You are on page 1of 5

[SMAR.

700-8/4/1 ]

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU


KERTAS KERJA
BENGKEL ’PUBLIC SPEAKING FOR LEADERS’
HELP ME! I HATE PUBLIC SPEAKING
TAJAAN YAYASAN WIBA PRIMA

Pn Hjh Rozana binti Yahya,


Pengetua Sekolah Menengah Agama Rembau

TAJUK KERTAS CADANGAN


BENGKEL ’PUBLIC SPEAKING FOR LEADERS’

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM


Pengucapan awam atau dalam Bahasa Inggerisnya ’Public Speaking’ merupakan satu
medium pengucapan yang memberi impak yang besar dalam menyampaikan sesuatu perkara
di hadapan orang ramai dengan penuh keyakinan dan semangat. Pelajar SMA Rembau,
khususnya Badan Kepimpinan Pelajar seperti pengawas, pustakawan, BADAR serta
pembimbing rakan sebaya seharusnya mempunyai kemahiran dalam pengucapan awam.
Ketidakhadiran semangat bersuara secara terbuka serta kurangnya keyakinan dalam diri
mereka menyebabkan mereka tidak berani dalam melakukan pengucapan awam.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu serta mewujudkan badan kepimpinan
pelajar yang bersemangat, berkeyakinan serta berani menyuarakan pendapat mereka dalam
pengucapan awam serta memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri pengalaman
dalam memberikan pengucapan awam kepada orang ramai agar pada masa akan datang,
apabila mereka diperlukan dalam program-program samada di sekolah atau di luar, mereka
mampu untuk bersuara serta memberi pendapat tanpa rasa takut dan gentar apabila di
khalayak ramai.

Program ini juga merupakan program yang ditaja oleh Yayasan Wiba Prima yang terletak di
Cyberjaya, Wilayah Persekutuan. Ceramah akan disampaikan oleh Encik Amirul Iskandar bin
Mannan.

3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk meluaskan lagi pengalaman dalam menyertai
aktiviti-aktiviti yang mampu merangsang perkembangan pembelajaran mereka.
3.2 Mewujudkan pemimpin yang berani untuk tampil ke hadapan untuk menyuarakan
sesuatu.
3.3 menambah baik kemahiran pelajar dalam kemahiran pengucapan awam.

4. KUMPULAN SASAR –
4.1 Barisan kepimpinan Pengawas, Pustakawan PSS, BADAR dan pembimbing Rakan
sebaya.
5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 22 Jun 2023


Hari : Khamis (2.00 – 4.30 petang)
Tempat : Dewan An-Nawawi, Sek. Men. Agama Rembau

ATURCARA BENGKEL ’PUBLIC SPEAKING FOR LEADERS’

2.00 – 2.15 petang Pendaftaran pelajar


2.15 – 2.30 petang Bacaan Doa
Ucapan Pengetua / HEM
2.30 – 4.00 petang BENGKEL ’PUBLIC SPEAKING FOR LEADERS’
dikendalikan oleh En. Amirul Iskandar bin Mannan
4.00 – 4.15 petang Sesi Soal Jawab
4.15 – 4.30 petang Jamuan bagi penceramah dan kakitangan
Pelajar bersurai

6. JAWATANKUASA KERJA

Penasihat/Pengerusi : Pn. Hjh. Rozana binti Yahya (Pengetua)


Naib Pengerusi 1 : Pn. Hasni binti Hashim (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Tn. Hj. Zaharin bin Sulaiman (PK Pentadbiran)
Setiausaha : En. Muhammad Nazirul bin Bakarudin
Bendahari : Pn. Rashidah binti Md Rifin

Bacaan Doa : Pengawas (Nabil Syaqir)

Juruacara Majlis : Pengawas (Nurain Fitriah binti Iswandy)

Persiapan Tempat : Pn. Norol Hawa binti Ishak


Dewan An-Nawawi

Jamuan VIP : Pn. Effa Yuli binti Mohd Yusof

AJK Kawalan Pelajar: En. Anuwar bin Mohamat

AJK Siaraya : En. Mohd Amar Rashidi bin Ismail

Poster program : Pn. Hanisah binti Hamdan

Buku Program : Pn. Muniratul Aqilah binti Mokhtar

Sijil penceramah & : Pn. Nor Hidayah binti Abd. Rahman


Fasilitator
7. IMPLIKASI KEWANGAN
PENDAPATAN ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Sumber Bil. Perkara Kuantiti Jumlah
(RM)
1. Bengkel Public PIBG YAYASAN 1. Bayaran penceramah RM 500 RM 500.00
Speaking For WIBA PRIMA motivasi
Leaders
RM64 RM740 2. Bahan bengkel RM240 RM 240.00
‘Help Me! I
Hate Public 3. Jamuan VIP RM8 x 8 RM 64.00
Speaking! orang
RM64 RM740 JUMLAH KESELURUHAN RM 804

8. ULASAN JPN/PPD
Tiada

9. PENUTUP

Diharap bengkel ‘Public Speaking for Leaders’ mendapat kerjasama dari semua pihak dan
dapat memberi impak positif kepada warga sekolah.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………….. ……………………….
(Muhammad Nazirul bin Bakarudin) Pn. Hasni binti Hashim
[Guru Badan Kepimpinan Pelajar] PK Hal Ehwal Murid
[SMA Rembau] [SMA Rembau]
Tarikh:20 Jun 2023 Tarikh:20 Jun 2023
KERTAS CADANGAN [BENGKEL ‘PUBLIC SPEAKING FOR LEADERS’]
_____________________________________________________________

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [BENGKEL ‘PUBLIC SPEAKING FOR


LEADERS’]

atau

Tidak meluluskan Cadangan [BENGKEL ‘PUBLIC SPEAKING FOR


LEADERS’]

Ulasan:
…………………………………………………………………………………………
…...
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………

...............................................
(Pn Hjh Rozana binti Yahya)
[Pengetua]
[SMA Rembau]
Tarikh:

You might also like