You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

GOTONG-ROYONG PERDANA 2019


SMK SERI MULIA

1.0 PENGENALAN
Program ini dirancang adalah untuk menceriakan persekitaran kawasan sekolah.
Keceriaan yang dihasilkan khusus untuk keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria
akan memastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam keadaan yang
menyeronokkan malah mereka dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan
bermotivasi.

Bagi guru pula, sekolah yang ceria akan memberikan para guru semangat
untuk memcurahkan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Kertas kerja ini disediakan
adalah untuk mendapat kelulusan program daripada Pengetua serta kerjasama
daripada semua barisan pentadbir dan Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan SMK
Seri Mulia. Di samping itu, program ini juga mampu untuk menerapkan nilai-nilai
murni dalam diri para pelajar seperti semangat kerjasama dan cintakan kebersihan.
Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan bilik-
bilik khas, kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah dan keceriaan kawasan
sekitar sekolah.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM


2.1 Mewujudkan sekolah yang lebih ceria, harmonis bagi meningkatkan mutu
pendidikan dan tenang serta selesa selaras dengan visi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
2.2 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih, indah, selamat dan ceria.
2.3 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
2.4 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu dalam
kalangan murid, guru dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang
berkaitan dengan penglibatan semua pihak khususnya bagi program berkaitan
kebersihan sekolah.

3.0 KUMPULAN SASARAN / PESERTA


Semua pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 SMK Seri Mulia.

4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM


TARIKH HARI MASA TEMPAT PENGLIBATAN
17 & 18 Okt 2019 Khamis 10.30 PG - 1.50 PTG Bilik-bilik khas Warga SMK Seri Mulia
Jumaat 10.30 PG - 12.10 TGH & semua kelas
19 Okt 2019 Sabtu 7.30 PG – 12.00 TGH Sekitar kawasan Warga SMK Seri Mulia
SMK Seri bersama ibu bapa pelajar
Mulia & komuniti
1
5.0 JAWATANKUASA INDUK GOTONG ROYONG

Pengerusi : En. Mustafa Kamal bin Musa


Timb. Pengerusi : Pn. Rosmiyati binti Abdullah Shukor
Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Jafri bin Mohamad Yusof
Naib Pengerusi 2 : En. Saharrudin bin Yusof
Setiausaha : Pn. Siti Zubaidah binti Abu Bakar
Timbalan Setiausaha : Pn. Norziah binti Ahmad

Bil. Jawatankuasa Perincian Tugas


1 JK Jemputan -Menguruskan urusan surat-menyurat
 Pn. Siti Zubaidah binti Abu Bakar kepada pihak yang berkenaan

2 JK Penyusunan Perabot 1. Mengeluarkan dan memindahkan


 En. Muhammad Amirul Azwan perabot dari bilik suis/stor tingkat 1 & 2
bin Hamzah (K) ke ruang legar di tingkat 2 dan 3 antara
 En. Mohd. Subryaime bin Mat bengkel SRT & Makmal 3.
Nawai 2. Mendapatkan bantuan daripada murid-
 En. Adzery bin Ariffin murid
 Pn. Nurhidayu binti Zahri 3. Perabot yang rosak,hendaklah dihantar
 Pn. Norshila binti Haruddin ke Rumah Sampah dan dikumpulkan
 Pn. Amirah Usman dengan kemas.

3 JK Makanan & minuman Tindakan bagi 17 Okt 2019 (Khamis)


 Cik Siti Fatimah binti Ibrahim(K) dan
 Pn. Nurhazirah binti Harun 18) kt 2019 (Jumaat):
 Pn. Nor Azra binti Mahmad 1.Membuat tempahan air mineral dan
Redzuan mengagihkannya kepada murid pada
 Pn. Nur Hanani binti Idrus kedua-dua hari berkenaan.
2. Memastikan murid membuang sampah
di tong sampah yang disediakan.

