


Jurutera Daerah
JKR Daerah Timur Laut
2851-N Jalan JKR
11600 Georgetown
Pulau Pinang.

Tuan,

PERMOHONAN PINJAMAN/PENYEWAAN 3 UNIT KHEMAH SEMPENA HARI SUKAN


SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Perempuan Island akan mengadakan


Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke - 64 seperti butiran berikut:-

Tarikh : 23 September 2023 (Sabtu)


Bermula Jam : 7.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Perempuan Island,
Jalan Sultan Ahmad Shah.

3. Sehubungan dengan itu pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)
memohon untuk mendapatkan pinjaman/penyewaan 3 buah khemah sahaja (tanpa kerusi)
untuk digunakan pada kejohanan tersebut.

4. Pihak kami amat berharap permohonan ini dapat diberikan perhatian dan diluluskan.
Segala perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

--------------------------------------------------------
(EN. NIK MOHD NAZRUL BIN NIK HUSIN)
YDP PIBG SK Perempuan Island

You might also like