You are on page 1of 4

AMALI 3

NAMA DAN KOD KURSUS USC1112 KIMIA TAK ORGANIK


SEMESTER SEMESTER 1

TAJUK 5.0 TERMOKIMIA

SUBTOPIK 5.2 Entalpi dan Pengiraan Tenaga

Markah Markah
HASIL PEMBELAJARAN %
Penuh diperolehi
Mengikuti eksperimen yang meliputi prinsip dan tindak
CLO2 20
balas asas kimia. (P3, PLO2, LD3a)

Mengaplikasikan kemahiran saintifik yang bersesuaian


CLO3 untuk menyelesaikan masalah berkaitan konsep asas 20
kimia. (C3, PLO3, LD2)

NAMA PELAJAR

PROGRAM

NO. KAD PENGENALAN

TARIKH

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

_____________________________________ _____________________________________
( LEONG MING KIEN ) ( )

Tarikh : 19/9/2022 Tarikh :

Arahan :

1
1. Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara nilai pH asid dengan
kepekatan larutan piawai asid hidroklorik melalui pencairan larutan akueus
2. Sila sediakan laporan amali yang lengkap.

EKSPERIMEN 5.2.1 : HABA PENEUTRALAN

Tajuk Membandingkan haba peneutralan

1. Haba peneutralan ialah perubahan haba apabila 1 mol air terbentuk daripada tindak balas
Pengenalan/Teori peneutralan antara asid dan alkali.
2. Tindak balas peneutralan antara asid dan alkali adalah tindak balas eksotermik kerana haba
dibebaskan menyebabkan suhu campuran tindak balas meningkat.
3. Tindak balas peneutralan berlaku dengan kekuatan yang berbeza. Tindak balas antara asid
kuat dengan alkali kuat membebaskan banyak haba dan haba peneutralan adalah tinggi
kerana mengalami pengionan yang lengkap.
4. Haba peneutralan antara asid lemah dan alkali lemah adalah yang paling rendah. Lebih
banyak tenaga diperlukan untuk mengion kedua-dua asid lemah dan alkali lemah dengan
lengkap.

Pernyataan Adakah tindak balas antara asid kuat dengan alkali kuat menghasilkan haba peneutralan yang
Masalah lebih tinggi daripada tindak balas antara asid lemah dengan alkali kuat?

Tujuan Untuk menentukan haba peneutralan antara asid dan alkali yang berlainan kekuatan

Hipotesis Tindak balas antara _____________ dengan _____________ menghasilkan haba peneutralan
yang lebih tinggi daripada tindak balas _______________ dengan ______________.
[2 markah]
[1 markah]
Pemboleh ubah a) Dimanipulasikan

[1 markah]
b) Bergerak balas

[1 markah]
c) Dimalarkan

Asid hidroklorik 1.0 mol dm-3, asid etanoik 1.0 mol dm-3 dan larutan natrium hidroksida 1.0 mol
Bahan
dm-3 .

Radas Cawan polistirena, termometer dan selinder penyukat.

Susunan radas

2
1. 50 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 disukat dan dituang ke dalam cawan polistirena.
Prosedur
2. 50 cm3 larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm-3 disukat dan dituang ke dalam cawan
polistirena yang lain.
3. Termometer dimasukkan ke dalam setiap larutan dan suhu awal setiap larutan direkodkan.
4. Asid hidroklorik 1.0 mol dm-3 dituang dengan cepat dan cermat ke dalam larutan natrium
hidroksida 1.0 mol dm-3.
5. Campuran itu dikacau dan suhu tertinggi campuran direkodkan.
6. Ulang langkah 1 hingga 5 menggunakan menggantikan asid hidroklorik dengan asid etanoik.

Langkah berjaga-jaga:
1. Termometer harus dibiarkan dalam larutan bahan tindakbalas selama beberapa minit
sebelum suhu awal diambil untuk memastikan larutan telah mencapai suhu sekata.
2. Larutan bahan harus dicampurkan dengan cepat supaya tindakbalas dapat diselesaikan
dalam masa yang singkat. Kehilangan haba ke persekitaran dapat dikurangkan.
3. Bacaan termometer harus diperhatikan sepanjang masa supaya suhu tertinggi yang dicapai
dapat direkodkan.

Pemerhatian Eksperimen 1 Eksperimen 2


Campuran bahan tindak balas Asid hidroklorik + Asid etanoik +
natrium hidroksida natrium hidroksida
Suhu awal asid (°C)
Suhu awal alkali (°C)
Suhu purata asid dan alkali (°C)
Suhu tertinggi campuran (°C)

Kenaikan suhu (°C), θ

[Rubrik CLO2]

Perbincangan 1. Hitung haba peneutralan bagi setiap tindak balas peneutralan

(a) Hitung bilangan mol air yang terbentuk daripada tindak balas peneutralan
i) Bil. mol asid ii) Bil. mol natrium iii) Bil. mol asid etanoik:
hidroklorik : hidroksida : MV
n=
MV MV 1000
n= n=
1000 1000

[2 markah]

3
Diberi muatan haba tentu larutan, c = 4.2 J g-1 °C-1; ketumpatan larutan = 1 g cm-3

(b) Hitung perubahan haba, Q = mcθ untuk setiap tindak balas.


m = Jumlah isipadu larutan x ketumpatan larutan
θ = Perubahan suhu (suhu akhir – suhu awal)

i) Eksperimen 1 : Asid hidroklorik + ii) Eksperimen 2 : Asid etanoik + natrium


natrium hidroksida hidroksida

[2 markah]

(c) Hitungkan haba peneutralan untuk setiap tindak balas


Q
ΔH = di mana Q = perubahan haba, n = bilangan mol
n

i) Eksperimen 1 : Asid hidroklorik + i) Eksperimen 2 : Asid etanoik + natrium


natrium hidroksida hidroksida

[2 markah]

2. Berdasarkan pengiraan anda, terangkan kenapa terdapat perbezaan dalam nilai haba
peneutralan dalam eksperimen 1 dan 2.

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________
[1 markah]

3. Eksperimen tersebut diulangi dengan menggantikan larutan natrium hidroksida dengan


larutan ammonia. Ramalkan nilai haba peneutralan bagi tindak balas antara asid etanoik
dan larutan ammonia.

_______________________________________________________________________
[1 markah]

Kesimpulan

[2 markah]

- Tamat -

You might also like