Tindakan bagi 19 Okt 2019 (Sabtu):


-Membuat tempahan makanan & minuman
dan mengagihkannya kepada murid, guru,
ibu bapa serta komuniti(sekiranya tidak
mendapat sumbangan daripada DBKL)
4 JK Pendaftaran (Sabtu) -Menyediakan borang pendaftaran program

2
 Cik Nor Shahirah binti -Melaksanakan pendaftaran bagi semua
Azman Shah pihak yang terlibat
5 JK Jurugambar -Mengambil gambar sepanjang program
 Pn. Norhanis binti Abdul Halim dan mengumpulkan bahan yang
@ Jamahuri (K) berkaitan untuk dokumentasi.
 Pn. Victoria a/p Francis
6 JK Dokumentasi 1. Mengumpul semua maklumat dan
 Pn. Rozana binti Masrom (K) gambar yang diperlukan.
 Pn. Nor Ratna binti Abdullah 2. Menyediakan 3 salinan dokumentasi
dalam tempoh 2 minggu dari tarikh
program serta menyerahkannya kepada
Pengetua, PK HEM dan perpustakaan.
7 JK Kebersihan -Memastikan kebersihan sentiasa
 En. Mohd Zullzailah bin Zakaria dilaksanakan sepanjang program dan
(K) selepas program (17-19/10/2019)
 Pn. Siti Zahirah Nor binti Yusoff
 Pn. Tey Wei Peng
 Pn. Rosniza binti Ramli
 Pn. Norul Ain binti Anwar
8 JK Kawalan & Disiplin -Memastikan disiplin murid terkawal
 En. Muhammad Syafiqry bin sepanjang program(17-19/10/2019)
Zamri (K)
 Pn. Masayu binti Mohamed
Yunus
 Pn. Hamizah binti Abas
 Pn. Kamziyah binti Mohd Yaman

3
5.1 JK khas gotong-royong : 17 Okt 2019 (Khamis)

Bil. Jawatankuasa Perincian Tugas


1. JK kebersihan dan Keceriaan 1. Menambah 3 kuantiti perabot kelas sedia
Kelas ada (meja dan kerusi pelajar).
 Guru kelas dan murid 2. Menyusun perabot dengan gaya PAK 21.
3. Membersihkan segala nota dan tampalan di
kelas dan mengekalkan kain di papan
kenyataan kelas.
4. Membersihkan kelas dan tingkap dengan
sebaiknya.
2. JK Bilik-bilik Khas 1. Memastikan peralatan dalam keadaan
baik
dan boleh digunakan pada tahun 2020.
2. Peralatan yang rosak dikumpul dan
diletakkan di Rumah Sampah.
3. Membersihkan Bilik Khas agar boleh
digunakan dengan selesa pada tahun 2020
tanpa sebarang masalah.
4. Mendapatkan bantuan daripada murid-
murid.

5.2 JK khas gotong-royong : 18 Okt 2019 (Jumaat)

Bil. Jawatankuasa Perincian Tugas


1. JK Bilik-bilik Khas 1. Menyelesaikan tugasan gotong-royong pada
17 Okt 2019 (Khamis).
2. Memastikan Bilik Khas dalam keadaan
kemas, teratur dan kondusif untuk Pdpc.
2. JK Bilik Guru 1.Memastikan peralatan dalam keadaan baik
 Pn. Haslindar Nor bt dan boleh digunakan pada tahun 2020.
Ismail 2.Peralatan yang rosak dikumpul dan
JK Bilik Rehat Guru diletakkan di Rumah Sampah.
 Pn. Nur Hanani binti 3.Membersihkan bilik-bilik/bengkel-bengkel
Idrus berkenaan agar boleh digunakan dengan selesa
JK Bengkel-bengkel pada tahun 2020 tanpa sebarang masalah.
 Pn. Nik Normukartini 4.Mendapatkan bantuan daripada murid-murid.
binti Nik Jid
2. JK Kerohanian 1. Memastikan murid-murid yang tidak terlibat

4
 En. Ghani bin Salleh dengan gotong-royong dikumpulkan di
 En. Ahmad Pua’ad bin Makmal Bahasa (murid lelaki) dan Surau
Ibrahim (murid perempuan)
 Pn. Arman bin Ab Manaf 2. Menentukan tayangan video yang sesuai
 Pn. Azlina Hazrin binti untuk
Azuddin ditayangkan kepada semua murid.
 Pn. Salmiah binti Mamat 3. Memastikan tempat yang digunakan dalam
keadaan kemas dan teratur selepas
digunakan.

