You are on page 1of 2

Ruj Kami: JPNK 800-4/4/2 (19 )

Tarikh : 10 Julai 2023

Pegawai Pendidikan Daerah


Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kedah

Pengetua dan Guru Besar


Sekolah - sekolah Negeri Kedah

Tuan,

PENYALURAN WARAN PERUNTUKAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM GOTONG


ROYONG SEKOLAH Dl BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - INISIATIF
BAJET 2023

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat Bahagian Kewangan,
Kementerian Pendidikan KPM.400-2/1/6 Jld.24 (86), bertarikh 27 Jun 2023 adalah berkaitan.

2. Seperti mana Tuan sedia maklum, melalui pembentangan Belanjawan 2023 pada 24
Februari 2023 di Parlimen, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diperuntukkan
sebanyak RM20 juta bagi Program Gotong Royong di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Program gotong-royong ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan warga pendidikan dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat, komuniti, agensi
kerajaan dan Non - Governmental Organization (NGO).

3. Pihak KPM telah bersetuju agar penyaluran peruntukan dilaksanakan kepada 751 buah
sekolah di bawah KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah berdasarkan agihan
yang telah ditetapkan.

4. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Pelaksanaan Program Gotong Royong di


bawah Belanjawan MADANI 2023 seperti di Lampiran B untuk rujukan Tuan.

5. Sehubungan dengan itu, Tuan adalah diminta untuk mengambil tindakan sewajarnya
dan mengisi pautan https://bit.ly/tarikhgtgmadani bagi menyatakan tarikh cadangan
pelaksanaan program tersebut.
JPNK 800-4/4/2 ( 19 )

6. Di samping itu, Tuan juga adalah diingatkan untuk:

6.1 mematuhi segala peraturan, tatacara, prosedur perolehan dan pekeliling Kerajaan
berkaitan pengurusan kewangan semasa yang berkuat kuasa; dan

6.2 mengambil langkah-langkah mengawal perbelanjaan dan memastikan


perbelanjaan dibuat secara berhemah selaras dengan garis panduan semasa
yang berkuat kuasa.

7. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh hubungi Encik Bukhori Bin Md.Desa
Penolong Pengarah HEM, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah di talian 0194417108.

Kerjasama daripada tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(SABRI BIN OSMAN, BCK.)


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
b.p Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

s.k. Pengarah Pendidikan Negeri Kedah

You might also like