You are on page 1of 3

JAWATAN : PEGAWAI PENYELIDIK

GRED : Q41
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

JADUAL GAJI:

GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN


RM2,315.00 RM9,618.00 RM225.00

ELAUN:

Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM300.00


Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Bantuan Sara Hidup : RM300.00

SYARAT LANTIKAN:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:


(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,315.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,418.66); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,522.44); atau

(iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,730.00); atau

(v) ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,833.78); atau

(vi) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM3,145.11).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN:

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penyelidik adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke
Pegawai Penyelidik Gred Q41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1; dan


(b) had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 60 tahun.

TARAF JAWATAN : TETAP


LOKASI : UTM JOHOR BAHRU

CARA DAN PERATURAN PERMOHONAN:

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) dan melengkapkan semua maklumat
termasuk memuat naik GAMBAR dan menjawab soalan Inventori Personaliti Staf Sokongan Baru (IPSB)
melalui laman web UTM.

2. Bayaran RM20.00 dikenakan bagi satu (1) jawatan. Sila simpan resit bayaran sebagai bukti pembayaran.

3. Sila masukkan maklumat yang benar, lengkap dan tepat. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

4. Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

5. Salinan sijil-sijil akademik dan sijil berkaitan perlu DISAHKAN dan dibawa ketika sesi temu duga dijalankan.
(Pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Gred A dan ke atas)

6. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan
hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

7. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa Tempatan


hendaklah mengemukakan surat sokongan Ketua Jabatan serta salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan
Penilaian Prestasi terkini melalui pos kepada:

Jabatan Pendaftar (Seksyen Perjawatan & Kenaikan Pangkat)


Bahagian Sumber Manusia
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru
SYARAT TAMBAHAN:

1. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Boleh berbahasa dan menulis dalam bahasa Inggeris.
2. Perokok Adalah Sangat Tidak Digalakkan Memohon.
3. Sahsiah:

i. Mempunyai disiplin diri yang positif.


ii. Berketerampilan baik dan kemas.
iii. Semangat kerja berpasukan dan kerjasama yang tinggi.
iv. Sentiasa fokus kepada tugas yang dipertanggungjawabkan.
v. Bersedia menerima beban tugas yang lebih mencabar.
vi. Komitmen kerja yang sangat tinggi.
vii. Berkemampuan melaksanakan tugas melebihi tugasan hakiki.
viii. Berkemampuan bekerja dalam apa jua situasi (work under pressure).
ix. Bersedia melaksanakan tugas dengan penuh integriti, akauntabiliti dan ikhlas.

4. Syarat tambahan/khas Pusat Tanggungjawab (PTJ):

i. Keutamaan latar belakang dan berpengalaman dalam bidang Mekanikal, Mekanikal (Bahan), Mekanikal
(Kawalan), Mekatronik, Elektrik, Elektrik (Sistem Kawalan), Automotif dan Elektronik.
ii. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya pengalaman bekerja di bidang yang berkaitan selama
1 tahun.
iii. Berpengalaman dalam pengendalian mesin-mesin mekanikal, automotif dan sistem kawalan
elektronik.
iv. Berpengalaman dalam kerja-kerja rekabentuk enjin, kawalan sistem dan mahir dalam pengendalian
sensor-sensor.
v. Berpengalaman dalam penggunaan perisian-perisian kejuruteraan rekabentuk yang berkaitan.

DESKRIPSI TUGAS:

i. Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan (R&D), memberi


perkhidmatan kepakaran, latihan, khidmat perundangan dan penerbitan artikel dalam bidang yang
berkaitan.
ii. Bertanggungjawab dalam membangun, menyelenggara dan menambah baik fasiliti ujikaji, alatan
instrumentasi dan mesin serta semua perkakasan hardware/software pusat kecemerlangan.
iii. Juga bertanggungjawab dalam pembangunan rekabentuk sistem kawalan, sistem mekanikal dan enjin
serta terlibat dalam kerja-kerja analisis data.

You might also like