Professional Documents
Culture Documents
Teks MC Ihya' Ramadan
Teks MC Ihya' Ramadan
PERKARA
Ucapan aluan Daun selasih usah dipilis,
Izinkan saya mulakan majlis.
Yang berusaha
Cikgu Zainal Anuar Bin Hj Abdul Rashid
Guru Besar SK Dato’ Sagor.
Yang berusaha
Cikgu Noorsalmi Binti Shaari
Penolong kanan Pentadbiran SK Dato’ Sagor.
Yang berusaha
Cikgu Mohd Rizal Bin Rabudin
Penolong Kanan Hal Ehwal murid SK Dato’ Sagor.
Yang berusaha
Cikgu Mohd Mahathir bin Mohd Tahir
Penolong Kanan Kokurikulum SK Dato’ Sagor.
Yang berusaha
Cikgu Robiaton Adawiyah Binti Md Nuri
Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Dato’ Sagor.
Ucapan Ketua Majlis diteruskan lagi dengan menjemput, Yang berusaha Al-Fadhilah
Panitia Ustazah Fadzilah binti Khazari untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya mempersilakan.
kurma dan Muqaddam kepada murid setiap kelas. Al-Quran akan diserahkan
kismis kepada wakil kelas murid tahap 2 dan muqaddam kepada wakil kelas
tahap 1. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha Cikgu Zainal Anuar bin Hj Abdul Rashid, Guru Besar SK
Dato’ Sagor bagi menyempurnakan upacara penyerahan Al-Quran dan
Muqaddam.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zainal Anuar bin Hj Abdul Rashid
di atas pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan sebentar tadi.
Penutup Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, maka berakhirlah
sudah Pelancaran Sambutan Program Ihya’ Ramadan SK Dato’ Sagor
bagi Tahun 2023/1444H. Sebelum majlis melabuhkan tirainya ,kami
mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf
seandainya semasa kami menerajui majlis ini, terdapat tutur dan
ungkap bicara yang menyinggung hati dan jiwa. Sesungguhnya apa
yang terbaik itu adalah datangnya daripada Allah swt dan yang
selainnya adalah kerana kelemahan kami sendiri.
Kata bermadah semarak rasa,
Pengubat lara kesuma di anjung,
Andai ada terkasar bahasa,
Maaf dipinta jari disusun.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PELANCARAN IHYA’ RAMADAN
SK DATO’ SAGOR 2022M/1443H
Bagi pihak majlis, kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.