5.3 JK Khas gotong-royong : 19 Okt 2019 (Sabtu)

Bil. Jawatankuasa Perincian Tugas


1. JK Taman Herba (belakang 1. Menentukan lokasi Taman Herba.
Makmal Komputer) 2. Menyediakan pelan lantai.
 Pn.Nik Hasni bt Nik 3. Membuat tempat/batas bagi tanaman herba.
Yahya (Penyelaras) 4. Menentukan susunan/letak pasu bagi tanaman
 Pn.Norziah bt Ahmad (K)
 En. Mohd Zullzailah bin herba.
Zakaria 5. Menanam pokok-pokok herba.
 En. Arman bin Ab Manaf 6.Mendapatkan senarai murid yang akan
 Pn.Anita bt Haron membantu(15 orang murid).
 Pn. Azlina Hazrin binti
Azuddin
 Pn.Norhayati bt Ismail
 Pn.Fadzila bt Mohd
Yunos
 Pn. Masayu bt Mohamed
Yunos
 Pn. Nor Azra bt Mahmad
Redzuan

2. JK Rumah Sampah 1. Memastikan semua perabot rosak telah


 Pn Aznita bt diletakkan di rumah sampah.
Nawi(Penyelaras) 2. Mendapatkan senarai murid yang akan
 En. Muhammad Amirul membantu(15 orang murid).
Azwan bin Hamzah (K) 3. Memastikan rumah sampah bersih selepas
 En. Hafiz Ikhwan bin semua perabot diangkut ke dalam lori.
Ghazali 4. Memastikan keselamatan guru dan murid
 Pn.Maizatul Farhan bt semasa aktiviti dijalankan..
A.Rahim
 Pn. Nurhidayu binti Zahri
5
 Pn. Zulhayati bt
Nasaruddin
 Pn. Amirah Usman
 En Adzrey b Ariffin
 Pn. Victoria a/p Francis
3. JK Foyer PJK 1. Mendapatkan senarai murid yang akan
 Pn.Rohazlina bt Othman membantu(15 orang murid)
(Penyelaras) 2. Mengemaskini papan kenyataan di foyer
 En. Mohd Subryaimie bin tersebut
Mat Nawai(K) 3. Mengecat Foyer PJK dengan warna yang
 Pn. Nur Suriani bt sesuai
Abdullah 4. Mengecat bahagian pentas dengan rekaan
 Pn. Norshila binti batu-bata.
Haruddin 5. Mengemas dan menyimpan semula peralatan
 Pn.Ramlah bt Ali yang telah digunakan.
 Pn.Rozana bt Aini@Zaini 6. Memastikan seluruh kawasan Foyer PJK
bersih dan kondusif untuk digunakan.
 Pn. Siti Zubaidah bt Abu
Bakar
 Cik Norshahirah bt
Azman Shah
 Pn. Norul Ain bt Anwar
 Pn. Nur Hanani bt Idrus
4. JK Dataran Seri Mulia 1. Mendapatkan senarai murid yang akan
 En. Abd Halim bin Md membantu (15 orang murid)
Yahya (K) 2. Mengecat bahagian bawah tiang di Dataran
 En. Ghani bin Salleh Seri Mulia dengan warna yang sesuai
 Pn.Nik Normukartini bt 3. Mengecat bahagian kaki pentas.
Nik Jid 4. Mengemas dan menyimpan semula peralatan
 Pn. Nikmaizatulakma bt yang telah digunakan.
Mohamod 5. Memastikan persekitaran Datarn Seri Mulia
 Pn. Zalifah bt Sulaiman bersih dan kemas.
 En.Ahmad Pua’ad bin
Ibrahim
 Pn.Siah Siew Teng
 Pn. Hamizah bt Abas
 Pn. Haslindar Nor bt
Ismail
5. JK Bilik Kokurikulum 1.Memastikan peralatan dalam keadaan baik
 En. Mohd Syafiqri bin dan boleh digunakan pada tahun 2020.
Zamri (K) 2.Peralatan yang rosak dikumpul dan
 Pn. Salmiah Mamat diletakkan di Rumah Sampah.

