You are on page 1of 4

AMALI 2

NAMA DAN KOD KURSUS USC1112 KIMIA TAK ORGANIK


SEMESTER SEMESTER 1

TAJUK 4.0 ASID DAN BES

4.1 Kekuatan asid dan alkali


SUBTOPIK
4.2 Larutan piawai

Markah Markah
HASIL PEMBELAJARAN %
Penuh diperolehi
Mengikuti eksperimen yang meliputi prinsip dan tindak
CLO2 20
balas asas kimia. (P3, PLO2, LD3a)

Mengaplikasikan kemahiran saintifik yang bersesuaian


CLO3 untuk menyelesaikan masalah berkaitan konsep asas 20
kimia. (C3, PLO3, LD2)

NAMA PELAJAR

PROGRAM

NO. KAD PENGENALAN

TARIKH

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

_____________________________________ _____________________________________
( ) ( )

Tarikh : Tarikh :

Arahan :
1
1. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara nilai pH asid dengan
kepekatan larutan piawai asid hidroklorik melalui pencairan larutan akueus
2. Sila sediakan laporan amali yang lengkap.

EKSPERIMEN 4.2.2 : LARUTAN PIAWAI DAN NILAI pH SUATU LARUTAN

Penyediaan 500 cm3 larutan piawai asid hidroklorik 0.1 mol dm-3 dan 0.01 mol dm-3 serta
Tajuk
mengukur nilai pH larutan.

Pengenalan/Teori 1. Larutan piawai ialah larutan yang kepekatannya diketahui dengan tepat.
2. Larutan piawai boleh disediakan sama ada daripada bahan pepejal atau melalui kaedah
pencairan larutan akueus.
3. Asid kuat ialah asid yang mengion dengan lengkap dalam air untuk menghasilkan kepekatan
ion hidrogen yang tinggi.
4. Darjah penceraian asid kuat dalam air adalah tinggi. Maka, kepekatan ion hidrogen, H+
dalam larutan akueus adalah tinggi.
5. Kepekatan larutan asid bertambah apabila nilai pH berkurang.
6. Apabila larutan asid dicairkan, kepekatan ion hidrogen, H+ berkurang. Maka, nilai pH
bertambah.
7. Asid hidroklorik, HCl mengion dengan lengkap dalam air menghasilkan ion hidrogen, H+ dan
ion klorida, Cl- yang bergerak bebas.

Pernyataan
Adakah kepekatan larutan piawai suatu asid mempengaruhi nilai pH?
Masalah
Untuk mengkaji hubungan antara nilai pH asid dengan kepekatan larutan piawai asid hidroklorik
Tujuan
melalui pencairan larutan akueus.

Hipotesis Semakin tinggi kepekatan asid, semakin rendah nilai pH asid.


[2 markah]
a) Dimanipulasikan Kepekatan asid
Pemboleh ubah [1 markah]
b) Bergerak balas Nilai pH
[1 markah]
c) Dimalarkan Jenis larutan piawai / jenis asid
[1 markah]
-3
Bahan Larutan asid hidroklorik 1.0 mol dm , air suling.
Radas Kelalang volumetrik 500 cm3 dan penutup, pipet, bikar 100 cm3, selinder penyukat, kertas pH.

Susunan radas

2
1. Larutan stok asid hidroklorik, HCl 1.0 mol dm-3 dituang ke dalam bikar. Isipadu asid
Prosedur hidroklorik 1 mol dm-3 yang diperlukan ditentukan menggunakan formula berikut :

M1V1 = M2V2

Kepekatan Isipadu larutan sebelum Kepekatan Isipadu larutan


larutan sebelum pencairan, larutan selepas selepas
pencairan, M1 V1 pencairan, M2 pencairan, V2
(a)
M1V1 = M2V2
-3
1 mol dm (1.0) V1 = (0.1) (500) 0.1 mol dm-3
500 cm3
V1 = 50 cm3
[2 M]

(b)
M1V1 = M2V2
-3
1 mol dm (1.0) V1 = (0.01) (500) 0.01 mol dm-3
500 cm3
V1 = 5 cm3
[2 M]

[4 markah]
-3
2. Isipadu (a) larutan asid hidroklorik 1 mol dm , V1 dikeluarkan menggunakan pipet dan
dipindahkan ke dalam kelalang volumetrik 500 cm3.
3. Air suling ditambah sehingga aras larutan mencapai tanda senggatan.
4. Kelalang volumetrik ditutup dengan penutup dan ditelangkupkan beberapa kali sehingga
kesemua larutan bercampur sekata.
5. Ulang langkah 2 hingga 4 dengan menggunakan isipadu (b) larutan asid hidroklorik 1 mol
dm-3.
6. 50 cm3 asid hidroklorik yang berlainan kepekatan dituang ke dalam tiga bikar yang
berasingan A, B dan C.
7. Nilai pH bagi setiap asid hidroklorik diukur menggunakan kertas pH.

Pemerhatian Bikar Kepekatan larutan asid Nilai pH

A 1.0 mol dm-3 pH 1

B 0.1 mol dm-3 pH 3

C 0.01 mol dm-3 pH 5

3
[Rubrik]

Perbincangan 1. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, bagaimanakah nilai pH berubah apabila kepekatan
asid hidroklorik, HCl berkurang?
Nilai pH semakin bertambah
[1 markah]
2. Larutan yang manakah mempunyai pH yang paling rendah?. Berikan sebab bagi jawapan
anda.
Larutan A kerana larutan A adalah asid kuat yang mengion dengan lengkap untuk
menghasilkan kepekatan ion hidrogen yang tinggi.
[2 markah]
3. Terangkan mengapa nilai pH bagi ketiga-tiga asid itu berbeza.
Apabila larutan asid dicairkan, kepekatan ion hidrogen akan berkurang maka nilai pH akan
bertambah.
[2 markah]
4. Ali telah disengat oleh tebuan di rumahnya menyebabkan tangannya sakit. Cadangkan satu
bahan yang mudah didapati di rumah yang boleh digunakan untuk rawatan awal bagi
mengurangkan kesakitan tangan Ali. Berikan sebab bagi cadangan anda.
1. Menggunakan cuka
2. Cuka adalah asid lemah
3. Cuka kurang mengkakis dan sesuai digunakan untuk kulit.
4. Asid lemah meneutralkan senggatan tebuan yang beralkali
[4 markah]

Hipotesis diterima.
Kesimpulan Nilai pH bertambah apabila kepekatan asid berkurang [2 markah]

- Tamat -

You might also like