You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI MULIA, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
MAJLIS PENTAULIAHAN KETUA TINGKATAN 2019

1.0 Pengenalan
Ketua Tingkatan merupakan tulang belakang kepada keberkesanan pengurusan
kelas dari segi proses pengajaran dan pembelajaran serta kawalan disiplin kelas
oleh guru tingkatan. Ketua Tingkatan yang berkesan dapat membantu guru tingkatan
untuk melaksanakan tugas pengurusan kelas dengan mudah dan teratur.

2.0 Objektif
Majlis Pentauliahan Ketua Tingkatan bertujuan untuk:
i. mengiktiraf perlantikan Ketua Tingkatan
ii. memberi kuasa secara rasmi kepada Ketua Tingkatan yang dilantik
untuk menjalankan tugas-tugasnya.

3.0 Rasional
Pengiktirafan merupakan suatu proses yang dapat menyuntik semangat kepada
individu untuk menjalankan tugasnya dengan baik, sempurna dan berkesan.
Seseorang yang diberi pengiktirafan untuk menjalankan tugas akan menjalankan
tugas yang diamanahkan dengan lebih sempurna dan berkesan.

4.0 Tarikh : 11 hb Februari, 2019

5.0 Masa : 7.30 pagi (semasa perhimpunan rasmi sekolah)

6.0 Tempat : Tapak Perhimpunan SMK Seri Mulia

7.0 Jawatan Kuasa Majlis

Pengerusi : Encik Mustafa Kamal Bin Musa


Naib Pengerusi : Pn Rosmiyati Bt. Abdullah
Setiausaha : Pn Rozana Bt Masrom
Naib Setiausaha : Pn Anita Bt Haron
Ahli Jawatankuasa Pelaksana:
: -Penyelia Penerima Pentauliahan
(i) Pn Noor Izzati Bt Sungali
(ii) Pn Nur Suriani Bt Abdullah
-Juruacara
En.Arman bin Ab Manaf
-Jurugambar
Nurhanis Bt Ab Halim
-Dokumentasi
Pn.Nik Nik Maizatulakma bt Mohamad
-Bacaan Ikrar
En Adzery Bin Ariffin
8.0 Aturcara Majlis : - Ucapan Pengetua
- Penyampaian sijil Kepada Ketua
Tingkatan/ Penolong Ketua Tingkatan
- Bacaan Ikrar

9.0 Penutup
Diharapkan Majlis Pentauliahan Ketua Tingkatan dapat menyuntik semangat
kepada ketua-ketua tingkatan yang dilantik untuk menjalankan tugas dengan
berkesan bagi sesi persekolahan 2019 ini.

Disediakan oleh:

____________________________
(PN ROZANA BT MASROM)

Disemak oleh:

____________________________
(PN ROSMIYATI BT ABDULLAH)

Diluluskan oleh:

____________________________
(EN MUSTAFA BIN MUSA)
LAMPIRAN

SENARAI NAMA KETUA DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN


KELAS KETUA TINGKATAN PENOLONG KETUA
TINGKATAN
1 AMANAH

1 JUJUR

1 DEDIKASI

1 SETIA

1 CEKAL

2 AMANAH

2 JUJUR

2 DEDIKASI

2 SETIA

2 CEKAL

3 AMANAH

3 JUJUR

3 DEDIKASI

3 SETIA

3 CEKAL

4 MUSYTARI

4 NEPTUNE

4 ZUHRAH

4 ZUHAL

4 MARIKH

4 URANUS
KELAS KETUA TINGKATAN PENOLONG KETUA
TINGKATAN
5 MUSYTARI

5 NEPTUNE

5 ZUHRAH

5 ZUHAL

5 MARIKH

5 URANUS
Tugasan:
1. Maklumkan penerima pentauliahan akan majlis yang akan berlangsung
2. Mengutip bayaran harga lencana/badge
3. Susun penerima pentaulihan di hari kejadian
4. Mengikut senarai nama
5. Maklumkan kepada penerima pentauliahan tentang bacaan ikrar.
SKRIP JURUACARA

Ketua Tingkatan merupakan tulang belakang kepada keberkesanan pengurusan


kelas dari segi proses pengajaran dan pembelajaran serta kawalan disiplin kelas
oleh guru tingkatan. Ketua Tingkatan yang berkesan dapat membantu guru tingkatan
untuk melaksanakan tugas pengurusan kelas dengan mudah dan teratur.

Majlis Pentauliahan Ketua Tingkatan bertujuan untuk:


i. mengiktiraf perlantikan Ketua Tingkatan
ii. memberi kuasa secara rasmi kepada Ketua Tingkatan yang dilantik
untuk menjalankan tugas-tugasnya.

Untuk Meneruskan majlis, dijemput, Yang Berusaha En.Mustafa Bin Musa ,


Pengetua SMK Seri Mulia untuk menyampaikan ucapan.

Terima Kasih Yang Berusaha En Mustafa. Diharapkan ucapan Yang Berusaha En.
Mustafa itu tadi akn menjadi pembakar semangat untuk para ketua dan ketua
tingkatan berkhidmat dengan cemerlang.

Untuk menyempurnakan Upacara Pentauliahan Ketua dan Penolong Ketua


Tingkatan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan sekali lagi, Yang
Berusaha En. Mustafa Bin Musa untuk menyampaikan lencana kepada calon-calon
ketua dan penolong ketua tingkatan.

(LAMPIRAN)

Terima Kasih Yang Berusaha En. Mustafa

Seterusnya para ketua dan penolong ketua tingkatan dimohon naik ke pentas untuk
membaca ikrar ketua tingkatan yang diketuai oleh ……………………………………….

Dengan bearakhirnya bacaan Ikrar tadi, maka tamat lah sudah majlis pentauliahan
ketua dan penolong ketua tingkatan bagi sesi 2019. Diharapkan dengan
pentauliahan ini para ketua dan penolong ketua tingkatan akan dapat menunaikan
tanggungjawab masing-masing dengan penuh dedikasi. Terima Kasih
IKRAR KETUA TINGKATAN

Bahawasanya kami,

Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan,

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mulia,

Berikrar,

Akan berusaha bersungguh-sungguh,

Membantu guru Tingkatan,

Menjaga dan meningkatkan,

Disiplin Kelas,

Menjaga Keceriaan Kelas,

Dan mengekalkan,

Keharmonian Kelas.

Kami juga berjanji

Akan belajar bersungguh sungguh,

Mematuhi peraturan sekolah,

Menjaga dan meningkatkan sahsiah diri,

Serta menjaga

Nama baik diri,

Kelas dan Sekolah.

You might also like