6
 Pn. Siti Zahirah Nor bt 3.Membersihkan bilik berkenaan agar boleh
Yusoff digunakan dengan selesa pada tahun 2020 tanpa
 Pn. Kamziyah bt Mohd sebarang masalah.
Yaman 4.Mendapatkan bantuan daripada murid-murid.
 Pn. Nurhazirah bt Harun
 Cik Siti Fatimah bt
Ibrahim
 Pn. Tey Wei Peng
 Pn. Rosniza bt Ramli
 Pn. Norhanis bt Abdul
Halim @ Jamahuri
 Pn. Nor Ratna bt
Abdullah
 Pn. Rozana bt Masrom

6.0 TENTATIF PROGRAM

HARI: 17 OKTOBER 2019 (KHAMIS)


MASA: 10.30pg – 1.50ptg
MASA AKTIVITI
10.30pg – 1.30ptg -Murid berada di kelas masing-masing
bersama guru dan mentor kelas
-Aktiviti gotong-royong bermula
1.30ptg – 1.50ptg -Murid bersiap sedia untuk solat Zohor
berjemaah
1.50ptg -Murid ke Laman Bestari (murid lelaki)
&
Surau (murid perempuan) untuk
menunaikan solat Zohor
2.20ptg - Bersurai

HARI: 18 OKTOBER 2019 (JUMAAT)


MASA: 10.30pg – 12.20tgh
MASA AKTIVITI
10.30pg – 12.10tgh -Murid-murid tertentu akan berada di
Bilik-bilik Khas untuk
membantu guru.
-Aktiviti gotong-royong bermula
-Murid yang tidak terlibat berada di
Makmal Bahasa (murid lelaki) dan
7
Surau (murid perempuan) menyertai
aktiviti kerohanian.
12.20tgh - Bersurai

HARI: 19 OKTOBER 2019 (SABTU)


MASA: 7.30pg – 12.00tgh
MASA AKTIVITI
7.30pg Pendaftaran dan berkumpul di tapak
perhimpunan
7.40pg Taklimat gotong-royong & pembahagian
lokasi
- Taman Herba
- Foyer PJK
- Dataran Seri Mulia
- Rumah Sampah
8.00pg Aktiviti gotong-royong bermula
10.00pg Rehat
10.30pg Aktiviti gotong-royong
11.30pg Mengemas dan menyimpan semula
semua peralatan
12.00tgh Bersurai

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH


1. Air mineral 53 kotak X RM 10 X 3 hari RM 530.00
2. Makanan:
a) Guru 56 orang X RM 6 RM 336.00
b) PIBG 9 orang X RM 6 RM 54.00
c) Ibu bapa & komuniti 30 orang X RM 6 RM 180.00
d) Murid 155 orang X RM 6 RM 930.00
3. Keceriaan Bilik Mesyuarat
a) Wallpaper 8 gulung X RM 25 RM 200.00
b) Kain skirting warna ungu 1 kayu X RM 180 RM 180.00
c) Kain skirting warna pink 1 kayu X RM 180 RM 180.00
d) Kain warna cream 10 meter X RM 3.20 RM 32.00
e) Paku tekan 20 kotak X RM 1.80 RM 36.00
f) Upah pasang wallpaper RM 300 RM 300.00
g) Upah jahit skirting RM 1000 RM 1000.00
JUMLAH RM 3958.00
8.0 SUMBER KEWANGAN

8
BIL PERKARA JUMLAH
.
1. Duit kutipan Tabung Jumaat RM 530.00
2. Sumbangan PIBG RM 1500.00
2. Wang tumpang akaun PIBG RM 1928.00
(Wang Sumbangan Malam
Apresiasi Parlimen Bandar Tun
Razak)
JUMLAH RM 3958.00

9.0 PENUTUP

Adalah diharapkan Gotong-Royong Perdana 2019 yang dirancang ini akan mendapat
sokongan dan kerjasama yang jitu daripada semua pihak. Kami berharap agar program ini
mendapat kelulusan daripada pihak tuan, bagi melancarkan program yang telah dirangka ini.
Moga program yang dirancang akan dapat mencapai objektif dengan jayanya. Mudah-
mudahan program ini juga akan memberi kebaikan kepada semua warga SMK Seri Mulia
disamping mengeratkan lagi ukhwah di antara murid dan guru.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

______________________________ ________________________________
( Siti Zubaidah binti Abu Bakar) ( Rosmiyati binti Abdullah Shukor)
Setiausaha 3k, PK Hal Ehwal Murid,
SMK Seri Mulia SMK Seri Mulia

Disahkan oleh: Diluluskan oleh:

__________________________ _______________________________
( Mustafa Kamal bin Musa) (Rohaizat bin Ab. Ghani)
Pengetua, Yang DiPertua PIBG
SMK Seri Mulia SMK Seri Mulia

You might also like